Chapter 3 : Permulaan Baru

Romance Series 1546

Hari yang paling aku takutkan telah tiba, aku dan Zaril akan dinikahkan di pejabat agama sahaja, tiada majlis bersanding dan keraian... cukuplah, itu adalah permintaan dari pihak aku dah dia...

Aku memerhatikan sejenak penampilan ku hari ini... cukup ringkas, sekadar berbaju kurung modern berwarna pearl white dan selendang senada warna yang ringkas di pakaikan di kepala ku... make up pun cukup ringkas, itu pun Mira yang make up kan aku... cukup lah aku dilihat tidak terlalu pucat...

Tiba ni pejabat agama sambil ditemani Mira, aku lihat Uncle Kamal, Aunty Sally dan Zarif telah berada di situ... aku terus bersalaman dengan Uncle Zarif...Aku sempat mengerling ke arah Zaril, dan dalam masa yang sama pandangan kami bertaut... Aku lihat penampilannya sama seperti ku, berbaju melayu rona warna yang sama....
Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah lain bila dadaku memberi debar yang agak berlainan...
Sekilas aku melihat satu lagi figura yang turut berada di situ, iaitu boss ku, En Hilman... Aku begitu terkejut.

" Eh Dee ke cousin kau Zaril, ?" spontan En Hilman bertanya...

" Yelah, Eh macam mana kau boleh kenal dia? " tanya Zaril kembali.

" Mestilah aku kenal, Dee ni salah seorang engineer dekat company kau, bawah seliaan aku, baru setahun keje... , eh xkan kau tak tahu Dee keje dekat company tu?" tempelak En Hilman kembali....
Serta merta pandangan tajam Zaril jatuh kepada ku...

"You xpernah inform I pun you kerja kt situ? " tinggi nada suara Zaril bertanya padaku...

" I rasa you xperlu tahu I kerja di mana sebab soal peribadi I xde kaitan dengan you pun... kita dah janji kan... "
belum sempat Zaril membalas kata-kataku, kami di panggil untuk masuk ke dalam bilik untuk memulakan upacara akad nikad..

Dengan penuh debaran, aku melangkah masuk ke bilik tersebut... aku duduk di kerusi yang disediakan...
Aku menggengam tangan Mira, aku tahu aku perlu bertenang... Mira cuba menenangkan aku sambil mengusap tangan ku...

" Dee dah sedia ke? Uncle nak minta izin Dee untuk teruskan akad ni" sayu aku memandang Uncle Kamal sambil mengangguk...

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Zaril Affendy, tanpa aku sedar air mataku mengalir laju dipipiku... cepat-cepat aku kesat bila Uncle Kamal menyuruhku bersalam dengan Zaril untuk membatalkan air sembahyang....
Dengan penuh debaran di dada, aku menyalami suamiku tanpa mempedulikan renungan tajam dari Aunty Sally ..
Aku kucup tangan Zaril dan tanpa aku sedar Zaril mencium dahiku... tersentak aku seketika...
Cepat-cepat aku larikan kepalaku dan terus menuju ke arah Uncle Kamal untuk bersalam....
Uncle Kamal memelukku dan sempat membisikkan beberapa nasihat ke telinga ku...

" Papa harap Dee bahagia dengan Zaril, sekarang Dee dah jadi anak papa... Kalau ada apa-apa masalah, jangan malu untuk share dengan papa ye" aku mengangguk sambil membalas pelukan Uncle Kamal yang telah menjadi bapa mertua ku...

Terus aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aunty Sally walaupun aku tahu dia tidak pernah mengiktiraf aku sebagai menantunya hatta anak buahnya...Aunty Sally menyambut salam ku dengan penuh dingin.... sambil berbisik di telinga ku...

" Jangan harap aku nak terima kau sebagai menantu aku, dan jangan x bagi Zaril sentuh kau pulak... lagi cepat kau mengandung lagi cepat perkara ni settle... aku xnak anak aku menderita lama2 hidup dengan kau.... " serta merta tubuhku di tolak menjauhinya... aku hanya menunduk dah terus memeluk sahabat baikku,Mira ..

=============================================

Aku terus menarik tangan Mira supaya segera beredar dari sini... Cukuplah untuk hari ini, aku perlukan masa untuk bersendirian...
Tiba-tiba tangan ku di pegang dari belakang... aku memandang sekilas ke arah gerangan itu...

" You balik kemas barang-barang you, sekejap lagi I ambik you..." tegas arahannya...

Aku mengerling ke arahnya tanda tidak bersetuju dengan arahannya...
" I xde cakap pun yang I akan stay dengan you... you jangan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri ye?" marah ku tidakberpuas hati...

" Sekarang I ni husband you, you wajib ikut cakap I selagi I xminta you buat yang bukan-bukan... Petang nanti I ambik you dekat rumah you". Terus aku tarik tangan Mira berlalu dari situ tanda protes...

Menyesal aku tidak tetapkan awal-awal di mana aku akan tinggal selepas ni...

=============================================

"Aku xsangka pulak kau akan kahwin dengan Dee lh Zarif... terkejut aku tau... ye lah, aku xtau pulak tu cousin kau, sebab masa aku interview dia dulu, xde plk dia bagitau yang dia ada kaitan dengan Megah Holdings" kata Hilman setelah kami masuk ke dalam kereta untuk beredar dari Pejabat Agama...

" Aku pun x ingat sangat pasal Dee tu, yelah diorg tinggalkan villa tu sejak aku nk fly ke UK untuk further study dulu... lepas tu aku pun bukan rapat sangat dengan family Uncle Kamarul tu... "terang Zarif...

"Kau hati-hati sikit lepas ni, Dee tu ramai peminat tau kat office tu, cuma Dee tu jenis xmelayan je... aku pon pernah try jugak, tp ckit pun dia xlayan weh" sambil ketawa Hilman berkata...

" Kau tahu kan perkahwinan aku dengan Dee tu macam mana... Kalau dia memang dah ada boyfriend pun aku xkisah, ye lah kitorang bukan akan kekal selamanya pun... aku pun xkan kongkong hidup dia, sebab satu hari nanti aku akan lepaskan dia jugak..." balas Zarif bersahaja...

Tiba-tiba satu panggilan masuk ke telefon bimbit milik Zarif...

"Hello sayang.... "
" Bie, you kat mane? Kenape I call you banyak kali you x jawab pun? " marah Almy, geram kerana sejak dari pagi dia menghubungi tunangnya itu, namun satu panggilan pun x berjawab

" Sayang you tahu kan yang I akad nikah hari ni, ni pun baru je selesai... Maaf tadi tu bukan I xnak jawab tapi I tahu you mesti akan marah-marah I... " jawab Zarif mempertahankan diri...

" Mesti lah I marah sebab you tu kahwin dengan orang lain tau, bukan I... kalau press tahu malu I tau... I dah canang 1 malaysia yang you tu tunang tersayang I, tup-tup you kahwin dengan orang lain.. mana I nak letak muka I ni" marah Almy...

" Sayang, kita dah discuss kan benda ni... Kalau you x izinkan I kahwin, I takkan kahwin lah... you yang beria-ia pujuk I kahwin dengan dia... You pun tahu I xsetuju pun dengan perkahwinan ni..." balas Zarif sedikit geram apabila Almy menempelaknya tadi...

" I tengah drive ni, nanti I call you lagi" balas Zarif malas memanjangkan perkara itu... Nanti-nanti lah dia memujuk tunangnya itu....

" Pelik lah aku dengan korang ni, Almy sendiri dah bagi persetujuan dengan perkahwinan ni, tapi dia sendiri yang marah-marah... Woman always complicated... " rungut Hilman sendiri...

=============================================

Sementara itu, di rumah Mira, Dee termenung jauh mengenangkan perkahwinan yang baru bermula itu...

"Kau nak menyesal pun dah xguna lah Dee, nak ke tak nak kau kena hadap jugak perkahwinan ni... kau jugak yang buat keputusan... " sela Mira bila melihat Dee sejak balik dari Pejabat Agama termenung sendiri...

" Aku bukan menyesal cuma aku xpuas hati dengan Zaril tu... aku xpernah bersetuju pun nak tinggal bersama dengan dia... bagi aku biar kitorang bawa haluan sendiri" keluh Dee

" Dee, kalau kau x serumah, sebilik dan sekatil dengan dia, macam mana kau nak pregnant, kau sendiri yang cakap nak pregnant cepat-cepat supaya kau boleh lepas dari perkahwinan ni... tak faham lah aku... " cepat-cepat Mira keluar dari bilik Dee, malas melayan perasaan Dee yang selalu berubah itu...

Dee terdiam dan memikirkan nasib sendiri... Memang dia nak cepat-cepat mengandung, tapi bila fikirkan perlu menghadap Zaril, Dee bungkam sendiri... Macam mana dia nak bersama dengan Zaril sedangkan hati dia tidak ada pada lelaki itu dan hati Zaril sendiri jelas bukan untuknya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience