BAB 4

Fanfiction Series 2823

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi dan dia masih terpisat pisat di atas katil di rumah sewanya. "Penatnya badan ni. Lenguh-lenguh rasa." Bisa terasa urat-urat badannya mungkin akibat terlalu bersungguh bermain futsal malam tadi. Selalunya okay je dan masih boleh lepak sampai ke pagi.

Memandangkan sekarang sudah hampir habis semester jadi banyak tugasan yang perlu disiapkan, mungkin sebab kurang rehat badannya jadi lenguh-lenguh selepas berfutsal. "Apa nak buat harini ya. Semua tugasan dah dihantar. Selalunya ada saja yang nak ajak keluar." -Omel haziq sendiri.

Selepas selesai mandi dan bersiap, haziq mencapai telefon bimbit dan mendail nombor kawan baiknya. "Hello". Cepat sahaja panggilannya dijawab. "Hello Ika busy tak? Jom teman aku breakfast". "Awat tak ajak gf hang?". "Alaa, jom lah breakfast sama. Ajak ari dengan mie". "Haa, okay nanti aku whatsapp depa. Hang mai lah pick up aku. Aku nak naik pebenda haa. Cambiasa ah jiq". "Ya aku amik kau. Macam tak biasa pula." Haziq dah biasa dengan kawan-kawannya. Memandangkan dia mempunyai kereta sendiri jadi dia akan menjemput seorang demi seorang antara mereka berempat sekiranya ingin keluar.


..............

Bagi haziq, untuk teman buah hatinya keluar bukanlah satu keputusan yang terbaik tetapi disebabkan perasaan sayang dia sanggup melakukan begitu. Dia sudah biasa sangat dengan sikap Syafiqah yang sememangnya kaki shopping.

'You.. apa termenung ni. I tanya handbag ni lawa tak? Sesuai dengan I atau tidak.' Syafiqah bertanyakan pendapat dari buah hatinya itu.

'Cantik. Sesuai lah dengan kulit you putih putih ni'. Respon Haziq.

Melayan perempuan lebih-lebih boleh mudaratkan diri, jadi kita ikutkan saja apa yang dia nak. Layan ala kadar sahaja dulu.

'Lepasni kita nak kemana pula ni? You ada nak beli apa apa lagi ke?'- Tanya Haziq sambil memandang Syafiqah yang sedang leka dengan handphone nya.

Dia ni kalau dah menghadap handphone memang susah nak jawab soalan aku. Dia membuat keputusan untuk menghantar Syafiqah pulang memandangkan hari pun lewat malam. Tak elok pula kalau balik lewat sangat.


................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience