5 April 2022...
Seorang wanita merenung jauh keluar jendela.. memerhati dedaun Gugur dihembus angin.. sesekali membetulkan rambutnya yg Kian memutih..
"kuat juga angin petang ni.. awan pun mendung, nak hujan barangkali" gumam hati kecilnya,.
bersendirian di rumah meniti hari tuanya keseorangan adalah satu kebiasaan baginya sejak 6tahun yg lalu.. bukan dia tak punya Suami, anak-anak dan cucu tapi dia memilih untuk bersendiri..
merajuk ke? atau anakcucu yg menjauhkan diri dari wanita tua itu? semua tu bukan alasannya..
dia cuma mencari sedikit ketenangan yang tak pernah didapatinya sedari usia 15tahun..
iya.. sejak 40tahun yang lalu hidupnya penuh dengan dendam dan amarah. Amarah yang memakan dirinya sendiri serta dendam yang membunuh rasa kasihsayangnya pada insan begelar laki-laki.
"Allahu Akhbar... Allahu Akhbar..." suara Azan bergema Dari masjid berhampiran.. sudah menginjak waktu Asar rupanya.. diam tak diam hampir dua jam dia menghabiskan masa di depan jendela biliknya..
Dia bergegas ke bilik air Untuk bersiap siap mengadu dan merintih didepan yang Maha Pencipta.. Dia Masih tercari cari Redha Allah.
memohon dosanya diampunkan serta minta dikuatkan hatinya Untuk terus memaafkan..
memaafkan darah dagingnya yang telah menyeret dia hingga ke lubang hitam yang dalam...
..............................................................................
Malam ni suasana cukup suram. Tiada bulan apatah lagi bintang Nan berkilau. yang ada cuma semilir angin Nan asyik mencium pipi tua yang menerjah lewat jendela.. wajah tua itu tetap Tenang menatap kegelapan malam.
secangkir kopi hitam dihirup perlahan.. hembusan nafas tua itu cukup Untuk dimengertikan betapa seteguk kopi tadi memang terasa nikmat bila mengalir ditekaknya
jam dinding telah menunjukan bahawa sudah sampai masanya Untuk menutup rapat jendela kamarnya. sesekali ingatannya berputar Kembali pada cerita Luka perkhawinan pertamanya.
Dia merebahkan diri atas katil dan Cuba menutup matanya. dia Ingin sekali tidur Dengan tenang..
"Abang.. abang ada ambik duit sayang ke? pagi tadi ada rm500, ni tinggal rm200 je.."
"abang ambik buat modal tadi.." akui zamri dengan selamba.
"bulan ni sahaja dah lebih rm1000 abang ambil duit sayang, sepatutnya abang yang bagi sayang duit, bukan ambik duit sayang" bebelannya dah bermula...
Putik-putik pergaduhan mula tercipta. masing-masing mengungkit Kembali segala apa yang telah berlaku. tentang kesanggupan zamri menikahi isterinya yang Ditemui tepi Jalan dengan perut besar. isterinya pula berkata segala pengorbanan zamri telah Lunas dibayar sejak 7tahun dia Menikah Dengan zamri.. Zamri? siapa tak kenal zamri, seorang pemuda Tampan bermata coklat dengan wajah pan Asia. cuma sayangnya zamri lebih suka tidur Dari bekerja..
segala tangungjawab dalam rumahtangga beraleh tangan pada isterinya.
Lamunanya tersentak bila terdengar deruman enjin kereta depan rumahnya
Share this novel