Bab 3

Drama Completed 257956

Bab 3

 

"Baguslah kalau kau betul-betul dapat kerja," ujar Rozita dan mula menapak ke arah baby yang sedang menangis.

Nur Fatihah melangkah masuk ke dalam rumah. Hati Nur Fatihah merasa simpati dengan nasib anak-anak saudaranya. Kerana keadaan rumah yang tidak terurus. Dia juga yakin pasti abang dan kakak iparnya sering bertengkar. Kerana sikap abangnya yang kerap bertukar kerja. Mahu tidak mahu terpaksalah dia terima tawaran dari lelaki yang bernama Darwish.

"Tiha, kau tolonglah masak nasi dan lauk. Akak nak menyusukan baby," perintah Rozita pada Nur Fatihah.

"Baik," sahut Nur Fatihah. Lalu berjalan ke arah dapur.

Tanpa berlengah Nur Fatihah keluarkan ikan di dalam peti ais. Kemudian dia mula mengambil periuk untuk memasak nasi. Setelah ikan yang dia keluarkan dari peti ais tadi sudah tidak beku. Barulah dia memcuci ikan itu bersih-bersih. Kemudian barulah Nur Fatihah mengoreng ikan termenung itu.

Kerana hanya ada ikan termenung sahaja di dalam peti ais itu. Nur Fatihah buat masak kicap sahaja ikan termenung itu. Nur Fatihah agak hairan juga kenapa kakak iparnya itu tidak membeli barang dapur untuk di masak. Kerana semalam dia telah memberi 400.00 ringgit kepada kakak iparnya. Rasanya wang itu cukup untuk membeli barang dapur.

Nur Fatihah hanya tertanya-tanya sendiri di hatinya. Dia tidak berani ingin bertanya kepada kakak iparnya tentang wang yang dia beri semalam. Kerana tidak mahu terjadi perbalahan dengan kakak iparnya itu.

Selesai masak Nur Fatihah letak ikan masak kicap itu didalam tudung saji yang ada diatas meja. Tiba-tiba Rozita keluar dari bilik dan berjalan ke arah dapur.

“Baby mana?” tanya Nur Fatihah bila melihat kakak iparnya itu.

“Baby tidur. Akak dah lapar ni, lauk dan nasi dah siap masak kan,” kata Rozita sambil tangannya mengambil pinggan di rak.

“Ha’ah, nasi dan lauk dah siap masak. Ikan termenung tu Tiha buat masak kicap je,” balas Nur Fatihah.

“Tak kisahlah masak apa pun. Yang penting boleh makan sudah,” ujar Rozita sambil tangannya mengaut nasi letak ke dalam pinggannya.

Nur Fatihah membiarkan sahaja kakak iparnya itu. Nur Fatihah melangkah pergi ke arah ruang tamu dan duduk di sofa. Barang-barang di rumah ini tidak ada satu pun yang berubah. Perabot-perabot yang ada di rumah ini tetap sama dari sebelum dirinya berkahwin.

Tiba-tiba Nur Fatihah teringat tawaran dari lelaki yang bernama Muhammad Darwish tadi. Nur Fatihah dengan cepat mengambil telefon pintarnya dan menelefon sepupunya Farhad. Nur Fatihah berjalan keluar dari rumah. Kerana tidak mahu kakak iparnya mendengar perbualan antara dia dan Farhad.

“Hello,” kedengaran suara Farhad di telefon pintar Nur Fatihah.

“Hello, abang Farhad ni Tiha,” balas Nur Fatihah.

“Ada apa Tiha telefon abang ni?” soal Farhad agak hairan.

 Kerana Nur Fatihah menyatakan akan fikir terlebih dahulu mengenai tawaran Tuan Darwish tadi. Mungkin malam atau esok baru Nur Fatihah akan hubunginya untuk bagitahu keputusan. Kerana sekarang ini baru pukul 12.00 tengahari. Kebetulan Farhad dan Darwish baru sahaja selesai meeting.

“Tiha nak bagitahu... Yang Tiha nak terima tawaran kerja dari Encik Darwish,” jawab Nur Fatihah.

“Ooh, nanti abang bagitahu Tuan Darwish. Tiha bagilah alamat rumah Tiha. Esok abang akan ambil Tiha,” ujar Farhad.

“Esok pagi abang ambil je dekat restoran yang kita jumpa tadi. Rumah Tiha tak jauh dari restoran tu. Abang nak ambil dalam pukul berapa esok?” balas Nur Fatihah.

“Esok abang akan datang ambil Tiha dalam pukul 8.00 pagi,” jawab Farhad sambil memandang wajah majikannya Tuan Darwish yang ada di depannya. Kerana mereka berdua sedang berada di dalam sebuah restoran untuk menjamu selera setelah selesai meeting

“Okey... Tiha ada hal sikit nak buat ni. Esok kita jumpa,” kata Nur Fatihah sebelum memutuskan panggilan itu.

Setelah memutuskan panggilan Nur Fatihah melangkah masuk ke dalam rumah. Nur Fatihah tergamam melihat kakak iparnya sudah berada di ruang tamu sedang duduk disofa.

“Kau telefon sapa tu? Baru je bercerai, belum habis edah dah dapat penganti. Muda-muda dah jadi janda,” kata Rozita dengan sinis.

“Tiha telefon orang yang bagi Tiha kerja. Esok dia akan ambil Tiha... Tiha akan tinggal di rumah orang tu mulai esok,” terang Tiha pada kakak iparnya.

Nur Fatihah tahu pasti kakak iparnya tertekan dengan sikap abangnya. Mungkin sebab itulah kakak iparnya seperti melepaskan kemarahan padanya. Nur Fatihah juga tidak pasti bagaimana kehidupan abang dan kakak iparnya dalam tiga tahun ini.

“Ooh, maknanya esok kau dah tak tinggal dekat rumah ni dahlah,” kata Rozita lalu bangun dan menapak menuju ke biliknya. Mungkin ingin melihat baby yang berada di dalam bilik.

+++++++++++++

 

“Sepupu kaukah yang telefon tadi?” soal Tuan Darwish. Bila melihat Farhad meletak telefonnya di atas meja.

“Ha’ah, Tiha yang telefon,” Farhad menjawab pertanyaan dari majikanya itu.

“Pasti dia mahu terima tawaran kerja yang saya tawarkan tadi,” balas Tuan Darwish.

“Ya, dia mahu terima kerja tu,” kata Farhad mengiakan.

“Sayang muda-muda lagi dah jadi janda,” kata Tuan Darwish.

“Janda! Sapa yang janda?” tanya Farhad agak hairan.

“Sepupu kamu tulah,” jawab Darwish.

“Macam mana Tuan tahu dia janda?” tanya Farhad agak hairan.

“Awak tu kalau makan memang tak pandang apa dah. Ralit makan je... Saya dengar sepupu kamu cakap pada pekerja restoran tu. Yang dia baru bercerai sebab tu dia cari kerja,” jawab Darwish lalu menyedut straw di dalam gelasnya.

“Telinga Tuan Darwish ni tajam sungguh. Tapi rasanya umur Tiha baru 20 tahun. Tak sangka dia akan kahwin dalam usia yang muda, dan bercerai pula. Seingat saya Tiha tu budak pandai,” kata Farhad agak terkejut mendengar penjelasan dari Tuan Darwish.

“Bagitahu dekat sepupu kamu tu. Kalau dia ada anak dan tak ada orang jaga. Boleh bawa sekali tinggal di rumah saya,” ujar Darwish. Terfikir mungkin Nur Fatihah mempunyai anak kecil. Kerana umur Nur Fatihah yang masih sangat muda.

“Baik, nanti saya bagitahu Tiha,” sahut Farhad.

“Cepat sikit makan tu. Dah dekat pukul 1.00 ni,” perintah Tuan Darwish.

“Yalah,” kata Farhad.

Usai menjamu selera Tuan Darwish dan Farhad pulang ke pejabat masing-masing.

 

Tepat pukul 5.00 petang barulah Farhad pulang ke rumahnya. Tuan Darwish sudah tidak kelihatan kelibatnya di dalam pejabat. Kerana dalam pukul 3.00 petang tadi Tuan Darwish sudah pulang. Itu bukanlah perkara asing bagi Farhad melihat Tuan Darwish pulang awal. Memang sudah biasa Tuan Darwish pulang awal, kadang-kadang lebih awal dari itu.

 

Di dalam sebuah rumah agam kelihatan kelibat Tuan Darwish melayan seorang wanita yang baring di atas katil. Tuan Darwish akan selalu pulang awal untuk bersama Junaidah isteri tersayangnya.

Junaidah mengidap penyakit kanser pangkal rahim tahap 4. Sudah bermacam-macam Tuan Darwish lakukan untuk menyebuhkan penyakit isterinya itu. Tetapi tidak ada perubahan, malah semakin teruk. Tuan Darwish tidak sanggup kehilangan isteri tercintanya ini. Cukuplah 4 tahun dahulu dia kehilangan anak tunggalnya.

Tuan Darwish akan berpura-pura kuat di depan Junaidah. Tetapi Junaidah tahu suaminya itu sedih dengan penyakit yang dihidapinya ini. Dari dahulu Junaidah memang kerap merasakan sakit di perut dan haidnya juga tidak teratur. Asalnya Junaidah mengagap rasa sakit itu hanya biasa saja. Kerana dia mengalami kemurungan setelah anak lelaki tunggalnya meninggal dunia. Hanya itu saja satu-satunya anaknya dia ada bersama Tuan Darwish. Setelah hampir 3 tahun mendirikan rumah tangga barulah mereka dikurniakan seorang anak. Tetapi di usia anaknya itu baru 5 tahun mereka sudah kehilangannya buat selamanya.

“Abang nak bagitahu sayang sesuatu ni. Esok akan ada seorang perempuan yang akan bantu dan uruskan sayang. Tak perlu dah bibik buat semua tu,” kata Tuan Darwish sambil tangannya membelai rambut isterinya itu.

“Oh, abang dapat pengasuh untuk sayang ya. Harap-harap dia orang tempatan dan masih muda. Maaf, sebab dah banyak menyusahkan abang. Umur dah 35 tapi terpaksa guna pengasuh untuk uruskan diri,” balas Junaidah dengan nada lemah.

“Sayang tak pernah menyusahkan abang. Perempuan tu orang tempatan. Rasanya umur dia baru 20 tahun. Tapi sayang umur semuda itu sudah pun menjadi janda,” terang Tuan Darwish.

“Kesiannya muda-muda dah jadi janda. Kalau dia anak suruhlah bawa anak dia sekali,” kata Junaidah yang nampak bersimpati dengan nasib Nur Fatihah.

“Abang tak pasti pula dia ada anak atau tak? Memang abang dah suruh dia bawa anak kalau dia ada anak,” balas Tuan Darwish.

“Harap orangnya cantik... Supaya abang boleh jatuh hati pada dia,” ujar Junaidah dengan mengukir senyuman tipis di bibirnya.

“Kenapa pula abang nak jatuh hati pada dia. Cinta hati abang hanya sayang seorang saja. Tak ada perempuan lain yang boleh bertahta dihati abang selain sayang,” Tuan Darwish tidak setuju dengan kata-kata isterinya itu.

“Alah, sayang saja berguraulah. Jangan ambil hati. Sayang tahu cinta abang hanya untuk sayang saja. Tapi jika umur sayang tak panjang... Sayang mahu abang carilah penganti,” Junaidah cuba memujuk Tuan Darwish.

“Jangan cakap macam tu. Abang percaya umur sayang masih panjang. Kita akan tua bersama-sama,” ujar Tuan Darwish menahan sebak didadanya.

“Abang bawa sayang keluar. Sayang nak tengok pokok-pokok bunga yang ada dekat halaman rumah,” pinta Junaidah.

“Baiklah,” Tuan Darwish mengambil kerusi roda lalu di letakkan di tepi katil.

Perlahan-lahan Tuan Darwish membantu isterinya itu untuk duduk di kerusi roda. Setelah Junaidah duduk di kerusi roda. Perlahan-lahan Tuan Darwish menolak kerusi roda itu keluar dari bilik.

++++++++++++++++

 

Esok pagi.

Pagi ini Nur Fatihah bangun agak sedikit lewat. Kerana malam tadi agak sukar untuk Nur Fatihah melelapkan matanya. Kerana asyik memikirkan tentang keputusannya menerima tawaran kerja di rumah Tuan Darwish. Hatinya berbolak-balik. Dan Nur Fatihah juga menyedari dirinya sudah lewat hampir sebulan tidak datang tamu bulanan.

Nur Fatihah dapat merasakan perubahan pada tubuhnya. Dia yakin yang dia mungkin sedang mengandung anak kedua. Kerana setiap pagi bila mengosok gigi pasti dia akan rasa mual dan muntah. Nur Fatihah tidak mahu memberitahu pada sesiapa tentang keadaannya ini. Kerana risau andai bekas suaminya mengetahui dirinya mengandung. Mungkin bekas suaminya itu akan ambil anak dikandungnya ini setelah lahir nanti.

Nur Fatihah juga terpaksa merahsiakan perkara ini dari Farhad dan Tuan Darwish. Kerana risau Tuan Darwish tidak akan menerimanya kerja bila mengetahui dirinya sedang mengandung.

Pagi ini Haikal mengantar dua orang anaknya ke sekolah seperti biasa. Sebelum Haikal mengantar anaknya itu Nur Fatihah menghampiri abangnya itu. Nur Fatihah memberi sedikit wang kepada abangnya itu. Nur Fatihah tahu abangnya pasti perlukan wang untuk mencari kerja.  

Setelah Haikal pergi mengantar anak-anaknya ke sekolah barulah Nur Fatihah mengambil beg pakaiannya dan keluar dari rumah. Nur Fatihah berjalan menuju ke restoran tempat dia bertemu Tuan Darwish dan Farhad pagi semalam. Nur Fatihah sengaja keluar awal kerana ingin pergi ke kedai 7 eleven yang berada tidak jauh dari restoran itu. Untuk membeli alat pregnacy test, ingin pastikan dirinya benar-benar mengandung atau tidak. Setelah membeli alat pregnacy test Nur Fatihah cepat-cepat keluar dari kedai itu. Dan berdiri tidak jauh dari restoran semalam untuk menunggu Farhad.

Semalam Farhad memberitahu dia yang akan datang ambil Nur Fatihah. Untuk di bawa ke rumah Tuan Darwish. Nur Fatihah sudah biasa menjaga dan menguruskan arwah ibunya. Jadi tidak menjadi masalah baginya untuk menjadi pengasuh isteri Tuan Darwish.

Lebih kurang dalam sepuluh minit Nur Fatihah berdiri di depan kaki lima restoran itu. Ada sebuah kereta berhenti tidak jauh dari Nur Fatihah. Pemandu kereta itu membunyikan hon. Kemudian barulah pemandu itu membuka tingkap keretanya.

“Tiha, cepatlah masuk,” panggil Farhad.

Nur Fatihah segera berjalan ke arah kereta itu. Bila Farhad memanggilnya.

“Beg tu letak dekat belakang. Tiha duduklah dekat depan ni,” kata Farhad lagi.

Nur Fatihah mengikut arahan Farhad meletak beg pakaiannya di tempat duduk belakang. Kemudian Nur Fatihah duduk dibangku penumpang sebelah pemandu.

“Tiha, tak ada anak?” tanya Farhad bila Nur Fatihah sudah masuk ke dalam kereta.

“Tiha, ada anak seorang lelaki umur 2 tahun. Tapi anak Tiha tu ada bersama bekas suami Tiha,” jawab Nur Fatihah.

“Oh, patutlah Tiha tak bawa anak sekali,” balas Farhad.

“Tiha, kahwin umur berapa? Rasanya umur Tiha baru 20 tahun,” tanya Farhad ingin tahu.

“Tahun ni umur Tiha nak masuk 21. Habis periksa SPM Tiha terus kahwin. Tak sempat kerja pun. Sebab arwah mak Tiha meninggal beberapa bulan sebelum Tiha ambil  peperiksaan SPM,” jawab Nur Fatihah.

“Tak sangka kita akan berjumpa setelah bertahun-tahun. Dari dulu rasanya abang tak pernah pergi rumah Tiha. Arwah ayah Tiha meninggal dulu pun urusan perkebumian buat dekat rumah atuk. Tapi atuk pun dah tak ada sekarang ni,” kata Farhad sambil fokus memandu kereta.

“Atuk dah meninggal!” Nur Fatihah agak terkejut mengetahui atok sebelah arwah ayahnya itu sudah tiada.

“Ya, rasanya setelah arwah ayah Tiha meninggal hampir dua tahun. Atok pula meninggal dunia kerana sakit tua,” jelas Farhad.

Nur Fatihah tahu keluarga arwah ayahnya tidak pernah datang bertandang ke rumahnya. Mungkin kerana rumah flat yang diami oleh keluarganya adalah kepunyaan arwah ibunya. Kerana keluarga arwah ayahnya memang tidak menyukai arwah ibu. Arwah ayah meninggal di hospital kerana sakit.

“Dah sampai pun,” ujar Farhad setelah berhenti di sebuah pintu pagar batu.

Bila pintu pagar terbuka Farhad memandu masuk. Nur Fatihah terkesima melihat rumah agam di depannya. Ini kali pertama Nur Fatihah melihat rumah agam besar dan mewah. Halaman rumah juga agak besar dan di tumbuhi pokok-pokok bunga mawar berbagai warna. Ada warna merah,kuning,putih dan merah jambu. Nur Fatihah dapat agak isteri Tuan Darwish ini seorang yang menyukai bunga mawar. Ada juga pokok-pokok lain tetapi tidak sebanyak pokok bunga mawar.

Bersambung...

bab 4 dan seterusnya akan guna ncoin untuk baca. Terima kasih support dan sudi baca cerita entah apa-apa ni.

Share this novel

husmafiq enterprise
2023-02-05 13:00:18 

macam mana nak baca jika guna coin...


NovelPlus Premium

The best ads free experience