Bingung

Other Series 541

Sejati...
itu yang kau ucapkan
bila janji ku genggam
bawah pohon kemboja
yang sekecil kita...

Lagu sejati nyanyian Wings merupakan salah satu lagu kegemaran Opie. selain lagu belenggu irama dan hukum karma. Awie vokalis wing merupakan penyanyi idolanya.
nyaring suara Opie saat mendendangkan lagu memang boleh meremang bulu roma orang yang mendengarnya.

Di sekolah pantang ada keraian pasti ada je Opie ambil bahagian. kalau tak ada Opie memang pelik lah bagi Pelajar Pelajar Sekolah Menengah Bandar kalut Sebab Opie memang tak Pernah lepaskan peluang Untuk menyanyi atas pentas.

Hari ni Opie and the gang sewa bilik jamming cuma sejam sahaja. Studio Channel 2 merupakan tempat mereka berlatih Tiga Kali seminggu. keluarga Opie memang Tau bakat Dan hobi Opie cuma Ayah Opie memang tak suka Opie menyanyi. apatah lagi terlibat dengan kumpulan Macam ni. Sebab itu la Opie curi curi masa berlatih Sebab tak Mahu Ayahnya Tau..

"Opie.. jom pekena Abc kedai AhSeng." ajak rogayah..

"sekejaplah.. tunggu dia orang Jap." balas Opie

"lajulah skit weiii.. aku Dengan Opie ada kelas tambahan kul 4.30 ni.. ada 30 minit je lagi" Bebel si Rogayah alias gayah bum bum..

"kau ni gayah, pasal melantak memang laju je" usik Amir selaku pemain lead guitar kumpulan Opie and the gang.

"belajar pun aku laju juga Tau.." gayah Bersuara riak sekali..

..........................................................

"Sofia.. dah siap ke kerja sekolah kamu.. Mak tengok kamu asyik berangan je Dari tadi.." tegur Puan Sarah.

"bukan berangan la mak.. Sofia tengah berfikir ni.." jawab Sofia

"fikir tentang apa?"

"tentang soalan cikgu mail kat sekolah tadi.."

"apa soalannya?"

"cikgu mail Tanya.. Apa yg kita lakukan kalau kita Tau rahsia yg ahli keluarga lain tak Tau.. contohnya Sofia Tau mak ni bukan Isteri Ayah sorang, tapi Ayah ada Isteri lain.. apa Sofia nak buat.."

"Ayah kamu ada Isteri lain ke? mana kamu Tau?"

"Adoiii mak ni.. kan Sofia kata tadi.. itu cuma contoh.."

Puan Sarah mengurut dadanya sambil berlalu meninggalkan Sofia semula Di meja tulisnya.

Sofia sebenarnya serba salah Untuk menceritakan Hal sebenar yang dia Lihat siang tadi.. Dia melihat Dengan jelas Ayahnya sedang berjalan sambil memegang payung. Disisi Ayahnya ada seorang perempuan mendukung anak kecil Dan mereka kelihatan mesra.

Apakah itu Isteri baru Ayahnya. mata Sofia terus membuntuti langkah mereka. Ada 2 orang Kanak Kanak datang ke arah Ayahnya. bersalam dan terus masuk bersama Ayahnya ke dalam restoren.

"aku ada 3org adik Tiri rupanya.." gumam Sofia sendirian.

Ditelan Mati Emak, diluah Mati Ayah. begitulah keadaan Sofia saat itu. Dalam waktu yg sama Sofia merasa lega kerana kesibukan Ayahnya menguruskan keluarga baru itu membuatkan beliau jarang Di rumah. Maka Sofia Tidak Perlu Selalu menatap Muka Ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience