BAB 3

Fanfiction Series 2823

Tempoh pembelajaran bagi semester ini hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi. Ira teringat balik apa yang dipesan oleh madam Atiqah berkenaan dengan program kemanusiaan yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar kelasnya dalam tempoh 2 bulan akan datang. Dia takboleh berlengah lagi, dalam masa 3minggu dia harus siapkan tatacara program dan susun atur permainan yang perlu dilakukan di rumah anak-anak yatim nanti.

Ira bersemangat menekan keyboard laptopnya memandangkan dia mempunyai banyak idea untuk dimasukkan dalam senarai permainan dan susun atur program akan datang. "Hm, kadang-kadang kalau dapat bersendirian macam ni pun bagus juga. Dapatlah aku siapkan kerja-kerja yang tertangguh." Ujarnya dalam hati.

"Wei jiq hang ajaklah aku kalau hang nak pi main futsal tu. nak juga aku tengok cemana hang main. Dengan aku cakap besaq noh. Hang cuak sebabtu hang takmau ajak aku kan? HAHAHA"
"Hahaha mana ada. Nanti aku ajakla kau tengok"
Macam kenal je suara tu. Ira memandang kearah kumpulan remaja berborak sambil gelak-gelak yang berada tidak jauh dari tempat duduknya."Eh, macam kenal je perempuan tu." Ira meneliti wajah gadis yang berbadan tinggi, bercermin mata dan memakai pendakap gigi tersebut. "Hm, hipster betul gayanya" Ira mengomel sambil fikiran menerawang cuba mengingati gadis tersebut. Dia baru ingat itu ialah Ika pelajar yang sama batch dengannya dan merupakan fasilitator kolej mereka. Tapi lelaki disebelahnya itu macam selalu nampak. Ira lantas mencapai telefon bimbitnya dan membuka aplikasi instagram dan menaip nama Ika. Dia men-scroll gambar gambar gadis tersebut. "hm, cantik. pandai juga bergaya walaupun nampak kasar". Dalam kalut macam itu pun sempat lagi Ira mengkritik penampilan orang. "hehehe". Dia ketawa lucu dengan tingkah diri sendiri.

"Wait.. wait... ni lah budak tu." "Inilah Amar Baharin kolej aku". "Oh God, kecil nya dunia ni. Hahahaha". Seperti bulan jatuh keriba, Ira tersenyum senyum memandang gambar tersebut. "Mohd Haziq. Hm, kalau dah nama Haziq ni memang taste aku lah cite dia hahahah". Dia bercakap sendirian tanpa menghiraukan orang yang memandangnya pelik kerana bercakap seorang diri.


................

Pada petang itu, madam Atiqah telah mengadakan satu sesi perbincangan berkenaan dengan tugas masing-masing bagi melaksanakan program dirumah anak-anak yatim akan datang. Ira mengemukakan senarai atur cara program dan susun atur permainan yang telah diminta oleh madam Atiqah daripadanya. Manakala Soleha memberikan kertas tugasannya iaitu senarai hadiah dan cara pembahagiannya nanti. Semua proses sebelum program telah berjalan dengan lancar yang tinggal sekarang adalah proses pembungkusan hadiah dan selepas itu, mereka sudah boleh bersiap sedia untuk melakukan program kemanusiaan pada minggu hadapan.

"Sol, ewan free tak sekarang?" Tanya Ira. "Kalau dia free, suruh lah dia bawa kita pergi makan atau jalan-jalan ke. Aku nak segarkan badan aku ni, lately asyik overnight je siapkan tentative program. Penatlah". Maklumlah, aku ni bukannya ada boyfriend ke apa ke yang nak bawa aku jalan jalan. Untung ada boyfriend Soleha yang boleh bawa aku keluar kalau ada masa lapang. Ridzuan atau ewan merupakan pelajar kelas kami yang sudah lama menaruh hati pada Soleha dan sekarang baru dia berani untuk mendekati kawan aku ni. Dan tahu tahu saja mereka sudah bercinta. Haih, mudahnya orang lain jatuh cinta. Aku ni dah berzaman tade yang suka kan aku pun. Ira mengenangkan nasib dirinya yang masih single.

"Ira, jom lah keluar. Ewan nak bawa kita pergi makan ni". "Serious lah Sol? kejap aku siap. heheh"
"Kau ni semangat betul. Tak malu keluar dengan boyfriend orang."
"Kesah pula aku boyfriend kau. Kau punya, aku punya. Itukan prinsip kita. Haha"
"Banyaklah kau punya prinsip". Soleha tahu sangat perangai Ira yang suka mengusik dia dan ewan. Tapi dia tahu kawannya tu tak maksudkan pun apa yang dia katakan tadi. Ira tidak terlalu rapat dengan pelajar lelaki.Selepas dia bercinta dengan ewan barulah Ira cuba berkawan dengan pelajar lelaki didalam kelasnya.

Sesudah bersiap, mereka berdua keluar dari bilik dan menuju ke lobi hostel untuk menunggu ewan. Biasalah lelaki, kata sahaja perempuan bersiap lambat tapi mereka pun lambat juga.


..................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience