BAB 5

Drama Completed 284

“Fuh, semalaman aku siapkan puisi cinta untuk Rizal . Aku yakin dia akan
sukakan aku lepas ni,” Edora bercakap seorang diri sambil berjalan
menuju ke perpustakaan. Keesha tidak bersamanya kali ini. Sengaja Edora
tidak mahu mencarinya. Dia ada urusan yang lebih penting dan dia tidak
mahu Keesha turut serta.

Dari jauh dia sudah melihat Rizal seperti sedang berbincang dengan
seseorang. Dia memperlahankan langkahnya. Senyumannya semakin lebar. Dia
ingin memberi kejutan pada Rizal .

“Percayalah cakap saya. Hanya awak yang saya suka,” langkah Edora
terhenti.Dia terkedu mendengar kata-kata lelaki itu. Rizal luahkan
perasaannya pada gadis lain? Siapakah yang bertuah itu?

“Tapi kenapa saya?”Edora bagai tidak cukup nafas. Suara gadis itu bagai
dikenalinya.

“Kerana awak adalah awak dan bukannya orang lain. Awak jadi diri awak
sendiri, tak jadi orang lain. Sebab itu ramai orang senang dengan
awak.Dan itu yang saya suka tentang awak. Kejujuran awak,”

“Tapi… Edora …,”

“Saya cuma anggap Edora sebagai kawan. Tapi saya anggap awak lebih
daripada itu. Saya sayangkan awak, Keesha . Sebab tu saya hantar rombongan
meminang ke rumah awak,”

Edora terus berlari dari situ tanpa disedari oleh Rizal dan Keesha .
Matanya berkaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience