BAB 11

Drama Completed 16555

Keluarga Rifqie Aslan berkumpul diruang tamu dan memandang pelik kepada dirinya.

Iman Irdina tunduk kepala ke bawah dan memikir bagaimana mahu berterus-terang dengan keluarga Rifqie Aslan.

Lebih baik dia berterus-terang dulu daripada mereka mengetahui dari mulut orang lain.

"As. Sekarang jujur pada kami. Kamu berdua ada buat apa-apa ke belakang kami?" Soal Encik Khalid dan memandang kedua wajah mereka berdua berselang seli.

Terkejut dibuat olehnya apabila isterinya memberitahu Rifqie Aslan membawa balik seorang perempuan.

"Walid. As sumpah, As tak pernah buat apa-apa pun belakang Walid dan Umi" Balas Rifqie Aslan apabila mendengar kata Encik Khalid berkata sebegitu.

"Habis tu, bagi tahu pada kami berdua" Ujar Puan Raudah.

"Okey macam ni, masa tu As nak balik dari kerja dan nampak Irdina pengsan tengah jalan. As panik dan terus bawa pergi hospital"

"Disebabkan, As kasihan pada Irdina sebab tu As bawa dia tinggal dengan kita. Irdina cakap, suami dia baru sahaja meninggal. Sekarang ni, Irdina tengah mengandung" Terang Rifqie Aslan dengan panjang lebar.

Mereka berdua tersentak dan saling berpandangan.

"Err.. Saya minta maaf kerana mencelah. Tapi, saya nak jujur pada awak Rifqie. Sebenarnya, suami saya tak meninggal lagi. Saya yang lari dari rumah sebab saya dah tak tahan hidup dengan dia"

"Hari-hari dia pukul saya dan selalu melemparkan kata-kata kesat. Saya minta maaf sekali lagi, kerana dah menipu semua orang. Saya janji, saya akan keluar dari rumah ni" Tutur Iman Irdina dengan sebak.

Lagi sekali mereka tersentak dengan kenyataan Iman Irdina. Rifqie Aslan diam seketika.

Encik Khalid mengganguk perlahan memberi Izin kepada Puan Raudah untuk bicara.

Puan Raudah bingkas bangun dari duduk dan mendekati Iman Irdina.

"Umi dah faham sekarang. Irdina tak perlu tak risau lagi. Irdina selamat tinggal dengan kami" Ucap Puan Raudah dan membelai pipi Iman Irdina.

Iman Irdina menatatap wajah Puan Raudah dan lantas memeluk wanita itu.

"Terima kasih, Aunty. Irdina berhutang budi sangat pada Aunty sekeluarga"

"Tak perlu panggil Aunty, Irdina. Panggil Umi sudah. Kamu, kami dah anggap macam anak sendiri"

"Betul tu Irdina. Nanti Walid nak dapat cucu dah"

Encik Khalid tertawa kecil dan memandang wajah anaknya disebelah. Jelas kelihatan agak kecewa.

Rifqie Aslan hanya senyum nipis dan anggukan kepala.

•••

"Mana kau pergi, Irdina!" Jerkah Iman Fahri keseorangan.

Foto Iman Irdina ditatap dengan penuh kebencian.

"Kau cantik, sangat cantik! Tapi satu je, kau bodoh terlalu bodoh kerana larikan diri daripada aku!"

Foto tadi ditikam beberapa kali.

"Aku tak kira berapa lama tahun aku kena cari kau, yang pasti aku akan cari kau sampai lubang cacing! Aku akan tuntut hak aku!"

Telefon pantas dikeluar dan mendail seseorang.

"Aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat! Aku akan bayar kau 3kali ganda!"

Talian diputuskan.

Erik Lucias jauhkan telefon dari telinga apabila dijerkah kuat oleh Iman Fahri.

"Apa, kau ingat cari orang senang macam cari nasi ke apa!" Gumam Erik Lucias dengan dengusan kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience