chapter 1 : wasiat

Romance Series 1546

kring... kring... kring...
"Hello..., boleh saya bercakap dengan cik Nurul Diana bt Kamarul ?"
" Ye, saya bercakap...hmmm " pelik betul... aku perhatikan no yang tertera di telefon bimbitku... no. yang tak dikenali itu membuatkan aku terus ingin bertanya...sebelum aku terus bertanya, pemanggil tersebut terus mencelah
" Alhamdulillah, akhirnya saya dapat bercakap dengan cik Diana.. okay, saya perkenalkan diri, saya En Razif peguam milik keluarga cik Diana... untuk pengetahuan cik Diana nenek cik Diana, Puan Sri Mariam telah meninggal dunia seminggu yang lepas, dan ada wasiat yang perlu saya tunaikan, dan memerlukan kehadiran cik diana kerana cik diana merupakan orang penting yang perlu ada untuk meneruskan pembacaan wasiat tersebut.... "
panjang lebar penjelasan dari en razif tidak aku hiraukan... hatiku merasa begitu sebak kerana setelah sekian lama aku dibiarkan keseorangan, tanpa seorang ahli keluarga pun mempedulikan aku, hari ni aku dicari untuk pembacaan wasiat... kenapa dari dulu lagi keluarga ku tidak mencariku... kenapa sekarang...

"cik diana.. cik diana dengar x penjelasan dari saya ni?"
ketegasan dari suara en Razif membuatkan ku tersentak...
" ape yang perlu saya buat sekarang ni?" tanyaku setelah lama berdiam diri...
" Cik perlu hadirkan diri ke alamat yang saya akan hantarkan sebentar nanti pada esok hari jam 12tghari... jika cik ada halangan, saya akan minta tangguhkan perkara ni... "
" Tak perlu, saya akan datang, lagipun saya bercuti esok..."
"okay, kita jumpa esok... saya akan terangkan segalanya esok...."
Setelah talian ditamatkan, aku menghembuskan nafas sedalamnya.. akhirnya, setelah 10 tahun aku tidak berjumpa dengan keluarga ku, esok segalanya akan terungkai....
Mampukah aku melalui semuanya sendiri, tanpa sokongan kedua ibubapa ku yang telah lama pergi...
Ibu, ayah Dee rindu sgt dengan ibu dan ayah....
Aku menangis sendirian mengenangkan nasib diri...

============================================
" Mira, esok kau temankan aku boleh?" tanyaku pada mira, rakan baikku merangkap rakan sekerja dan serumah...
"pergi mana? dating ye..."
" isk xlah, aku mane lah ade boyfriend"...jawabku
" bukan tak de boyfriend tapi kau tu yang jual mahal... Danial tu dah lama lah sukakan kau, tp kau suka buat-buat tak tahu... kesian tau aku dengan danial tu... "
Ya, aku tahu Syed Danial bin Datuk Syed Azman telah lama sukakan aku, dari zaman universiti lagi... tp aku xboleh sukakan dia juga... aku tahu, aku sudah terikat...
" kau tahu kan kenape aku xpernah layan semua tu... ?" balasku semula
" Ye, aku tahu, tapi sampai bila Dee kau nak tunggu semua ni... sampai sekarang keluarga kau xpernah pon cari kau... diorang boleh biarkan kau sendirian kt rumah anak yatim tu sampai lh kau habis belajar, n dah kerja pon sekarang ni .. stop fikirkan benda yang tak masuk akal tu..."
Aku tahu Mira marahkan aku, aku xpernah salahkan dia... tapi aku xboleh buat apa-apa... semuanya dah terjadi...
"Kau tahu kan nenek aku baru meninggal minggu lepas?"
tanyaku pada mira
" Mestilah aku tahu, mummy aku kan memang kenal family kau... pelik juga mummy aku sebab xnampak kau pun kat rumah agam nenek kau tu.... family punya lah kaya raya, tp kau nk keje kat company family kau pun, kau kena interview macam orang lain... xfaham aku... "
bebel mira...
" Esok aku kena pegi rumah nenek aku tu, untuk pembacaan wasiat... kau teman kan aku ye? kau tahu kan dah lama aku xjumpa dengan aunty and uncle aku tu... aku rasa segan sangat... "
rayuku pada Mira... aku harap sangat Mira dapat temankan aku, at least kalau jadi apa-apa nanti aku ada orang boleh support aku...
" pandai pulak diorg cari kau bila nk baca wasiat kan? kenape x dari dulu diorg yang jaga kau?"
"kau nak teman aku x? if kau xnak teman its okay aku boleh pergi sendiri... " sayu aku menjawab...
"yelah aku temankan... kalo aku xtemankan... siapa lagi kan?"
Terus aku peluk Mira kuat-kuat... aku tahu aku ada teman yang boleh aku harapkan...
"thanks Mira" .....

=============================================
Villa Mariam & Hamdi

Lama aku berdiri di depan villa ini, 10 tahun aku xpernah menjejaki lagi ke villa ini setelah kematian ibubapa ku... tetapi hari ini, aku kembali...
Tiba2 pintu pagar automatik terbuka...
"Cik diana?" tegur pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal itu...
" Ye, saya.. ni kawan saya..." aku perkenalkan Mira padanya.
" Cik boleh masuk ke dalam... semua telah menunggu cik di dalam..."
Aku menghembuskan nafas dengan berat sekali... aku xpasti apa reaksi mereka nanti bila mereka melihat aku...
Tanpa melengahkan masa aku melangkah masuk ke dalam villa itu... ku lihat deretan kereta mewah memenuhi perkarangan rumah agam ini...
Aku melangkah ke pintu utama,

" Assalamualaikum... "
semua orang yang berada disitu menoleh ke arahku... aku bergerak perlahan ke arah ruang tamu yang mewah itu...
"waalaikumussalam... cik Diana? saya En Razif peguam yang menelefon awak semalam... "
En Razif memperkenalkan diri... aku senyum padanya... dia mempelawa aku duduk di salah 1 sofa mewah itu... cepat2 aku tarik tangan Mira supaya mengikutku...

Tiba-tiba,
"Dee, dah xkenal uncle ke? " sapa Uncle Kamal, masakan aku tidak mengenalinya... Uncle Kamal merupakan abang kepada papaku... mereka cuma 2 beradik sahaja...
Tanpa membuang masa aku terus menuju ke arah Uncle Kamal dan bersalaman dengannya... tanpa aku sedar aku sudah berada di dalam dakapan Uncle Kamal...

"Alhamdulillah Dee sihat, lega uncle rasa... dah lama uncle xjumpa dengan kamu... cantik Dee sekarang..., mirip arwah mama Dee dulu-dulu... "
Aku tersenyum padanya sambil mengelap air mata yang mengalir di pipiku... aku bergerak ke sebelah kiri Uncle Kamal untuk bersalam dengan Aunty Sally tp tanganku hanya disambut acuh x acuh...
Aku abaikan sikap Aunty Sally terhadapku... aku tahu Aunty Sally xpernah sukakan arwah mama dan aku... disebbkan itulah aku xpernah menjejaki kesini lagi setelah kematian papa....

"Memandangkan semua nama-nama yang perlu ada sudah berada disini saya ingin memulakan pembacaan wasiat ini... Saya En Razif merupakan peguam dan pemegang amanah untuk keluarga ini...
sebelum Puan Sri menghembuskan nafas seminggu yang lepas, Puan Sri ada menukar sedikit wasiat yang sebelum ini sudah diketahui umum...
Semua saham milik Puan Sri akan diserahkan sepenuhnya kepada En Zaril Affendy iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan saham Megah Holdings jika En Zaril Affendy bersetuju dengan syarat-syarat berikut:"
Aku memandang sejenak ke arah abang Zaril Affendy, aku akui aku xpunya banyak memori bersama dengan dia kerana sejak dari sekolah menengah aku jarang2 bersua muka dengan dia sehinggalah aku dan mama keluar dari rumah agam ini setelah kematian papa....

" En Zaril Affendy perlu berkahwin dengan Cik Diana dan mempunyai anak bersama dan setelah itu baru semua 50% saham Megah Holdings akan dipindahkan sepenuhnya ke atas nama encik dan encik dikekalkan sebagai jawatan CEO .."
Aku tersendak, dan dalam masa yang sama mataku dan mata abg Zaril bertaut... nampak raut wajahnya tidak berpuashati... aku tahu....

"Saya tidak berpuashati dengan wasiat ini.... " tinggi suara Aunty Sally mencelah... aku tundukkan wajah.
" En Razif tahu kan anak saya Zaril telah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi... tak mungkin anak saya akan berkahwin dengan perempuan ni... " lantas tangannya terus menunding ke arah ku...

" Maaf datin, saya hanya menjalankan amanah... jika salah seorang tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan, semua saham 50% itu akan menjadi milik penuh Cik Diana... "
terkejut aku dengan jawapan balas dari En Razif...

" Saya setuju anak saya dikahwinkan dengan perempuan ni, tapi biarlah kami berbincang secara sendiri... setelah selesai nanti kami akan maklumkan pada en Razif... "

" Mama... "
setelah sekian lama berdiam diri, baru lah abang Zaril bersuara tanda tidak setuju...

"En Razif boleh undur diri dulu sebab kami perlukan perbincangan ini sendirian... " Tegas Aunty Sally...
Aku pantas menggenggam tangan Mira untuk mendapatkan kekuatan...

"Mama xboleh buat keputusan sendiri, mama tahukan along sangat cintakan Almy... along xsanggup berpisah dengan dia... along xkisah jika along xdapat pun jawatan CEO dan saham 50% tu... along boleh mulakan business sendiri mama... "
Aku cepat2 mencelah
" Dan saya pon xkisah Aunty untuk serahkan saham 50% tu pada family aunty.... sbb saya tahu saya x layak dan selama ni uncle dan abang zarif yg bertungkus lumus memajukan company tu... saya akan cakap dengan En Razif mengenai perkara ni..."
Aku tahu, itu bukan hak aku, aku xberhak langsung ke atas semua saham-saham tu.. aku xfaham kenapa nenek tiba-tiba mengubah wasiat tersebut sedangkan aku tahu arwah nenek xpernah iktiraf aku sebagai cucunya...

" Keputusan mama tetap sama... Along dan perempuan ni akan berkahwin dalam masa terdekat, mama akan aturkan... mama xakan sesekali serahkan segala penat lelah kita pada perempuan ni... bila along dah dapat anak along boleh ceraikan dia dan kahwin dengan Almy... pasal Almy along xperlu risau, mama akan jelaskan semuanya pada dia... lagipun korang akan kahwin tahun depan... banyak masa lagi untuk settlekan perkara ni..."

Tersentak aku dengan jawapan dan ketegasan Aunty Sally... Aku hanya mendiamkan diri... aku betul2 buntu dengan semua ini... semuanya secara tiba-tiba...

" Uncle rasa biar Dee balik fikirkan hal ni sebaik-baiknya... Uncle xnak salah sorang dari kamu menyesal di kemudian hari...perkahwinan bukan perkara yang main-main dan diperlekehkan... apa-apa keputusan Dee Uncle akan sokong...." aku memandang sayu ke arah Uncle Kamal... sambil mengucapkan terima kasih kepadanya...
Aunty Sally menjeling ke arah ku... lantas aku tarik tangan Mira keluar dari rumah Agam ini...

Haruskan aku membiarkan diriku diperkotak-katikkan seperti apa yang terjadi kepada mamaku....?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience