Bab 2

Drama Completed 256913

Bab 2

 

Nur Fatihah berjalan menuju ke sebuah restoran. Restoran ini tidak begitu jauh dari kediaman abangnya. Nur Fatihah memandang jam di telefon pintarnya. Sudah pukul 7.00 pagi. Lebih kurang 10 minit lebih barulah Nur Fatihah sampai di restoran itu.

Nur Fatihah lihat restoran itu sudah buka. Ramai juga pelangan yang datang untuk bersarapan di restoran itu. Setengah pelangan ada yang beli bungkus untuk makan di rumah atau di tempat kerja. Jantung Nur Fatihah berdebar-debar ingin masuk ke dalam restoran itu.

Sebelum ini Nur Fatihah tidak pernah bekerja atau pun mencari kerja. Habis saja peperiksaan SPM Nur Fatihah terus berkahwin dengan Muhammad Ammar. Setelah bergelar isteri, Nur Fatihah menjadi surirumah dan menguruskan ibu mentuanya yang sakit. Selama 3 tahun Nur Fatihah mengabdikan dirinya sebagai isteri Muhammad Ammar. Dan menguruskan ibu mentuanya tanpa meminta sebarang balasan. Tetapi Ammar langsung tidak menghargai segala pergorbanan Nur Fatihah.

Nur Fatihah berdiri tidak jauh dari restoran itu. Nur Fatihah ingin menunggu sehingga pelangan di restoran itu berkurangan barulah dia akan masuk. Kerana Nur Fatihah mempunyai sifat pemalu dan rasa rendah diri. Dia takut dirinya tidak akan di terima bekerja di restoran ini.

Tangan Nur Fatihah mengambil telefon pintar untuk melihat waktu jam sekarang ini. Dengan jelas di skrin telefon pintar Nur Fatihah tertera 8.00 am. Dengan perasaan bercampur-baur Nur Fatihah mula menapak masuk ke dalam restoran. Di dalam restoran ada beberapa orang yang masih menjamu sarapan di meja masing-masing.

Nur Fatihah menghampiri seorang pekerja yang dia kenal. Pekerja itu tinggal di flat yang sama dengan abangnya. Nur Fatihah memang sudah sangat kenal dengan pekerja itu. Nur Fatihah juga tahu pekerja itu sudah lama bekerja di restoran ini. Sebelum arwah ibunya meninggal.

“Cik Tom, apa khabar?” tegur Nur Fatihah.

Cik Tom memandang pada Nur Fatihah dan mengukir senyuman.

“Tiha, ke ni?” soal Cik Tom untuk pastikan.

“Ya, ini Tiha,” jawab Nur Fatihah lalu mengukir senyuman pada Cik Tom.

“Kamu lepas kahwin tak penah dah Cik Tom nampak. Kamu nak beli apa?” balas Cik Tom.

“Sebenarnya Tiha datang ni nak tanya Cik Tom. Kedai ni nak pakai pekerja tak? Sebab Tiha tengah cari kerja ni,” kata Nur Fatihah berterus-terang.

“Maaflah, rasanya pekerja di kedai ni dah cukup. Kenapa kamu tiba-tiba nak cari kerja ni? Kamu ada masalah ke?” ujar Cik Tom agak hairan.

“Sebenarnya Tiha dah bercerai. Kalau tak ada kerja kosong dekat kedai ni tak apalah. Tiha nak pergi cari tempat lainlah,” balas Nur Fatihah. Kaki Nur Fatihah mula menapak keluar dari restoran itu.

“Muda-muda dah bercerai,” gumam Cik Tom sambil menggeleng kepala.

Tiba-tiba seorang lelaki yang sedang duduk di bangku menjamu makanannya bangkit. Lelaki itu berlari anak mengejar Nur Fatihah. Nur Fatihah yang runsing ingin mencari kerja terus berjalan.

“Cik tunggu!” panggil lelaki itu.

Tetapi Nur Fatihah tidak mendengarnya. Kerana fikirnya runsing ingin mencari pekerjaan. Apa lagi bila memikirkan dirinya hanya ada kelulusan SPM sahaja. Dan tidak ada pengalaman kerja sebelum ini.

Lelaki itu tiba-tiba menarik baju Nur Fatihah. Membuatkan Nur Fatihah terkejut dan segera menoleh ke arah lelaki itu.

“Encik nak apa ni?” soal Nur Fatihah dengan perasaan takut. Kerana menyangkakan lelaki ini cuba untuk melakukan perkara tidak baik padanya.

“Encik jangan cuba buat perkara yang bukan-bukan pada saya. Nanti saya jerit!” kata Nur Fatihah.

“Saya tak akan buat perkara tak baik pada cik lah. Lagi pun dekat sini tempat ramai orang. Saya tarik baju cik ni sebab dari tadi saya panggil cik macam tak dengar je,” balas lelaki itu.

“Ada apa encik panggil saya? Saya tak kenal encik pun,” tanya Nur Fatihah agak hairan lelaki di depannya ini tiba-tiba memanggilnya.

“Tadi saya tak sengaja terdengar yang cik nak cari kerja. Kebetulan saya tengah cari pekerja sekarang ni,” kata lelaki itu.

“Encik nak bagi saya kerja? Tapi saya tak ada pengalaman kerja, kelulusan saya hanya setakat SPM saja.” Nur Fatihah pandang lelaki di depannya dari atas sampai bawah.

Dari pandangan mata Nur Fatihah lelaki ini bukan orang tempatan. Atau mungkin juga ada darah campuran. Kerana wajah lelaki ini seperti mat salleh sikit. Tetapi bahasa melayunya agak lancar dan tiada pelat langsung.

“Kerja ni tak perlu kelulusan apa-apa pun.”

“Kerja sebagai apa?”

“Tugas cik hanya uruskan isteri saya saja. Sebab isteri saya sakit perlu ada orang yang boleh bantu dia. Bila saya keluar bekerja.” Lelaki itu menjelaskan.

“Habis tu sekarang ni encik ada dekat sini. Sapa yang tolong jaga isteri encik sekarang ni?” Nur Fatihah pandang lelaki di depannya ini penuh penasaran.

“Sekarang ini isteri saya tinggal dengan orang gaji. Sebenarnya saya ada 2 orang gaji. Seorang untuk menjaga dan menguruskan isteri saya. Orang gaji yang sepatutnya menjaga isteri saya tu melarikan diri. Sebab itu saya terdesak mencari orang gaji yang mampu menguruskan isteri saya. Isteri saya ingin orang tempatan dia tidak mahu lagi guna khidmat orang luar,” kata lelaki itu lagi.

Nur Fatihah pandang lelaki itu dengan penuh penasaran. Dia memang terdesak ingin mencari pekerjaan. Tetapi lelaki didepannya ini boleh di percayaikah? Apa lagi tadi lelaki ini dengan selamba menarik bajunya. Nur Fatihah takut juga jika lelaki didepannya ini seorang penipu. Zaman sekarang ini ramai yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Nur Fatihah hanya diam tidak memberi jawapan.

“Cik jangan risau tuan saya ni baik orangnya. Tuan memang terdesak untuk cari orang yang boleh tolong jaga dan uruskan isteri dia?” kata seorang lelaki lain yang tiba-tiba saja muncul dengan keadaan termengah-mengah.

“Encik ni sapa pula?” soal Nur Fatihah penasaran.

“Saya Farhad, saya kerja dengan Tuan Darwish ni,” kata lelaki yang baru muncul itu.

“Farhad,” Nur Fatihah pandang wajah Farhad.

Entah kenapa Nur Fatihah rasa macam tidak asing bila melihat wajah Farhad.

“Tiha!” kata Farhad agak terkejut bila melihat wajah Nur Fatihah dengan jelas.

Masa Farhad mengekori Darwish tadi dia tidak melihat wajah Nur Fatihah. Farhad juga terkejut dengan tindakan majikannya itu tiba-tiba bangun mengejar seorang wanita. Sedangkan mereka berdua sedang menjamu sarapan di dalam restoran. Dengan terpaksa Farhad mengekori majikannya itu dari jauh.

“Farhad kamu kenal dengan perempuan ni?” soal Darwish bila mendengar Farhad menyebut nama Tiha.

“Ya, saya kenal dengan perempuan ni. Dia sepupu saya, arwah ayah dia dengan ibu saya adik beradik. Tapi selepas ayah dia meninggal dunia kami terputus hubungan,” jawab Farhad.

“Ooh, cik ni sepupu Farhad rupanya. Kenalkan saya Muhammad Darwish majikan Farhad. Saya harap awak sudi terima tawaran saya tadi,” kata Muhammad Darwish mengenalkan dirinya.

“Nantilah saya fikirkan dulu,” balas Nur Fatihah.

“Ini nombor telefon saya. Kalau awak sudi terima tawaran kerja saya tu boleh hubungi saya. Atau pun cik boleh juga hubungi Farhad,” kata Darwish. Tangannya memberi sehelai kertas yang tertulis nombor telefonnya pada Nur Fatihah.

“Bagi abang telefon kamu Tiha,” pinta Farhad.

Dengan terpaksa Nur Fatihah memberi telefon pintarnya kepada sepupunya itu. Dengan cepat Farhad mengambil telefon itu lalu menekan skrin telefon. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi deringan telefon kepunyaan Farhad.

“Abang dah simpan nombor telefon Tiha. Nombor abang pun dah ada dalam telefon Tiha,” kata Farhad lalu menyua kembali telefon itu kepada Nur Fatihah.

Nur Fatihah mengambil telefon pintarnya itu kembali. Nur Fatihah ingin saja bersetuju untuk bekerja dengan Darwish. Apa lagi keadaannya sekarang ini memang memerlukan pekerjaan. Wang yang ada padanya pasti akan habis jika dia tidak bekerja.

“Jangan lambat bagi keputusan. Saya takut cik melepas pula nanti,” ujar Darwish.

“Saya memang nak kerja. Tapi saya tak tahu rumah encik dekat mana. Jauh ke dekat ke dengan rumah saya? Kalau jauh mungkin saya terpaksa sewa rumah,” balas Nur Fatihah.

Bila melihat Farhad sepupunya juga bekerja dengan Darwish. Nur Fatihah dapat rasakan yang Darwish ini boleh dipercayai. Walaupun sudah hampir sepuluh tahun Nur Fatihah tidak bertemu dengan sepupunya itu. Setelah kematian arwah ayahnya tidak pernah sekali pun ibunya membawanya pergi bertandang ke rumah saudara-mara sebelah ayahnya. Ketika arwah ayah masih hidup arwah ibu tidak akan mengikut ayah dan Nur Fatihah pergi bertemu dengan sanak saudara sebelah ayahnya.

Nur Fatihah pernah bertanya pada ibunya kenapa tidak mengikut dia dan ayah berjumpa sanak-saudara sebelah ayah. Ibunya memberi alasan bahawa keluarga arwah ayahnya itu tidak menyukai Ammar abangnya. Kerana Ammar bukan anak ayahnya.  

“Cik tak perlu sewa rumah. Cik tinggal saja dekat rumah saya. Masih ada bilik kosong di rumah saya tu. Lagi pula rumah saya tidak jauh dari sini. Saya baru tinggal di rumah tu dalam 2 tahun,” beritahu Darwish.

“Betul kata Tuan Darwish tu. Tiha tinggal je dekat rumah Tuan Darwish ni... Abang Tiha kan ada untuk jaga mak Tiha. Kalau Tiha risau tentang mak Tiha,” sampuk Farhad.

Nur Fatihah tersenyum pahit mendengar kata-kata sepupunya itu. Nur Fatihah tahu pasti saudara mara sebelah arwah ayahnya belum mengetahui yang ibunya sudah meninggal dunia.

“Sebenarnya... Ibu Tiha dah meninggal dunia hampir 4 tahun,” kata Nur Fatihah dengan perasaan sebak terkenangkan arwah ibunya.

“Maaf, abang tak tahu,” balas Farhad dengan nada lemah. Kerana rasa bersalah tidak mengetahui ibu sepupunya itu sudah tiada.

“Lagi mudahlah kalau macam tu,” sahut Darwish.

“Saya nak balik dulu untuk fikir,” kata Nur Fatihah lalu mula ingin melangkah pergi dari Darwish dan Farhad.

“Cik tinggal dekat mana? Kami boleh tolong hantarkan,” tawar Darwish.

“Saya tinggal tak jauh dari sini. Tak perlu nak hantar. Esok saya akan call bagitahu keputusan,” balas Nur Fatihah dan mula menapak.

Farhad dan Darwish hanya membiarkan saja Nur Fatihah berjalan pergi.

“Tak sangka tuan akan kejar perempuan tu untuk tawarkan kerja uruskan puan,” kata Farhad setelah Nur Fatihah sudah menjauh.

“Saya terdesak ingin cari orang yang boleh jaga dan uruskan isteri saya. Saya risau setiap kali tinggalkan dia. Nak harap orang gaji seorang dekat rumah tu saya tak harap. Sebab banyak kerja yang orang gaji tu terpaksa buat. Isteri saya mahu saya cari orang tempatan untuk jaga dan uruskan dia.” Darwish mula melangkah menuju ke arah kereta yang terpakir di tempat letak kereta. Farhad mengekori sahaja langkah majikannya itu.

“Tapi bukankah dua hari lepas tuan dah ada penganti baru untuk uruskan puan,” kata Farhad agak penasaran. Kerana setahunya dua hari lepas sudah ada orang yang mahu bekerja menjaga dan menguruskan isteri majikannya itu.

“Emm... Memang ada tapi baru kerja satu hari isteri saya dah minta saya pecat penganti tu. Isteri saya tak suka dengan perempuan tu. Itu yang sekarang ni saya terdesak nak cari orang yang boleh bantu jaga dan uruskan isteri saya,” terang Darwish yang kelihatan runsing memikirkan isterinya.

 Apalagi Darwish mula teringat orang gajinya beberapa kali merungut kerana banyak kerja yang perlu dia buat. Terpaksa pula orang gaji itu membantu dan menguruskan isterinya yang lemah kerana penyakit kanser pangkal rahim yang dialaminya. Isteri Darwish bernama Syuhada itu sangat cerewet. Apalagi dengan keadaan dirinya yang sudah semakin lemah kerana penyakitnya itu.

“Tuan memang betul-betul sayang dekat puan ya. Sanggup lakukan apa saja untuk puan,” ujar Farhad kagum dengan majikannya itu.

“Sapa yang tak sayang isteri. Kalau tak sayang tak mungkinlah saya kahwin dengan dia. Saya sudah kehilangan anak satu-satunya yang saya ada. Saya tidak sanggup kehilangan isteri saya pula. Saya mahu yang terbaik untuk isteri saya,” kata Dawish.

“Cepatlah bawa kereta ni. Nanti lewat pula saya nak masuk meeting,” ujar Darwish lagi setelah mereka berada didalam kereta.

++++++++++++++

 

Nur Fatihah sampai di depan pintu rumah abangnya. Pada mulanya Nur Fatihah ingin mengetuk daun pintu rumah abangnya. Bila dia cuba membuka pintu itu tetapi tidak boleh dibuka. Sepertinya sudah di kunci dari dalam.

Tetapi Nur Fatihah membatalkan niatnya untuk mengetuk daun pintu itu. Apabila mendengar suara abang dan kakak iparnya. Sepertinya mereka berdua sedang bertengkar. Nur Fatihah hanya berdiri didepan pintu dan tidak sengaja mendengar butiran yang keluar dari mulut abang dan kakak iparnya itu.

Sepertinya Rozita marah pada Haikal kerana mengetahui suaminya itu sudah berhenti kerja.

“Abang ni asyik berhenti kerja je! Sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Semalam abang keluar pagi balik tengah malam, abang pergi mana sebenarnya!” tengking Rozita.

“Kau ni tak malu ke jiran-jiran dengar,” balas Haikal pula.

“Saya lagi malu dapat suami yang malas kerja. Kerja baru beberapa bulan lepas tu berhenti. Asyik tukar kerja je. Anak kita pergi sekolah tu perlu pakai duit,” ujar Rozita dengan nada agak sebak kerana geram dengan sikap suaminya itu.

“Awak jangan risaulah saya dah dapat kerja dekat tempat lain. Tak payah nak bising-bisinglah,” bidas Haikal lalu tangannya membuka pintu untuk keluar.

Nur Fatihah tergamam bila melihat abangnya itu membuka pintu.

“Ni pun sorang juga! Dah tentu tak dapat kerja, sebab tu balik awal,” kata Rozita bila melihat Nur Fatihah berada dimuka pintu.

“Tiha, pekakkan telinga je,” bisik Haikal pada Nur Fatihah sebelum berlalu pergi.

“Sebenarnya... Tiha dah dapat kerja. Tapi bukan dekat kedai makan tu. Ada orang tawarkan Tiha kerja sebagai orang gaji,” kata Nur Fatihah tanpa fikir panjang.

 
Bersambung...

Macam mana nasib Nur Fatihah nanti ya..tunggu tau..maaf novel ni guna unlock chapter. boleh follow fb ssaya Rafizah Noor dan Instagram saya Rafizahn.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience