Dia bergegas menuju ke pintu utama..Terdengar jelas suara seorang lelaki memberi salam. Dia segera menjawab salam sambil membuka pintu.
bila saja daun pintu terbuka batang tubuh lelaki itu segera melangkah masuk ke dalam rumah.
"Awal abang balik.. sepatutnya esokan?" sapanya dengan lembut.
"macam tak suka je abang balik.."
"issh abang ni.. ke situ perginya. abang dah makan, kalau nak makan saya panaskan lauk yang ada tu dulu.."
"boleh juga, abang nak mandi dan solat dulu lepas tu baru makan.."
"baiklah.."
Dia terus saja ke dapur menyediakan apa yang patut. Mujur siang tadi dia ada buat ikan bakar dan air asam kegemaran suaminya.
Johari, suaminya itu baru balik dari Johor selepas tiga hari meninggalkan dia keseorangan di rumah. Johari bekerja sebagai pemandu trailer. Tugasnya yang kerap keluar daerah membuat dia selalu ditinggalkan sendirian. Awalnya dulu dia sering saja merasa bosan tapi semakin lama ditinggalkan dia menjadi lali. Bagi menghilangkan kebosanannya dia Mula belajar mengaji semula Dan mengikuti pelbagai kelas yang ada di kawasan tempat tinggalnya.
Masih jelas diingatannya saat awal dia mengenali lelaki bernama Johari. Dia yang saat itu masih lagi bekerja di sebuah syarikat swasta dengan jawatan sebagai marketing executive. tugasnya itu membuatkan dia sering keluar bertemu dengan ramai orang. kehidupannya agak sosial tapi masih berbatas cuma dia masih lagi free hair walaupun sudah berusia awal empat puluhan pada waktu itu..
Johari bukan sahaja mampu menukar gaya pemakaiannya, malah perlahan lahan merubah pandangannya terhadap lelaki. Dia juga mampu membuang jauh dendam yang Selama ini dipendam. cara johari yang lembut tapi cukup tegas itulah yang membuat hatinya tertarik..
"apa yang dimenungkan tu, sampai abang berdiri kat sebelah pun tak perasan" sapa johari
"teringat buah hati lama ke?" usik johari lagi.
"kalau ye mcm mana.." balasnya selamba.
"mana boleh teringat kat lelaki lain kalau dah ada suami.."
"kalau buah hati lama tu suami kita skrang boleh kan?"
"ooo.. boleh, boleh Sangat Sangat.." balas johari sambil senyum meleret.
"dah la tu.. jom kita makan" ajaknya
mereka saling tersenyum memandang antara satu sama lain.. senyuman yg penuh dengan kasih sayang
..........................................................................
September 1999
Kali ini dia bertugas Di Bumi kenyalang. meninggalkan anak anak Dan suaminya demi mencari rezeki. Dia akan berada di sini Selama 4minggu itu bererti Selama 4 minggu juga dia hanya boleh mendengar suara anak anak Dan suaminya. Walaupun ini bukan pertama Kali dia berjauhan Dengan mereka tapi rasa sayu tetap ada.
cuma 2minggu sahaja lagi dia Perlu menyelesaikan kerjanya sebelum Kembali semula ke Semenanjung.
"hermmm.. " dia mengeluh.
jika zamri mau lebih bertanggungjawab pada keluarga rasanya dia tak Perlu merantau jauh begini. tak Perlu meninggalkan anak anak yang Masih kecil Dan memerlukan dia Sebagai ibu sentiasa berada disamping mereka.
Zamri suka bertukar tukar kerja Dan tak Pernah kekal lama Di sesuatu tempat. macam macam alasan yang zamri berikan bila Di Tanya kenapa berhenti kerja..
Zamri juga mempunyai hobi yang cukup membuatkan dia sentiasa merasakan umpama menanggung biawak hidup, Judi, mabuk Dan kaki perempuan. Sudah berapa Kali dia berjaya menghidu kecurangan zamri.. Memikirkan Soal anak Dan rasa sayangnya yg Masih kuat pada zamri membuatkan dia bertahan Dan terus bertahan. Kadangkala dia ada juga merasakan betapa bodohnya dia kerana Masih tetap setiap Dengan Lelaki seperti zamri. Dia keluar mencari rezeki tapi zamri Berlagak macam orang kaya Dan lupa anak Dan Isteri..
"Puan.. Puan dah boleh masuk sekarang, Doctor Azman Dan Sister Maria dah sampai.." Sapa seorang jururawat.
Hari ini Dia kena berjumpa dengai pegawai yg bertugas Untuk berbincang mengenai Hari terbuka hospital Di MIRI. Dia akan memberi penerangan tentang program Pendidikan awal Kanak Kanak. Begitu la tugasnya Sebagai Executive pemasaran merangkap konselar Pendidikan awal Kanak Kanak..
"Bismillah.. semoga ada rezeki buat anak anak ku in syaa Allah.." doanya sebelum melangkah masuk ke bilik pegawai bertugas.
Share this novel