chapter 2 : Perjanjian

Romance Series 1546

Aku mengerling ke arah telefon bimbitku... satu whats app dari no. yang tidak kukenali...

" i nak jumpa you malam ni nak discuss pasal wedding kita... nant i akan share location tu pada you..."
lantas aku reply message tersebut

"You ni siapa? kenapa i nak kena ikut cakap you?"

Aku tahu aku sedang whats app dengan siapa...

" berapa ramai lelaki yang you perlu kahwin ni untuk you dapatkan harta2 ni semua?"

Tersentak aku dengan jawapan itu...
Malas memulakan pergaduhan aku terus reply okay...
Aku xpunya pilihan lain selain mengikut sahaja perancangan ini... Semalampun Aunty Sally telah mengugut aku supaya aku bersetuju dengan rancangan ini., jika tidak dia akan musnahkan hidup aku... Aku memang tiada pilihan lain...

=============================================
Seperti yang dijanjikan, aku parkir kereta aku di hadapan sebuah restoran mewah di tengah2 ibu kota... Lantas aku masuk ke dalam restoran tersebut setelah menyedari aku sudah terlambat datang ke sini...

" I ada meeting dengan En Zaril, " sapaku pada pelayan yang berada di pintu masuk restoran itu... Terus aku dibawa ke meja yang agak tersorok dari di bahagian tepi restoran itu... kelihatan Zaril telah menunggu ku di situ...

" Hi, sorry I lambat... jalan jammed tadi" tegurku seraya duduk di kerusi yang disediakan berhadapan dengan Zaril...

" Duduklah..." sekilas dia memandangku...
" I dah order untuk you, i tak sure you okay x dengan menu ni, if x okay you boleh order lain... "

" Its okay, i makan je apa-apa asalkan halal... " jawabku ringkas.

" Sambil-sambil kita makan kita akan discuss mengenai wedding kita, " ujar Zaril setelah lama mendiamkan diri...
Pantas aku terus mencelah,

" I akan proceed dengan plan ni if you agree dengan semua syarat-syarat yang akan nyatakan ni... " Zaril menoleh ke arah ku seperti tidak berpuas hati...

" Memandangkan you yang akan dapat benefit dari perkahwinan ni, I rasa you perlu ikut semua syarat-syarat yang i nyatakan ni... if you not agree with this, then i will not proceed it... " aku perlu bertegas supaya hak-hak aku dipandang sepi...

" okay, just proceed with your syarat-syarat tu"

Aku helakan nafas sebentar... aku harap sangat Zaril akan bersetuju dengan syarat-syaratku...

"Syarat pertama, I akan hormatkan you as my husband and I nak you pun hormatkan I as your wife sepanjang ikatan ni...
kedua I xnak ada orang luar yang akan masuk campur dalam rumah tangga ni termasuk your mum and your fiance...
ketiga selepas anak kita lahir, hak penjagaan anak tu perlu diserahkan sepenuhnya kepada I. I takkan pisahkan you dengan dia, sebab you still ada hak pada dia,
Yang keempat you xboleh berkahwin dengan your fiance selagi kita terikat sebagai husband and wife
yang kelima, selepas i lahirkan baby, i nak u ceraikan i and your family dah xboleh kacau hidup i lagi.... "

Aku melihat Zaril menganggukkan kepala dan terdiam sejenak...

" I setuju, tapi i minta perkahwinan ni dirahsiakan dari semua orang except our family dan kawan2 terdekat... itu sahaja... and kita akan kahwin as soon as possible"
Aku angguk tanda setuju, memandangkan perkahwinan ni cuma sementara, xperlu lah aku hebohkan... at last aku akan diceraikan juga...

" I nak semua persetujuan ni ada black n white, and En Razif akan jadi peguam yang handle agreement ni... "

"okay i setuju... i akan minta mama i uruskan wedding ni... just a simple akad nikah ceremony... "

Aku anggukkan kepala n teruskan dinner, walau pun selera makan ku telah lama mati...

=============================================

"Kau betul ke nekad nak teruskan wedding gila ni... kau xdapat apa2 benefit pun lah Dee... diorg cuma pergunakan kau supaya semua syer saham tu dapat pada diorg... "

Aku memandang ke arah Mira... aku faham kerisauan yang bermain di kepalanya itu... tapi aku sudah nekad...

" selagi aku xkahwin dengan Zaril tu, selagi tu lah hidup aku xakan aman... kau xkenal Aunty Sally tu macam mana... aku kena juga kahwin dengan Zaril tu supaya lepas semuanya selesai, aku boleh hidup aman n diorang xakan ganggu aku dan anak aku lagi... " ujarku, aku sangat memerlukan sokongan dari Mira...

" Kau yakin ke bila korang kahwin hidup kau akan aman? kau yakin ke lepas kau kahwin kau terus akan pregnant dan dapat anak? Kau ingat semudah tu ke Dee? " hujah Mira

" Aku tahu semua risiko tu, tapi aku dah xde pilihan lain lagi... cuma aku minta sangat kau support aku dalam hal ni... aku xde sape2 selain kau Mira... please... "
aku tahu aku boleh harapkan Mira dan aku cuma ada sorang sahaja kawan baik iaitu Mira....
Mira mengalah...

"Dia tahu x kau keje dengan company dia?" tanya Mira lagi...

Aku cume gelengkan kepala... bagi aku Zaril xperlu tahu semua tentang aku... lagipun aku bukan lah orang penting dalam company tu, cuma seorang junior engineer di situ... setelah setahun aku bekerja disitu, belum pernah aku berurusan dengan CEO, kebanyakan urusan dengan pihak atasan adalah melalui boss aku iaitu En Hilman...

Jika ini adalah takdirku, Kau permudahkan Ya Allah... Aku mahu bebas secepatnya dari semua ini...

=============================================

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience