Rate

BAB 4

Mystery & Detective Completed 404

“Dia kena buang sekolah sebab bela saka. Umur baru 16 tahun tapi dah
pandai bela saka…” bebel Maya pula. Zalikha menundukkan wajahnya. Dia
hanya ingin tahu, sama ada dia bermimpi bertemu dengan puteri bunian itu
ataupun dia benar- benar bersua dengan makhluk itu.

“Zalikha , dari mana awak dapat selendang putih ni? Selendang ni… warna
putihnya lain macam sahaja. Wangi pula tu.” Sampuk Cikgu Zara sambil
menghulurkan selendang itu kepada Zalikha .

Dia menyambut huluran itu sambil tersenyum. Zalikha mengamati selendang
itu. Dia mencium selendang yang harum itu. Benarlah dia telah bertemu
dengan Puteri Sari. Biarlah pertemuannya dengan puteri bunian itu tidak
diketahui oleh rakan-rakannya yang lain kerana mereka pasti tidak akan
mempercayai kata-katanya itu. Buktinya, baru sahaja dia memberitahu
bahawa dia bertemu dengan puteri bunian tetapi tiada sesiapa yang
mempercayai percakapannya.

Zalikha memeluk kemas selendang putih yang semerbak harum itu. Dia berasa
sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan puteri bunian yang sungguh
cantik. Seperti dalam mimpi sahaja. Dia tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience