BAB 10

Drama Completed 16555

Iman Irdina duduk dibirai katil selepas selesai mengemas pakaiannya. Dia sudah dibenarkan keluar dari hospital. Dia masih fikirkan tawaran dari Rifqie Aslan untuk tinggal bersama keluarganya.

Mahu atau tidak, dia terpaksa bersetuju juga kerana fikirkan tentang keadaan dirinya dan juga anak dalam kandungan.

Flashback

"Irdina... Awak dah boleh discaj hari ni" kata Rifqie Aslan.

"Okey. Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas pertolongan awak. Saya tak akan lupa jasa awak" Ucap Iman Irdina dengan tenang.

Dia turun dari katil untuk mengemas pakaiannya.

"Sama-sama. Awak nak pergi mana? Saya boleh hantarkan, waktu kerja saya pun dah habis" Tanya Rifqie Aslan.

"Tak apa, saya tak nak menyusah awak lagi" Tolak lembut Iman Irdina.

"Tak menyusahkan pun. Lagi pula, saya risaukan pasal kandungan awak yang masih lagi baru tu"

"Atau nak saya panggilkan suami awak" ujar Rifqie Aslan lagi.

Sebut sahaja perkataan 'suami' wajah Iman Irdina berubah suram. Dia fikirkan sejenak bagaimana mahu memberitahu kepada lelaki itu.

"Suami saya dah meninggal" Bohong Iman Irdina.

Dia terpaksa berbohong kepada Rifqie Aslan. Tak akan pula, dia mahu membuka aib suaminya.

Rifqie Aslan agak terkejut dengan kata Iman Irdina sebentar tadi namun hanya buat riak biasa.

"Maafkan saya, saya tak tahu pula. Kalau macam tu, awak tinggal dengan saya" Balas Rifqie Aslan.

"Eh awak. Saya tak nak menyusahkan orang lain. Biarlah saya tanggung sorang diri. Kalau awak nak tolong jangan sampai ajak saya tinggal dengan awak" Iman Irdina menggelengkan kepala.

Nak tinggal satu rumah dengan lelaki itu sedangkan dirinya masih lagi menjadi isteri orang.

"Habis tu awak nak tinggal mana? Awak jangan risau, kita bukan berdua tapi Umi dengan Walid saya ada. In Sha Allah dia orang akan izinkan awak tinggal dengan saya" Kata Rifqie Aslan untuk menyakinkan Iman Irdina.

"Kalau awak tak fikir pasal diri awak, tak apa. Fikirlah pasal anak dalam kandungan awak tu" Kata Rifqie Aslan lagi.

Iman Irdina berfikir sejenak. Dia pandang wajah Rifqie Aslan dan mengganguk kepala.

"Baiklah. Saya ikut awak. Janji bukan kita berdua tinggal dalam rumah tu" Balas Iman Irdina.

Endflashback

•••

Rifqie Aslan menarik break, dan memandang wajah Iman Irdina disebelah. Satu senyuman manis diukir olehnya.

"Jangan risau, saya ada" Ujar Rifqie Aslan apabila memandang wajah gelisah Iman Irdina.

Mereka keluar dari kereta dan menuju ke arah pintu. Loceng ditekan beberapa kali sehinggalah Puan Raudah membuka pintu.

"Assalammulaikum, Umi" Ucap Rifqie Aslan sambil menyalami kedua tangan Puan Raudah dengan hormat.

Begitu juga dengan Iman Irdina.

"Assalammulaikum, Aunty" Ucap Iman Irdina pula dengan penuh kelembutan.

Terasa janggal pula apabila Puan Raudah memandang dirinya dari tadi.

"Waalaikummusalam. As ni siapa As bawa balik?" Soal Puan Raudah kepada Rifqie Aslan.

"Umi. Kita masuk dalam dulu. Nanti As cerita semuanya"Ujar Rifqie Aslan.

•••

Iman Fahri berdiri dihadapan pintu rumah Bapa mentuanya. Dato' Rasid. Loceng ditekan.

TING!

TONG!

Dia senyum nipis bila Dato'Rasid membuka pintu.

"Fahri. Ada apa-apa ke, kamu datang sini?" Soal Dato'Rasid sambil memandang kearah kereta Iman Fahri.

"Mana Irdina. Kamu tak bawa sekali ke?" Soal Dato'Rasid lagi.

"Eh orang tua! Kau patut bersyukur sikit sebab aku datang nak bagi tahu pasal anak kau tu. Anak dengan bapak sama sahaja!" Getus hati Iman Fahri.

"Irdina tak datang. Fahri datang sini nak bincang pasal Irdina" Balas Iman Fahri. Dia menarik senyuman nipis.

"Kalau macam tu, masuklah" Jemput Dato'Rasid.

"Mah. Datang sini kejap" Panggil Dato'Rasid.

Datin Salimah datang dan duduk disebelah Dato'Rasid.

"Apa kamu nak cakap pasal Irdina?" Soal Dato'Rasid kembali.

"Kenapa dengan Irdina, Fahri. Dia sakit ke apa?" Soal Datin Salimah pula dengan nada risau.

"Sabarlah orang tua! Aku nak bagi tahulah ni! Tak penyabar langsung!" Getus hati Iman Fahri lagi.

"Sebenarnya, Irdina dah lari dari rumah. Dia ikut lelaki lain. Fahri dah cuba halang dia dari lari dengan lelaki tu, tapi dia tampar Fahri dan juga minta Fahri ceraikan dia"

"Fahri tak akan sesekali ceraikan Irdina sebab Fahri sayangkan dan cintakan Irdina sepenuh hati" Bohong Iman Fahri.

Di dalam hati sudah ketawa jahat.

"Kamu tipu kami Fahri! Anak aku tak akan buat macam macam tu! Ni mesti kamu yang buat macam-macam pada dia sehingga dia lari dari rumah!" Bengang Dato'Rasid lalu menarik kolar baju Iman Fahri.

Tak mungkin anaknya membuat perangai sebegitu. Dari dulu Iman Irdina di didik menjadi orang yang berguna. Mana mungkin anaknya berubah menjadi begitu dengan sekelip mata.

"Abang! jangan jadi macam ni. sabar" Pujuk Datin Salimah sambil menarik lengan suaminya.

"Tak mungkin anak kita buat macam tu, Mah! Abang tahu anak abang macam mana. Kita jaga dia dari kecik lagi" Kata Dato'Rasid sambil jatuh terduduk ke atas lantai simen.

"Saya pun macam tu juga bang. Kita kenal anak kita macam mana" Balas Datin Salimah.

Iman Fahri melihat itu hanya senyum sinis.

"Terpulang kepada Abah dengan Umi, nak percaya ke tak. Fahri bagi tahu ni dah cukup baik" Ujar Iman Fahri lalu mengatur langkah dan beredar pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience