BAB 1

Fanfiction Series 2823

Ira dengan Soleha terkocoh-kocoh bersiap untuk ke kelas, jarum jam menunjukkan pukul 7.30pagi. Memandangkan hari ini merupakan kelas pensyarah yang agak tegas mereka bersiap ala kadar sahaja.

"Soleha, cepatlah sikit pakai tudung tu nanti kita terlewat pula masuk ke kelas madam singa tu". ujar Ira sambil berdiri di pintu bilik air yang menghubungkan bilik mereka dengan bilik pelajar sebelah.

"Iye sudah hampir siap ni. Kau bukan tak tahu macam mana cara aku pakai tudung. Kau kena lah banyak bersabar dengan aku wahai kawan" Kata Soleha sambil memakai kasut. "Dah jom cepat" ajak Ira.

Sesampai sahaja di hadapan bangunan Kolej Poly-Tech Mara, mereka berjalan selaju yang mungkin dan berharap dapat masuk ke kelas terlebih dahulu kerana mereka sudah tahu akibat sekiranya madam subjek Operation Management itu masuk terlebih dahulu daripada mereka.

..........


Sewaktu awal permulaan kuliah, mereka berdua telah lambat hadir ke kelas madam Nazlina dan telah didenda pada hari pertama pembelajaran.

Ira perlahan-perlahan menolak daun pintu kelasnya. Dengan rasa bersalah dan malu dia dan Soleha masuk kedalam kelas dan mengucapkan maaf kepada madam Nazlina atas kelewatan mereka yang tidak disengajakan.

"Maaf madam, kami terlambat masuk pagi ini kerana tak ada teksi yang menunggu dihadapan hostel kami" ujar Soleha tergagap-gagap apabila melihat renungan madam Nazlina yang seakan hendak menerkam kearah mereka seperti seekor burung helang yang mencari mangsa untuk dijadikan sarapan pagi.

"Oh saya ingatkan kelas ini memang tersalah bilangan pelajar memandangkan dari awal saya masuk tadi hanya ada 25orang pelajar sahaja berbanding dari bilangan asal iaitu 27orang. Hari pertama sudah tidak menepati masa, bagaimana saya boleh pastikan yang kamu berdua dapat menghadirkan diri lebih awal sekirannya mendapat panggila temuduga bekerja kelak?" bebel madam Nazlina dengan nada yang menjengkelkan.

'Alah baru sehari lewat itupun tidak sampai 30minit lambat. Kerek lah madam ni' Soleha mengomel tanda tidak berpuas hati. Ira mencuit sikunya tanda memberi isyarat supaya berdiam dan mengaku salah mereka sahaja. Soleha menarik muka tanda tidak berpuas hati.

Oleh kerana kelewatan mereka itu, madam Nazlina telah mendenda mereka untuk berdiri dibelakang kelas sepanjang tempoh kelas tersebut iaitu 2jam. Selepas itu, Ira akan pastikan mereka berdua datang lebih awak ke Kolej sekiranya ada kelas pagi.


................

"Jangan lupa siapkan assignment yang saya berikan tadi ya?. Class-rep tolong kumpulkan dan letakkan di meja saya pada isnin minggu depan, jangan lambat!" pesan madam Nazlina tegas.

"Ira, aku sakit!" ujar Soleha dengan muka berkerut sambil mengusap perutnya.
"kau kenapa ni Sol? kau okay tak? Jangan buat aku takut!" Ira merasa cemas selepas melihat Soleha yang sedang menahan sakit.
"Aku sakit ni. Tolong aku cepat Ira"
"Jom kita pergi bilik IT kat tingkat bawah. Kau boleh rehat kat situ. Cepatlah"
"Tapi aku nak pergi cafe. Aku dah kebuluran sangat ni. hehe" Soleha merengek manja sambil membuat muka sedih dihadapan kawan baiknya itu.
"Kau ni mengada tahu. Jangan buat macam tu lagi, aku risau. Aku tak larat nak papah kalau kau sakit betul betul. gemuk" gurau Ira. Mereka berjalan keluar dari kelas tersebut menuju ke cafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience