BAB 7

Drama Completed 284

Hah, panjang umur. Baru sahaja namanya disebut, dia sudah muncul. Edora
mahu membuka langkah meninggalkan kawasan itu namun Keesha menghalang
dengan badannya.

“Kau marah aku ke?” Keesha mendepangkan tangan bagi menghalang laluan Edora .

“Kenapa aku kena marah kau?”

“Sebab Rizal ,”

“Aku marah kau sebab Rizal pilih kau dan bukannya aku? Apa yang kau
cakap ni?” Edora kerut dahi.

“Ye la, manalah tahu kan. Kau kan sukakan Rizal ,” balas Keesha perlahan.

Edora menggeleng sambil tersenyum. “Keesha , suka tak bermakna cinta.Ya,
memang aku sukakan dia tapi tak semestinya aku cintakan dia,” Edora
membetulkan beg sandangnya. Dia melihat raut wajah Keesha yang risau
berubah riak.

“Jadi kau tak kisah aku dan Rizal bertunang?” tanya Keesha seakan tidak
percaya. Edora mengangguk.

“Terima kasih, Edora . Kaulah kawan yang memahami aku,” Keesha lantas
memeluk Edora erat. Edora turut membalas pelukan itu. Namun tanpa Keesha
sedari, Edora menjelingnya tajam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience