Pagi itu, Rifqie Aslan menurun tangga dengan tergesa-gesa. Dapur dituju olehnya. Tidak lama kemudian, dia menggaru keningnya tidak gatal. Langkah diatur ke luar rumah.
"Assalamulaikum. Dekat sini rupanya korang" Tegur Rifqie Aslan.
Kerusi disebelah Encik Khalid ditarik lalu duduk.
"Walaaikumussalam. Kamu tak kerja ke hari ni?" Soal Encik Khalid.
Biasanya anak terunanya itu jarang berada dirumah kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.
"Walid. Hari ni, As cuti. Nanti As nak bawa Irdina pergi beli barang baby" Ujar Rifqie Aslan.
Wajah Iman Irdina dilihat sekilas lalu senyum.
Iman Irdina pandang wajah Rifqie Aslan apabila namanya disebut.
"Umi dengan Walid, okey sahaja. Irdina, kamu macam mana pula?" Tanya Puan Raudah.
"Er... Tak apalah. Lagi pula, kandungan Irdina masih lagi baru dan tak tahu apa jantina anak Irdina" Iman Irdina menolak lembut pelawaan Rifqie Aslan.
Bukan apa, tak mahu menyusahkan keluarga itu lagi. Cukuplah untuk dia dapat tinggal di sini.
"Tak apa, Irdina. Kamu pergi sahaja laa. Nanti kamu nak bersalin, tak perlu nak bersusah payah" Kata Puan Raudah.
Iman Irdina berfikir sejenak. Mahu tolak lagi, takut terasa pula.
"Baiklah, Irdina ikut. Irdina nak pergi ambil beg sebentar" Pinta Iman Irdina lalu masuk semula ke dalam rumah.
Rifqie Aslan melihat Iman Irdina dari jauh itu tersenyum manis.
"As suka kan Irdina?" Soal Encik Khalid.
Bukan tak perasan, dari tadi anaknya itu senyum macam kambing.
Rifqie Aslan tersentak dengan kata Encik Khalid. Dia tidak membalas tapi hanya senyum tipis.
"As tahu status Irdina sekarang ni? Ingat, jangan sesekali ikutkan sangat perasaan As tu. Irdina masih lagi isteri orang" Pesan Encik Khalid lagi.
"As tahu. Walid dengan Umi tak perlu risau. As tak letak sebarang harapan pun pada Irdina" Ujar Rifqie Aslan.
"Rifqie, Jom" Kata Iman Irdina yang baru sahaja tiba.
Rifqie Aslan angguk kepala sekilas lalu bingkas bangun.
"Kami minta diri dulu"
Kedua tangan Encik Khalid diraih lembut lalu menyalami.
•••
Dato'Kamil melangkah masuk ke dalam wad pesakit ditempatkan oleh Dato'Rasid.
Dia harus betulkan balik keadaan yang tengah keruh itu.
"Assalammulaikum" Ucap Dato'Kamil lalu bersalaman dengan Dato'Rasid.
"Walaaikumussalam. Kau ada apa datang ke mari? Anak aku ada buat apa pula kali ni?" Ujar Dato'Rasid.
Dato'Kamil senyum tipis.
"Rasid,Salimah aku datang ke mari, nak bagi tahu sesuatu pada kau pasal Irdina" Kata Dato'Kamil.
"Sekarang ni, aku nak kau jelaskan apa yang sedang berlaku sekarang ni?"
Dato'Kamil menarik nafas sebelum memulakan bicara.
"Apa yang Fahri cakap pada kau tempoh hari tu, semuanya tak betul. Irdina bukan jenis macam tu. Fahri selalu dera dia, sebab tu dia lari dari rumah"
"Semalam Irdina ada call aku, dia cakap minta maaf pada kau sebab tak datang jenguk kau. Dia takut kalau Fahri jumpa dengan dia" Terang Dato'Kamil.
"Aku dah agak, Kamil. Anak aku memang bukan macam tu. Anak aku, aku kenal. Sampai hati, Fahri sanggup buat anak aku macam tu sekali" Ujar Dato'Rasid.
Datin Salimah hanya diam dan mendengar sahaja.
"Aku betul-betul minta maaf bagi pihak anak aku. Aku malu sangat pada kau sekeluarga"
Dato'Kamil menunduk kesal. Kesal kerana gagal didik Iman Fahri supaya menjadi orang yang berguna.
Dato'Rasid menoleh isterinya disebelah. Datin Salimah mengganguk perlahan.
"Kamil... Kami dah maafkan anak kau. Siapa kita nak hukum seseorang. Benda dah jadi. Apa pun, kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua" Ujar Dato'Rasid.
"Terima Kasih, Rasid. Aku bersyukur dikurniakan seorang sahabat macam kau. Dan tak lama nanti, kita akan dapat gelaran atuk" Kata Dato'Kamil dengan senyuman nipis.
"Alhamduliah. sama-sama, Kamil. Tak sabarnya aku nak tengok cucu kita nanti"
Mereka tertawa kecil.
Dibelakang pintu wad, Iman Fahri sudah menguntum senyuman sinis apabila mendengar perbualan antara Dato'Kamil dengan Dato'Rasid.
"Aku akan tuntut hak aku kembali. Tunggu dan lihat, sayang..." Kata Iman Fahri dengan perlahan.
•••
Iman Irdina menggelengkan kepala apabila melihat kelakuan Rifqie Aslan. Mencuit hati betul.
"Yang ni atau yang tu " Gumam Rifqie Aslan.
Dia memandang berselang-seli ke arah dua baju yang dipegang olehnya itu.
"Entah laa, saya pun tak tahu apa jantina anak saya" Celah Iman Irdina apabila melihat Rifqie Aslan seolah-olah bingung.
"Kalau macam tu, dua-dua kita ambil" Kata Rifqie Aslan.
Baju tadi diletak ke dalam bakul troli.
"Awak tak rasa membazir ke?" Soal Iman Irdina.
"Langsung tak. Sebab anak awak tu, anak saya juga nanti" Balas Rifqie Aslan dengan sengihan.
Iman Irdina hanya senyum tipis.
Dari tadi dia menilik Rifqie Aslan yang sibuk memilih baju baby.
Hatinya terasa begitu sayu apabila orang luar lebih mengambil berat tentang anaknya.
Sedangkan suaminya?
Sebut sahaja perkataan suami. Layakkah lelaki durjana itu mendapat gelaran seorang suami?
"Okey dah. Jom" Kata Rifqie Aslan.
Iman Irdina tersentak dengan lamunan nya itu. Dia mula mengikuti Rifqie Aslan dari belakang.
•••
Iman Fahri terus masuk ke dalam rumah Dato'Kamil tanpa memberi salam atau ketukkan dahulu.
"Mana dia pergi? Fahri tahu, Daddy sembunyikan dia dari Fahri" Ujar Iman Fahri.
Wajah Dato'Kamil ditatap dengan pandangan tajam.
"Buat apa kamu cari dia? Daddy rasa kamu tak suka dia, jadi tak perlu laa cari dia" Kata Dato'Kamil dengan nada bersahaja.
Soalan Iman Fahri dibiarkan sahaja.
" Daddy, please don't play with me. Bagi tahu je lah mana Irdina tinggal!" Oktaf suara Iman Fahri.
"Buat apa, kamu cari dia?" Lagi sekali soalan itu diulang.
"Because she is my wife!" Balas Iman Fahri sambil meraup rambut ke belakang.
Geram akan perangai Daddynya.
"Oh really my son? Daddy baru tahu yang Daddy ada menantu dalam rumah ni?" Uji Dato'Kamil.
Sengaja mahu melihat sejauh mana ego anaknya itu.
"Daddy tolonglah Fahri! Fahri nak Irdina jadi milik Fahri semula!" Kata Iman Fahri dengan meraut wajahnya pula.
"Baru sekarang kamu nak mengaku dia isteri kamu, Fahri? Selama ini, kamu buat apa? Sepak tendang anak orang? Yes! kamu memang suami dia tapi kamu tak boleh buat dia macam anak patung, tak ada hati perasaan. Siapa ajar Fahri buat semua ni? Daddy tak pernah ajar anak Daddy jadi seorang yang dayus"
"Mana kamu yang dulu Fahri? Yang hormat orang tua,baik hati,sopan santun, mana? Mana? Daddy betul-betul rindukan anak Daddy yang dulu tolong kembalikan Fahri yang dulu." Ujar Dato'Kamil dengan sebak.
"Fahri yang dulu dah lama mati! Fahri yang dulu yang lemah! Fahri yang dulu bukan Fahri sekarang Daddy! Fahri jadi macam ni sebab Daddy! Selama ni Fahri ikut segala kehendak Daddy tapi Daddy?"
"Tak boleh ikut apa kehendak Fahri walaupun sekali! Tak boleh ke terima Rose sebagai menantu dalam rumah ni! Dia bunuh diri disebabkan tahu Fahri kawin dengan Irdina. So sekarang ni salah siapa? You or me?" Luah Iman Fahri.
Dia mengesat air matanya yang mengalir dengan ketawa sinis.
"It's too late Daddy. Fahri tak kesah. Kalau Fahri dapat cari mana Irdina tinggal. Fahri make sure semua orang tak dapat jumpa dia, walaupun keluarga dia sendiri. Fahri akan dapatkan balik hak Fahri" Kata Iman Fahri berbaur ugutan.
"Hak apa yang kamu nak, Fahri?" Soal Dato'Kamil.
"Anak Fahri" Jawab sepatah Iman Fahri.
Dia terus keluar dari rumah itu dengan pelbagai rasa.
Marah,bengang,sedih.
Share this novel