Opie

Other Series 541

Gayah mundar mandir depan pagar sekolah. risau sungguh dia kalau kalau Opie dihukum kerana bergaduh waktu rehat tadi. teruk juga Rafie dibelasnya sampai lebam lebam badan dan tangan Rafie. mujur tak bedarah atau luka.
kejadian berlaku begitu pantas sampai gayah tak sempat nak menghalang Opie yang tak ubah macam kerbau naik minyak.

Setahu Gayah Opie bukan suka masuk campur hal orang tapi tak tahu Jin mana yang dah merasuknya hari tu. Gayah tertanya tanya juga apakah Opie Mengamuk sebab cemburu?
Tapi setahu gayah la Opie ni bukan lesbian dan dah tentulah natra tu bukan kekasihnya. Opie suka Berlagak macam Lelaki tapi dia tetap perempuan normal. Contohnya Opie Masih lagi bergincu dan berdandan sebelum keluar rumah.

Masih jelas lagi dimata Gayah saat Rafie mengusik Natra. Ditariknya rambut Natra sambil memuji keharuman rambut Natra. Terdengar pula suara Natra memarahi Rafie kerana perbuatan Rafie membuat Natra rimas. Rafie mencuit pula pipi Natra. Bertambah kuat suara Natra menyuruh Rafie pergi..

Tiba tiba Opie bangun dan menarik kayu pembaris di papan putih yang tersedia di kantin.
Opie terus memukul Rafie di tangan dan badannya. semua pelajar tergamam tak berkata apa. yang terdengar suara Rafie memaki hamun Opie yang memukulnya. Setelah merasa puas Opie membaling pembaris tadi ke lantai dan berlalu pergi. Riuh rendah semula suara pelajar yang tadinya membisu seribu bahasa..

Habis waktu rehat semua pelajar termasuk Opie dan Gayah menuju ke kelas masing masing. Hanya Rafie sahaja dibawa ke bilik PBSM Untuk pemeriksaan lanjut.

setengah jam sebelum tamat waktu belajar Untuk subjek akhir pada hari itu, Abang Amin kerani sekolah memanggil Opie ke bilik Guru displin.

"dah sejam lebih ni tak kan tak habis lagi.." Gayah mengomel sendiri

Dia masuk semula ke dalam kawasan sekolah menuju ke bilik Guru.. Belum sempat memijak tangga untuk menuju ke tingkat satu dia ternampak kelibat Opie dan ibunya.
Gayah terus membatalkan niatnya dan menanti Opie turun dgn penuh sabar.

"Opie.. kau okey tak?" sapa Gayah sebaik saja kaki Opie sampai ke lantai bawah.

"Opie!!.. Opie!!.. dia ni perempuan. dah dibagi nama elok2 diubah pula. elok la tu dah jadi kasar macam jantan sekarang.." herdik ibu Opie.

Gayah terdiam. Opie plak terus je berjalan mengekori ibunya. Opie terus sahaja masuk ke dalam kereta membiarkan Gayah keseorangan..

"balik naik bas sorang sorang la aku hari ni.." rungut Gayah sendiri.

............................................................................

Talipon bedering...

"hallo.. "

"hoii Opie. kau okey tak? " terdengar suara Gayah dicorong talipon.

"aku okey je.." balas Opie

"kau tak kena denda atau hukuman ke?"

"tak Tau la, kena tunggu mak bapa Rafie ke sekolah esok, semua keputusan bergantung pada budi bicara makbapa Rafie.."

"kalau macam tu kita jumpa di sekolah esok"

"aku tak ke sekolah esok, cikgu Dan mak aku sepakat supaya aku bercuti sampai jumaat ni".

"adoiii.. tak best la kau tak Ade Opie"

"best ke tak kau kena ke sekolah juga.. okay la nanti mak aku bising lagi. aku letak phone dulu"
Opie terus meletakan talipon Dan bergegas ke biliknya..

Bila dikenangkan kembali apa yang berlaku di sekolah tadi Opie sendiri tak menyangka dia boleh bertindak seperti itu. Dia seolah olah Hilang pertimbangan bila melihat Rafie bersikap tidak sopan begitu. Dia jadi bertambah sakit hati bila mendengar Natra memarahi Rafie manakala Rafie pula lansung tak peduli Dengan kemarahan Natra..

"aku ni dah gila agaknya.." bisik Opie pada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience