BAB 2

Drama Completed 284

“Tak apa la. Rasa rugi pula kita tak pakai tudung yang kita beli. Kau
pakailah,” Keesha mencapai tudung bawal hitam yang menjadi kegemarannya.
“Aku pergi gosok tudung ni dulu. Kau tunggu tau,”

Sepantas kilat Keesha menghilang di balik pintu. Edora diam. Namun dia
mengukir senyum sinis. “Kau cantik? Aku lebih cantik daripada kau la,
Keesha ,”

"Bahan-bahan dalam ubat dan suplemen jika bersumberkan manusia seperti
uri, kulit, darah dan tulang, ia adalah haram dimakan. Jika diambil
daripada sumber haiwan, haiwan itu mestilah halal dimakan,"

Edora menguap entah untuk kali ke berapa. Namun Keesha tidak menyedarinya.
Dia terus menyambung, "Ubat-ubatan dan suplemen yang diambil dari
tumbuh-tumbuhan, atau daripada sumber tanah dan air, ia boleh digunakan
kecuali yang beracun dan berbahaya,"

Keesha mendongak dan terlihat Edora tertunduk di hadapannya. Tertidur la
tu. Selalu macam ni. “Edora ,”

Terus Edora duduk tegak di kerusinya. Matanya dibeliakkan. Keesha senyum
nipis. “Jomlah kita pergi cari makanan ringan sekejap. Lepas tu kita
sambung belajar lagi. Kau nampak mengantuk sangat ni,”

“Aku okey lagi,” balas Edora sambil menggosokkan mata. Dia tidak mahu
meninggalkan perpustakaan itu. Bukan sekarang.Keesha kerut dahi.

“Kau ni…!”

“Hai Keesha ! Hai Edora !” terdengar suara seorang lelaki dari belakang
Edora . Gadis itu menoleh sambil senyum manis terukir di bibir.

“Hai Rizal ! Lambatnya datang,” Julai buat suara manja. Bertembah kerut
di dahi Keesha melihat reaksi kawannya yang seorang itu.

“Ada hal sikit. Tu yang lambat. Awak tunggu saya ke?”

“Ya. Eh, tak!” Edora tepuk dahi. Malu dengan perbuatan sendiri. Keesha
yang mula mengerti sudah tersenyum-senyum. Tanpa disedari wajahnya
diperhati seseorang.

“Saya selalu tengok awak belajar di sini tiap-tiap minggu. Itu yang saya
pelik bila saya tak nampak awak tadi,”

Rizal hanya tersenyum.

“Kami nak pergi makan ni.Awak nak ikut tak?” tanya Edora teruja. Spontan
Keesha membulatkan matanya.

“Tak apalah. Awak pergilah makan dulu. Nanti perut masuk angin pula.
Saya pergi dulu,” Rizal terus menghilang di balik rak buku. Edora
pandang Keesha . “Aku lapar. Jom pergi makan,”

Keesha senyum lebar. Aku dah agak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience