BAB 1

Drama Completed 284

Keesha membelek-belek tudung yang telah dipakai itu. Dibetul-betulkan
bahagian yang dirasakan tidak sesuai.Beberapa kali dia mengeluh kerana
tidak berpuashati dengan fesyen tudungnya itu.

“Cepatlah, Keesha . Kita nak keluar ni. Nanti hujan pula. Tak dapat pergi
jalan-jalan,” rungut Edora . Dia memeluk erat patung Minion yang menjadi
teman tidur Keesha sejak setahun lalu.

“Tudung ni tak cantiklah kalau dipakai begini…,” luah Keesha .

“Kalau macam tu, pakai cara lain,” cadang Edora .

“Tetap tak cantik juga. Atau memang aku yang tak cantik?”

“Kenapa cakap macam tu? Kau cantik la. Cuba kau tengok diri kau kat
cermin,” Edora pegang bahu Keesha lembut. Dia berdiri di belakang Keesha .

“Aku rasa serabutlah pakai tudung ni. aku bukan macam kau. Pakai tudung
apa pun boleh,”

“Kalau macam tu, pakailah tudung bawal.Kau selesa dengan tudung tu kan?
Lebih senang, lebih mudah,”

“Buat rugi je aku beli tudung ni. kau ambillah,” hulur Keesha sebaik
sahaja dia menanggalkan tudungnya itu.

“Eh, tak apa ke aku ambil ni?” tanya Edora seakan tidak percaya. Namun
tangannya sudah memegang tudung yang dihulurkan Keesha itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience