Permulaan

Short Story Series 9697

Dalam sesebuah hikayat, jalan cerita adalah asas yang paling penting. Dan, dalam sesebuah cerita, kisah cinta antara yang terpaling diminati untuk dibaca. Mungkin kisahnya dekat di hati kerana kita semua dicipta daripada perasaan kasih dan sayang. Malah, kita juga wujud kerana diizinkan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.

Menelusuri kehidupan bukan saja ada pahit dan getir, namun pastinya ada rasa ingin dicintai dan mencintai.

Penulis percaya setiap daripada kita mempunyai kisah cinta kita sendiri. Sama ada ia berbalas ataupun tidak.

Ingat, cinta tu tak semestinya bersama. Tak semestinya memiliki.

Semua mempunyai konsep mencintai dan dicintai dengan sendiri. Tanpa semua sedari nikmat yang Tuhan beri salah satunya kepada kita adalah rasa cinta dan kita juga lahir daripada perasaan cinta.

Untuk para pecinta kisah cinta, mahupun yang hadir membaca sekadar ingin meluang masa. Di sini, lahirnya kisah-kisah cinta pertama yang dihantar oleh segenap pembaca-pembaca NovelPlus. Mereka berkongsi kisah untuk diabadikan.

Semoga kita semua dapat menyelami dan merasai kisah cinta mereka. Ya, ini kisah benar dan selamat bercinta semuanya.

Pesanan, ini hanya tulisan hasil inspirasi daripada cerita-cerita yang dikirimkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience