Chapter 4

Romance Series 1546

Setelah semua beg dan barang-barang dimasukkan ke dalam kereta miliknya dan Zaril, mereka bergerak berasingan menuju ke kondominium milik Zaril yang terletak di Mont Kiara itu. Setelah hampir 45 minit memandu, mereka telah sampai di kondominium elit itu...

Tergamam seketika Dee bila dia masuk ke unit kondominium tu, semuanya serba mewah... dan dia percaya perabut dalam rumah ni pun semuanya dari luar negara...

" Masuk lah, buat macam rumah you sendiri... I jarang-jarang balik sini, I banyak stay dekat villa sebab tu rumah ni nampak still kosong lagi... " Kosong? Dee tertanya sendiri, baginya keadaan rumah ni dah cukup lengkap pun... Haihlah, orang kaya kan...

" Takpe, I tak kisah pun... lagi pun I sementara je dekat sini... ni pun lebih dari cukup..." Zaril pandang muka Dee tak puas hati, bila Dee tuturkan kata-katanya tadi... Ish baru sampai, dah xsabar nak tinggalkan rumah ni pulak...

" Bilik I yang mana satu? I nak kemas barang- barang I ni" aju Dee malas memulakan pergaduhan...

"Bilik you?" pantas Zarif bertanya sambil mengangkat keningnya...

" Yelah, bilik I lah. xkan I nak tidur dekat ruang tamu ni pulak..." dah lah dirinya penat mengemas barang2 dan bajunya tadi, Zaril pulak nak bersoal jawab dengannya pulak...

" Okay, jom I tunjukkan bilik you dan juga bilik I. Bilik kita berdua" laju Zarif berjalan menuju ke biliknya...

" I xnak share bilik dengan you okay, I ikut you tinggal kat sini pun dah kira okay...I nak bilik sendiri, I perlukan privacy"..protes Dee tanda tak puas hati dengan keputusan Zaril ...

Sambil duduk di atas sofa didalam biliknya Zaril renung tajam ke arah Dee...
" You minta I hormatkan you as my wife n you pun akan hormatkan I as your husband, so ini arahan I... I xnak you ingkar pulak arahan I... lagipun, senang sikit anytime I nak pregnant kan you pun boleh.... " sambil melangkah ke arah Dee yang sudah memerah mukanya...
" I rasa you dah bersedia nak serah diri pada I kan malam ni?... " terus satu jelingan tajam Dee hadiahkan kepada Zaril...
Zaril terus keluar dari bilik sambil ketawa melihat reaksi Dee bila dia berkata begitu..
" Tahu pun nervous, dia ingat dia sorang je nervous... aku pun nervous juga" bisik hati Zaril sendiri

=============================================

"Hello, mama" jawab Zaril setelah telefon nya dilekapkan ditelinga
" Kenapa along bawa perempuan tu tinggal kat kondo tu, Along cakap nak bawa dia stay kat villa ni" terus dihamburkan kemarahan kepada anaknya... mana taknya dia baru plan nak sakitkan hati menantunya bila perempuan tu tinggal bersamanya...
"Ma, kan along dah cakap, mama xboleh masuk campur dalam urusan rumah tangga Dee and along... Ma pun tahu kan perjanjian antara kami... Kalau Dee lari semua planning xberjaya tau mama... mama kena lah sabar sikit. Along akan usahakan secepat mungkin supaya Dee tu pregnant dah semuanya akan selesai secepat mungkin... Along sayang sangat dekat Almy... lagi lama benda ni x settle, Almy asyik merajuk je... " jawab Zaril panjang lebar..
Jujur dia akui cintanya terhadap Almy tiada tandingan, walau pun Almy seorang pelakon dan model sambilan yang sentiasa bergandingan dengan pelakon lelaki yang lain, tetapi Zaril sangat mempercayai tunangnya itu... walaupun sudah banyak kali gossip liar yang selalu mengaitkan Almy dengan lelaki lain...
"Ye lah, tapi along pujuk dulu Almy tu... tadi dia mengadu pada mana yang along xpujuk-pujuk dia lagi... "
" okay ma" jawab Zaril malas...
Memikirkan caranya nak pujuk tunangnya...

=============================================

Dee keluar dari bilik setelah selesai mengemas barang-barangnya dan membersihkan diri...
Lantas dilihat Zaril tertidur di atas sofa...
" ish boleh pulak dia tidur kat sini, perut aku ni dah lah lapar" terus kakinya berjalan menuju ke dapur...
Dibuka satu persatu kabinet dapur n peti sejuk untuk melihat apa barang yang boleh dimasak, namun hampa.. kosong.. Dee mengeluh sendiri.

Bila dia ke ruang tamu semula, dilihat Zaril sudah pun bangun...
"You dah siap kemas? " Dee angguk kan kepala, tiada mood mahu menjawab, memikirkan perutnya yang sudah lapar
" You tunggu sekejap, I mandi then kita keluar pergi makan" Terus Zaril bergerak ke bilik untuk membersihkan diri...

=============================================
Sepanjang perjalanan ke restoran, masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan sendiri...
Setibanya di restoran mewah itu, mereka terus masuk...

Setelah pelayan mengambil pesanan, tiba-tiba datang seseorang menyapa mereka...

"Sayang.......sampai hati you tak pujuk I pun... I tunggu you call I dari siang tadi" meleret Almy memanggil Zaril. Zaril kaget sebentar kerana tidak menyangka akan bertemu Almy di sini... manakala Dee mengangkat kepala memandang 2 orang di hadapannya dengan muka tidak puas hati...

"If both of you have problems to discuss please pergi tempat lain, I nak makan... I tak suka masa I tengah makan ada orang nak bergaduh, If not I yang akan keluar." tegas Dee menjawab... hilang mood betul nak makan. Terus Zaril dudukkan Dee semula dah berlalu pergi bersama Almy ke luar restoran...

Setelah order makanan sampai, Dee cepat-cepat menjamu selera tanpa menunggu Zaril datang semula... Hampir 15 minit menikmati makan malamnya, Zaril tetap juga datang... Dee mengerling ke arah jam tangan miliknya... Hmmm hampir pukul 10 malam...

Akibat matanya yang sudah penat dan mengantuk Dee mengambil keputusan untuk bayar n pulang sendiri ke kondo... 'Haish lah, nasib baik lah aku keluar tadi bawa purse and handphone... kalau x tidur tepi jalan lah aku...' rungut Dee sendiri...

=============================================

Zaril yang menyedari kekhilafan diri meninggalkan Dee di restoran itu seorang diri terus memecut kembali ke tempat tadi... Malangnya Dee sudah tiada di situ...

'Mana you pergi ni Dee, I call banyak kali x berjawab... ' mundar-mandir Zaril mencari Dee di sekitar kawasan itu... Setelah penat mencari, Zaril membuat keputusan untuk pulang sahaja ke kondo miliknya...

Sampai ke kondo, Zaril terus masuk dan mencari Dee di dalam bilik... Lega rasanya bilik melihat Dee sedang nyenyak tidur tanpa menyedari kepulangannya...
'ish, aku penat mencari dia di merata tempat, boleh pulak dia balik tanpa inform aku langsung.... '

Akhirnya Zaril yang kepenatan pun berbaring di sebelah Dee dan terus melelapkan mata...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience