Ira termenung memandang kipas sambil memegang Samsung Mega pemberian ayahnya.
"Siapa nama budak lelaki tu eh? Hm, ada rupa. budak jurusan apa? Tahun berapa? Siapa aku nak tanya ni. Kalau Soleha tu memang tak tahu apa-apa lah jawabnya." Ira mengomel sendiri sambil mata mengerling kearahh kawan baiknya yang sedang leka membelek Iphone miliknya, mungkin tengah stalk instagram takpun wechat atau mungkin juga tengah berwhatsapp dengan boyfriendnya ,ewan.
"Sol, kau macam free saja aku tengok. Dari tadi asyik buka tutup apps yang sama je".
Soleha lantas memandang Ira dengan mimik muka pelik. Iyalah dari tadi senyap termenung tiba-tiba sahaja menegurnya begitu.
"Kenapa kau cakap macamtu?"
"Aku kebosanan ni. Jomlah kita siapkan assignment yang madam bagi semalam dari buang masa macam ni. Lain lah kalau tiba-tiba ada orang hendak bagi hint pada aku" ujar Ira sambil membetulkan posisi duduknya agar stabil.
Soleha makin pelik dengan kata-kata Ira. Dah tersampuk apa ni asyik merepek saja dari tadi lepastu sambung termenung. Dapat mimpi putera raja nak meminang agaknya. Macam orang bercinta dah gaya tersengih-sengih. haih, macam macam lah kawan aku sorang ni.
"Kau ni kenapa sebenarnya? Cuba jujur dengan aku putera raja mana yang duk berlari-lari dalam fikiran kau ni Ira? Lain macam aje dari tadi"
"Hehe.. tak ada apa -apa lah. Jomlah kita buat assingment dari terbongkang tak buat apa-apa". Mereka masing-masing menuju ke arah meja belajar yang terletak menghadap tingkap bilik dan mengeluarkan bahan-bahan untuk menyiapkan kerja yang akan dihantar pada minggu hadapan.
..............
Pada waktu hujung minggu macam ni, kalau balik ke rumah memang tak banyak benda yang boleh dilakukan Ira. Memandangkan dia tinggal di rumah flat, dia banyak meluangkan masa dengan mengemas rumah, mencuci pakaian yang dibawa pulang dari asrama dan menonton televisyen.
Usai menunaikan solat asar, Ira baring diatas katil biliknya. "Alangkah selesa kalau dapat baring dan rehatkan diri macam ni selalu". Walaupun seorang pelajar, dia banyak melakukan aktiviti memandangkan Soleha juga seorang yang aktif jadi mereka akan meluangkan masa dengan berjogging, mencari bahan assignment di perpustakaan dan selalu overnight bagi menyiapkan kerja supaya tidak ada yang tertangguh.
Ira tersedar dan meraba bantalnya mencari telefon bimbit. Jam sudah menunjukkan jam 4 petang. "Hm, dah petang dah." ujarnya. Fikiran Ira kembali menerawang peristiwa di lobi kolej.
"wey, cuba kau tengok mamat tu muka dia macam favourite artis aku lah" ujar Ira kepada Soleha selepas terpandang akan seorang pelajar lelaki yang berjalan melintasinya. Namun soleha masih tercari-cari gerangan yang dikata oleh Ira". Siapa artis kau minat tu pun aku tidak pernah tahu. Macam mana pula aku nak perasan pelajar lelaki yang sama dengan artis kau tu?"
Alah Soleha tu semua tak kenal padahal dia sudah tahu siapa yang aku maksudkan. Nampak sangat malas nak layan aku. Ira hampir tergelak sendiri bila fikir balik tentang dirinya yang terlalu fanatik dengan artis Malaysia, suami kepada Amyra Rosli iaitu Amar Baharin sampaikan terbayang-bayang akan lelaki yang seakan dengan wajah artis tersebut padahal dia sendiri tidak kenal dengan tuan badan tersebut.
.....................
Share this novel