BAB 14

Drama Completed 16555

5 TAHUN KEMUDIAN....

"Adib Zafran! Sini sayang! Jangan main jauh-jauh sangat, nanti Mama awak risau tau!" Jerit Rifqie Aslan.

Adib Zafran merupakan anak kepada Iman Irdina yang sudah berusia 3 tahun.

"Papa jangan risau okey! Adib tak main jauh-jauh lagi" Balas Adib Zafran.

"Rifqie,Adib!" Panggil Iman Irdina sambil meletakkan bekas berisi makanan ke atas tikar yang dihampar tadi.

"Mama, Adib rindu laa dekat mama" Rengek Adib Zafran sambil memeluk lengan Iman Irdina.

"Aishh... Mengada betul Adib ni tau. Siapa ajar Adib jadi macam ni?"

"Papa!" Balas Adib Zafran dengan selamba.

"Amboi awak, Rifqie. Dah pandai sekarang ek? Siap awak tau!"

Rifqie Aslan tergelak kecil apabila lucu melihat gaya Iman Irdina seperti itu.

"Saya rasa lebih baik awak dulu yang bersiap sebab..."

"Rifqie! Turunkan saya laa. Malu orang tengok tu!" Jerit Iman Irdina. Bahu Rifqie Aslan ditampar lembut.

"Werk! Padan muka awak. Mandi laa awak dekat situ HAHAHA"

Iman Irdina bercekek pinggang sambil memandang dirinya sudah basah kuyup akibat ditolak ke dalam air pantai itu.

"Tengku Rifqie Aslan! Geramnya saya!" Jerit Iman Irdina lagi.

Kali ini lebih kuat bunyinya.

"HAHAHA! Sorry tak sengaja. Tepi, saya pula mahu terjun ni" Kata Rifqie Aslan.

Dia mengundur ke belakang beberapa tapak lalu terus pencut larian dan...

BUSH!

"Hebat tak saya?" Tanya Rifqie Aslan sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Hebat sangat! wow.. Amazing!" Perli Iman Irdina sambil membuat tertawa kecil.

Rifqie Aslan melihat itu hanya mencebik bibirnya.

"Alaaa, Mama dengan Papa sahaja ke boleh duduk dalam air? Adib?" Tanya Adib Zafran sebelum berpusing ke belakang.

Mereka berdua berpaling ke Adib Zafran lalu masing-masing menepuk dahi.

Ingat single lagi tadi!

•••

Iman Fahri membuka pintu keretanya lalu keluar dari kereta tersebut.

Mata dipejam sebentar lalu menghirup udara pantai itu. Angin menampar lembut pada bahagian pipinya. Dia terus berjalan ke tengah pantai lalu duduk di atas pasir.

Pasir putih pantai itu dikuis-kuis menggunakan kakinya. Selama 5 tahun, fikirannya hanya pada seorang iaitu...

Iman Irdina.

Dia tetap tidak berputus asa mencari mana keberadaan gadis itu. Haknya pula belum dituntut lagi.

"Pandai betul kau lari dari aku erk? Anak aku mesti dah besar kan. Kau tahu tak, sengsara rasanya hidup aku bila kau tiada" Menggerutu Iman Fahri.

Cengkerang ditepi nya itu dikutip lalu mencampak.

"Kau memang dah lupa kan aku ke apa? Kalau aku tahu semua ni nak jadi, aku pastikan kaki kau tu tak boleh pergi mana-mana pun" Menggerutu Iman Fahri lagi.

"Kau me-"

BUK!

Belum sempat menghabiskan ayatnya, seorang budak kecil telah melanggar belakangnya yang membuat dia tersentak.

Dia berdecit geram. Kemudian berpusing ke belakang dan memandang budak kecil yang sedang tunduk kepala.

"Adib minta maaf, uncle. Adib tak sengaja nak langgar uncle" Kata Adib Zafran dengan takut-takut.

Sesekali dia mendongak kepala memandang riak wajah Iman Fahri yang beku.

"Kalau mac..."

"Adib! Mama dah cakap, jangan lari" Ujar Iman Irdina sambil menarik lembut lengan Adib Zafran.

Iman Fahri terkaku sebentar apabila memandang Iman Irdina di hadapan. Satu senyuman sinis diukir dan...

Mangsa sudah kembali.

"Minta maaf, Encik. An..."

Iman Irdina terus larikan pandangan ke arah lain. Jantung mula berdegup laju.

"Adib, ikut Mama"

Iman Irdina meraih tangan Adib Zafran lalu ingin pergi dari situ. Namun hampa, bila Iman Fahri mengcengkam kuat pada lengannya.

"Kau nak pergi mana?!" Soal Iman Fahri dengan nada tinggi.

"Sa-kit ab-ang"

Iman Irdina berdesis sakit apabila Iman Fahri mengcengkam lengannya lagi kuat dari tadi.

"Budak ni anak aku kan!" Soal Iman Fahri lagi.

Melihat kebisuan gadis itu, yang membuat dia panas hati.

"Jawablah soalan aku!" Desak Iman Fahri lagi.

"Be-tul Adib anak abang" Jujur Iman Irdina.

Dia menghelakan nafas lega bila Iman Fahri meleraikan cengkaman tadi.

"Kau, sini!"

Lengan Adib Zafran ditarik kuat.

Bagaikan mahu terputus sahaja lengan budak itu.

"Kau anak aku. So, aku ayah kau. Panggil aku Daddy. Faham tak?!" Tengking Iman Fahri.

Terhinjut bahu Adib Zafran apabila ditengking sebegitu.

"Uncle bukan ayah, Adib. Papa adalah ayah Adib" Balas Adib Zafran.

Iman Fahri menikam anak mata Iman Irdina lalu memandang kembali wajah anaknya itu dengan pandangan tajam.

"Kau anak aku! Jangan sesekali nak kurang ajar pada aku, bodoh! Kau mesti ikut perangai Mama kau ni kan!" Tengking Iman Fahri lagi.

Bahu Adib Zafran ditolak sehingga terjatuh ke belakang.

"Abang! Anak saya tu!" Marah Iman Irdina.

Dia bantu Adib Zafran supaya berdiri semula.

"Hei perempuan! Kau siapa nak tinggikan suara kau pada aku! Dasar pemalang!"

Tangan dia baru sahaja ingin menampar pipi Iman Irdina, namun dihalangi oleh Rifqie Aslan.

"Siapa kau nak naik tangan pada perempuan!" Tanya Rifqie Aslan.

"Aku siapa? Aku suami kepada Iman Irdina" Balas Iman Fahri dengan selamba.

Mereka berdua bertentang mata sebelum Rifqie Aslan tergelak kecil.

"Kau suami kepada dia? heh! Suami dayus! Kau tak layak dapat gelaran suami laa!"

BUK!

Satu tumbukan padu dihayungkan pada perut Iman Fahri.

"Dah, Rifqie" Halang Iman Irdina.

Iman Fahri jatuh terduduk sambil mengesat darah yang keluar dihujung bibirnya. Lantas dia bangun dari jatuh.

"Isteri jenis apa kau ni. Buka aib suami pada orang lain. Lebih lagi, orang tu lelaki" Ujar Iman Fahri. Mata merenung kearah Iman Irdina.

Mahu sahaja dia teranjang gadis itu sehingga tidak dapat berdiri.

Iman Irdina diam tidak membalas. Dia tahu, tidak sepatutnya dia membuka aib suaminya itu.

"Tak kisah laa aib ke tak. Sekarang ni, apa kau nak sebenarnya?" Soal Rifqie Aslan pula.

"Aku nak dia kembali semula dalam rumah tu. Dia isteri aku" Balas Iman Fahri.

Pantas Iman Irdina gelengkan kepala tidak mahu kembali ke rumah itu.

"Aku tak akan benarkan. Kau nak balik, kau balik sendiri" Kata Rifqie Aslan.

Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana hendak halang Iman Fahri dari mengambil Iman Irdina dan anaknya.

Dia menoleh Iman Irdina disebelah apabila gadis itu menarik lengannya bersama geleng kepala.

"Kau tak ada hak nak masuk campur dalam rumah tangga aku. Dia isteri aku. Syurga dia di bawah tapak kaki aku!" Ujar Iman Fahri.

Sakit pula hatinya apabila melihat Iman Irdina memegang lengan lelaki itu.

"Abang... Tolong jangan buat saya macam ni. Saya merayu pada abang. Saya tak nak balik dekat sana lagi" Ujar Iman Irdina dengan separuh rayu.

Berharap agar lelaki itu bersimpati ke atasnya.

"No! korang berdua ikut aku!" Kata Iman Fahri.

Adib Zafran di dukung lalu menuju kearah kereta.

Dia tahu, gadis itu akan mengikuti dia juga. Siapa yang mahu berpisah dengan anak.

"Lepaskan Adib! Mama,Papa tolong Adib! Adib tak nak ikut Uncle ni!" Jerit Adib Zafran sambil meronta-ronta mahu diturunkan.

"Diam kau budak! Kalau kau tak nak diam jugak, aku bunuh kau dengan Mama kau sekali!" Ugut Iman Fahri.

"Irdina... saya betul-betul minta maaf, sebab tak dapat tolong awak. Don't worry, saya akan cuba sedaya upaya untuk bebaskan awak dari lelaki tu" Kata Rifqie Aslan dengan rasa bersalah.

"Baiklah, Rifqie. Jaga diri awak elok-elok"

PON!

"Saya pergi dulu"

Iman Irdina berlari ke arah kereta Iman Fahri apabila meng'hon' berkali-kali.

"Maafkan saya, Irdina..."

Rifqie Aslan menghantarkan pemergian Iman Irdina dengan ekoran matanya sahaja.

•••

"Masuklah! Kau kenapa susah sangat nak masuk!" Jerkah Iman Fahri dengan kuat.

Lengan Iman Irdina dicengkam lalu menarik ke tingkap atas.

"Mama, Adib takut" Merengek Adib Zafran.

Dia memeluk Iman Irdina dengan erat sekali.

"Dah, nanti kita keluar dari rumah ni" Bisik Iman Irdina ditepi telinga Adib Zafran.

Dia pejamkan seketika matanya bagi menahan rasa sakit pada lengannya.

Iman Irdina ditolak masuk ke dalam bilik sehingga dia jatuh terduduk. Iman Fahri mula mengunci pintu dan berpaling ke Iman Irdina yang sedang memeluk erat anaknya itu.

"Sayang..." Panggil Iman Fahri dengan meleret.

Iman Irdina hanya menepis kasar tangan Iman Fahri.

Iman Fahri berdecit geram apabila gadis itu sesuka hati menepis tangannya.

"Kau kenapa?!" Tengking Iman Fahri.

"Abang tu kenapa! Kenapa abang muncul balik saat saya dah bahagia!"

Iman Fahri agak tersentak dengan tengkingan dari gadis itu. Selama mereka tinggal satu rumah tak ada pula gadis itu mahu meninggi suara. Apa lagi mahu menengking.

"Bahagia, ek? HAHAHA bahagia tanpa aku"

PANG!

"Uncle! Jangan tampar Mama Adib!"

Iman Fahri memandang pula anaknya disebelah.

"Kau tak perlu masuk campur dalam hal aku, budak kecil!" Kata Iman Fahri sambil menunjal kepala Adib Zafran dengan jarinya itu.

"Abang! Jangan nak sentuh anak saya. Sekarang ni, apa nak dari saya?" Tanya Iman Irdina.

"Aku nak kau balik semula dalam rumah ni"

"Untuk apa saya nak balik dekat sini?"

"Untuk jadi hamba aku. HAHAHA!"

Iman Irdina terus mengundur ke belakang ke belakang apabila Iman Fahri tertawa kuat sehingga memenuhi ruang itu.

"Nak pergi mana!" Jerkah Iman Fahri dengan kuat.

"Lepaskan saya!"

Iman Irdina bangun dan dukung Adib Zafran dengan erat.

Dia menolak bahu Iman Fahri ke belakang sekuat hati dan berjaya membuatkan lelaki itu jatuh ke atas lantai.

Tanpa membuang masa lagi dia terus berlari ke pintu dan membuka kunci.

"ARGHHHH!"

Tudung Iman Irdina ditarik sekuat hati dan terlepas dukungan Adib Zafran.

"Adib pergi! Pergi sekarang!" Arah Iman Irdina.

"Ta..."

"Pergi!!!!" Teriak Iman Irdina sekuat hati.

Adib Zafran terus menurun tangga dan menuju ke pintu runah.

Mahu memulas tombol pintu tapi tak berjaya kerana dirinya tidak sampai mahu memulas tombol tersebut.

KLAK!

Pintu dibuka oleh seseorang.

•••

"Abang dah gila! Lepaskan saya!"

PANG!

"Jangan nak tinggikan suara kau pada aku!"

Iman Fahri mengambil pisau lipat lalu menores pada lengan Iman Irdina.

Iman Irdina berdesis sakit dan menangis.

"Sakit ke sayang? Abang tak sengaja nak toreh lengan sayang. I'm sorry..." Ujar Iman Fahri dengan nada lembut.

Dia membelai pipi Iman Irdina dengan lembut dan...

PANG!

"Perempuan bodoh!"

"Perempuan malang!"

"Perempuan murah!"

Iman Fahri masih lagi menampar pipi Iman Irdina.

"Iman Fahri Bin Dato'Kamil jangan bergerak!"

Iman Fahri terkaku.

"Sila letakkan senjata anda! Tangan ke belakang dan pusing ke arah kami sekarang!" Arah seorang anggota polis.

Iman Fahri menurut sahaja.

Dua orang polis mendapatkan Iman Fahri lantas menggarikan kedua belah tangan.

"Irdina! Awak okey tak ni?" Soal Rifqie Aslan.

Iman Irdina mengangguk kepalanya. Dia melihat Iman Fahri tersenyum sinis ke arahnya sebelum dibawa keluar oleh polis.

"Irdina! Ya Allah! Daddy minta maaf atas kelakuan Fahri" Kata Dato'Kamil.

"Ad-ib ma-na?" Tanya Iman Irdina.

Dia risaukan anaknya sahaja.

"Mama!" Panggil Adib Zafran.

Lantas dia memeluk Adib Zafran dengan erat sekali.

"Irdina... Saya rasa awak kena ke hospital sebab luka pada tangan awak ni agak dalam"

Dia membantu Iman Irdina untuk berdiri dan keluar dari bilik tersebut.

•••

"Irdina!"

Dato'Rasid dan Datin Salimah berlari kearah dia.

"Anak Abah. Irdina okey tak ni?" Soal Dato'Rasid dengan risau.

"Irdina okey je Abah,Umi" Balas Iman Irdina dengan tenang.

"Umi rindukan kamu sangat-sangat" Ujar Datin Salimah.

"Irdina pun sama"

Mereka bertiga berpelukan.

"Mama..." Panggil Adib Zafran selepas tiba bersama Rifqie Aslan.

Encik Khalid dan Puan Raudah mendekati Iman Irdina.

Rifqie Aslan menyalami kedua tangan Dato'Rasid dan juga Dato'Kamil.

"Ini siapa pula, Irdina?" Tanya Dato'Rasid.

"Ini Rifqie. Dia yang selamatkan Irdina dulu. Irdina tinggal dengan keluarga dia. Kenalkan Umi, dengan Walid Rifqie" Kata Iman Irdina.

"Ini pula, Cucu Abah,Umi,Daddy dan Mummy"

Iman Irdina kenalkan Adib Zafran pada mereka berempat.

Mereka semua mula berbual mesra sekali dan gurau senda.

Iman Irdina memandang wajah Rifqie Aslan lalu menghadiahkan satu senyuman manis. Rifqie Aslan turut membalas senyuman itu.

•••

Seminggu sudah berlalu. Iman Irdina sudah pulang dari hospital dan luka pada lengannya semakin pulih. Dia menurun tangga dan mendekati ke ruang tamu.

"Abah,Umi. Irdina nak bincang sesuatu" Ujar Iman Irdina.

Dia sudah membuat keputusan.

Dato'Rasid dan Datin Salimah menoleh melihat Iman Irdina.

"Pasal apa yang Irdina nak bincang?" Tanya Datin Salimah lalu melabuhkan punggung ke atas sofa bersebelahan Iman Irdina.

"Pasal Fahri"

Mereka diam seketika.

"Kenapa dengan Fahri?" Tanya Dato'Rasid pula.

"Sebelum ni Irdina dah tanya pada Mummy dan Daddy. Mereka setuju. Irdina nak bercerai dengan Fahri" Luah Iman Irdina.

Mereka saling berpandangan dan masing-masing mengangguk faham.

"Baiklah. Kalau itu yang terbaik buat Irdina, Kami setuju" Balas Datin Salimah sambil membelai lembut pipi Iman Irdina.

"Tapi Irdina kena ingat. Walau seteruk mana pun perangai Fahri, dia tetap ayah kepada anak Irdina. Adib Zafran" Kata Dato'Rasid pula.

"Irdina faham, Abah. Irdina tak akan halang kalau Fahri nak junpa dengan Adib. Irdina minta Izin nak pergi ke penjara bersama dengan Adib. Irdina nak bagi tahu pasal ni pada Fahri sendiri" Ujar Iman Irdina.

"Baiklah. Pergi laa kami tak halang. Kirim salam Abah dengan Umi pada Fahri" Balas Dato'Rasid.

•••

"Assalamulaikum, Abang. Abang apa khabar, Sihat?" Tanya Iman Irdina.

"Kalau kau datang sini nak mengejek aku, lebih baik kau pergi balik sekarang" Balas Iman Fahri.

Sekilas pun dia tidak memandang wajah Iman Irdina dan juga anaknya, Adib Zafran.

"Benci sangat ke abang pada saya? Abang masih salahkan saya atas kematian Rose?" Tanya Iman Irdina lagi.

Pantas Iman Fahri memandang kearah dia dengan pandangan tajam.

"Dah tahu buat apa tanya lagi! Semua ni salah kau! Kalau kau tak jawab panggilan malam tu, mesti dia tak akan bunuh diri!" Tengking Iman Fahri.

Dia mendengus kasar.

Iman Irdina hanya tersenyum tipis apabila mengimbas kembali kejadian pada malam itu.

Flashback

KRING!

Deringan telefon Iman Fahri membuat Iman Irdina panik. Telefon dan juga bilik air dipandang berselang-seli.

Bibir bawah digigit perlahan.

Kalau dia tidak menjawab panggilan itu, mungkin hal penting mahu diberitahu.

Kalau dia menjawab panggilan itu, mungkin membawa masalah ke atas dirinya nanti.

Lama-lama dia menjawab panggilan tersebut.

"Assalamulaikum, apa yang boleh saya bantu Cik? Dan boleh saya tahu Cik ni siapa?"

"Kau siapa perempun?!"

Iman Irdina jauhkan sedikit telefon apabila ditengking sebegitu.

"Saya isteri kepada Fahri"

"What wife! Tak guna kau perempuan! Kau rampas dia dari aku! ARGHHH!"

"Cik Say..."

Telefon tadi dirampas oleh Iman Fahri.

"Hello! Baby! Baby! Please jangan buat i macam ni. Rose!"

Talian diputuskan.

Iman Fahri mendekati Iman Irdina yang sudah mengundur ke belakang itu dengan perasaan marah.

"Hei perempuan! Siapa suruh kau jawab panggilan aku!?" Soal Iman Fahri.

Dia mengcengkam rahang Iman Irdina dengan kuat.

Rasa marah tadi tidak reda. Dia menolak Iman Irdina ke belakang sehingga terjatuh. Kaki mula menendang pada bahagian perut berkali-kali.

"Abang! Sakit!" Meraung Iman Irdina bersama tangisan.

Endflashback

"Saya tahu semua itu salah saya. Saya minta maaf pada abang" Ucap Iman Irdina.

Dia menunduk memandang wajah Adib Zafran yang memandang dirinya dengan terkebil-kebil.

Iman Fahri diam tidak membalas.

"Abang, saya rasa hubungan kita terlalu jauh untuk bersama lagi. Saya harap, abang dapat terima keputusan ni" Kata Iman Irdina.

Mereka saling bertentangan mata.

Iman Fahri menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh isterinya itu.

"Saya nak abang lepaskan saya" Luah Iman Irdina.

Iman Fahri tersenyum tipis. Dia mengganguk faham. 

"Andai itu jalan kau nak, aku akan tunaikan. Aku rasa dah banyak kesakitan dan kesengsaraan aku bagi pada kau. Benci aku pada kau terlalu tebal, Irdina"

"Tapi nak buat macam mana. Aku tak akan dapat padamkan kenyataan yang kau tu isteri aku. Lagi pula aku dah redha pemergian Rose" Luah Iman Fahri.

Dia harus lupakan semua dendamnya pada Iman Irdina. Dia sedar bukan Iman Irdina pesalahnya tapi pesalah adalah dirinya sendiri.

Yang ego,angkuh dan sombong. Terlalu mementingkan harta duniawi.

"Abang tak nak bercakap dengan anak kita ke?" Tanya Iman Irdina.

Iman Fahri memandang wajah sekilas wajah Adib Zafran.

"Layak ke aku digelar seorang ayah?" Soal Iman Fahri kembali.

"Layak. Abang layak sebab seteruk mana pun abang, abang tetap ayah kepada anak saya" Balas Iman Irdina bersama senyuman.

Iman Fahri turut membalas senyuman itu.

Lengan Adib Zafran ditarik perlahan. Tubuh Adib Zafran dimasukkan ke dalam dakapannya.

"Maafkan Daddy. Daddy tahu, Daddy dah banyak sakitkan Adib dengan Mama" Ujar Iman Fahri bersama tangisan.

Pelukkan tadi dileraikan.

"Daddy jangan menangis. Adib dah maafkan Daddy. Daddy tak perlu bersedih lagi" Balas Adib Zafran sambil menyeka air mata Iman Fahri.

Iman Fahri mengesat air mata lalu tertawa kecil.

"Okey dah! Daddy tak nangis lagi. Nanti Adib datang selalu melawat Daddy dekat sini tau!"

"Okey!"

Mereka bertiga melepaskan tawa.

•••

4 Bulan Kemudian...

"Aku terima nikahnya Nur Iman Irdina Binti Mohd Rasid dengan mas kahwinnya sebanyak 500 ringgit tunai" Lafaz Rifqie Aslan.

SAH!

SAH!

SAH!

Sah mereka berdua menjadi pasangan suami isteri. Rifqie Aslan mengucap syukar di dalam hati.

Selepas beberapa bulan Iman Irdina bercerai dengan Iman Fahri. Dia membuat keputusan untuk melamar Iman Irdina supaya menjadi isterinya. Dia sendiri tidak menyangka bahawa Iman Irdina menerima lamarannya itu.

Sungguh hebat aturan Allah S.W.T.

Rifqie Aslan mendekati isterinya yang baru sahaja dinikahi tadi. Cincin disarungkan pada jari manis milik Iman Irdina. Dia mencium dahi Iman Irdina dengan lama.

"Terima kasih kerana sudi hadir di dalam hidup sayang. Sayang janji sayang akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buat abang" Ucap Iman Irdina.

"Abang juga ingin berterima kasih pada sayang. In Sha Allah, sama-sama kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Abang akan jaga sayang hingga ke hujung nyawa abang" Balas Rifqie Aslan.

"Sesungguhnya aku bersyukur kepadamu Ya Allah. Walaupun cinta itu bukan untukku. Kau hadirkan cinta ini untukku selamanya"  Desis hati Iman Irdina.

Pelbagai gaya mereka lakukan di hadapan kamera.

"Papa! Nanti bagi Adib adik ramai-ramai tau!" Kata Adib Zafran.

"Okey bos! Nanti Papa bagi Adib, adik kembar 8 HAHAHA" Balas Rifqie Aslan dengan tergelak kuat.

"Apa abang cakap tadi? Tak dengar" Tanya Iman Irdina sambil memandang tajam ke arah mereka berdua.

"Abang cakap, abang nak bagi Adib, adik kembar 8!" Jerit Rifqie Aslan dengan kuat.

Mereka berdua berlari laju apabila Iman Irdina mengejar mereka.

"Tengku Rifqie Aslan Bin Tengku Khalid! Siap abang!" Jerit Iman Irdina sambil mengejar mereka.

~ T A M A T ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience