Bab 1
Jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang. Teksi yang membawa Nur Fatihah berhenti di sebuah rumah flat 5 tingkat. Muhammad Haikal abang Nur Fatiha satu ibu lain ayah tinggal di sini. Rumah flat inilah tempat Nur Fatihah di besarkan.
Nur Fatihah segera membayar setelah pemandu teksi itu memberitahu jumlah yang di perlu dibayarnya. Nur Fatihah membuka pintu teksi dan melangkah keluar dengan beg di tangannya. Nur Fatihah menarik nafas dalam-dalam. Lalu mula bernapak menaiki anak tangga. Rumah Muhammad Haikal berada di tingkat 3.
Nur Fatihah tidak tahu bagaimana penerimaan kakak iparnya bila melihat dirinya. Rumah yang Muhammad Haikal diami ini adalah rumah peninggalan dari ibu mereka berdua. Nur Fatihah juga mempunyai hak ke atas rumah ini. Nur Fatihah tahu rumah ini tidak begitu besar. Hanya mempunyai dua bilik tidur. Haikal tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya.
Kaki Nur Fatihah berhenti di depan sebuah pintu. Ini adalah pintu rumah abangnya. Nur Fatihah mula mengetuk pintu rumah itu.
Tok... tok... tok.
"Assalamualaikum," Nur Fatihah memberi salam.
Agak lama juga Nur Fatihah memberi salam dan mengetuk pintu. Sebelum pintu itu dibuka dari dalam.
“Waalaikumusalam,” balas seorang wanita sambil membuka daun pintu.
Wajah wanita itu berubah bila melihat Nur Fatihah yang berada di depan pintu.
“Kaukah, ingatkan sapa tadi!” ujar wanita yang bernama Rozita.
“Kakak apa khabar?” ucap Nur Fatihah dengan perasaan serba-salah. Bila melihat reaksi isteri abangnya itu.
“Kau buat apa datang sini? Siap bawa beg besar lagi ni,” soal Rozita sambil memandang Nur Fatihah.
“Tiha... Datang ni nak tumpang tinggal dekat rumah ni,” jawab Nur Fatihah agak sedikit gugup.
“Dah kenapa nak tumpang dekat rumah ni pula? Kau kan ada suami!” tanya Rozita lagi seperti kurang senang Nur Fatihah ingin tinggal di rumah ini.
“Tiha dah bercerai. Nanti bila Tiha dah dapat kerja, barulah Tiha cari rumah sewa,” Nur Fatihah menjelaskan keadaan dirinya kepada kakak iparnya itu.
“Kau boleh tinggal dekat rumah ni tapi kena bayar sewa. Jangan harap boleh tinggal percuma. Abang kau tahu ke yang kau dah bercerai?” kata Rozita lagi.
“Ya, abang dah tahu. Tiha dah bagitahu abang semalam,” balas Nur Fatihah.
“Sebelum masuk rumah ni, bagi aku empat ratus ringgit dulu. Kalau dah bayar baru aku bagi kau masuk,” ujar Rozita dengan senyum sinis di bibirnya.
Nur Fatihah terkejut mendengar permintaan kakak iparnya itu. Dengan terpaksa Nur Fatihah mengambil wang sebanyak empat ratus ringgit di dalam dompetnya. Lalu memberi wang itu kepada Rozita. Pada mulanya Nur Fatihah ingin berjimat-cermat dengan wang pemberian bekas suaminya itu. Tetapi sekarang dia terpaksa memberi 400.00 ringgit kepada kakak iparnya. Nur Fatihah cuma berharap dia akan cepat dapat kerja sebelum wang pemberian bekas suaminya habis.
Setelah mendapat wang dari Nur Fatihah dengan senyuman lebar Rozita membenarkan Nur Fatihah masuk ke dalam rumah. Melangkah masuk ke dalam rumah, Nur Fatihah melihat anak abangnya yang bongsu sedang tidur di atas sofa. Tiba-tiba Nur Fatihah merasa sebak di dada kerana teringat pada anaknya.
“Abang kau nanti dalam pukul 12.00 malam baru balik. Katanya kilang tempat dia kerja ada ot,” beritahu Rozita.
“Mana along dan Julia?” tanya Nur Fatihah bila melihat tiada kelibat dua orang lagi anak saudaranya.
“Julia dan along sekolah Kafa. Nanti dalam pukul 6.00 petang baru balik,” jawab Rozita.
Nur Fatihah meletak beg yang dia bawa di lantai. Perlahan-lahan menghampiri anak saudaranya yang berusia 4 tahun sedang tidur di sofa. Entah kenapa air matanya mula mengalir kerana terkenangan anak lelakinya. Baru dalam 2 jam saja dia berpisah dengan anak lelakinya itu. Tetapi perasaan rindu sudah menusuk di dalam jiwanya. Apa lagi bila memikirkan selepas ini dia tidak dibenarkan datang bertemu dengan anaknya itu.
Nur Fatihah tidak sangka lelaki yang pernah bergelar suaminya itu tega memisahkan dirinya dengan anak lelakinya. Dirinya yang mengandung selama 9 bulan. Dan menanggung kesakitan ketika ingin melahirkan anak lelakinya itu. Walau bagaimanapun Nur Fatihah tetap bersyukur kerana dapat bersama dan menyusukan anaknya itu selama 2 tahun.
Nur Fatihah tidak akan lupa kata-kata bekas suaminya itu ketika menyatakan niat untuk bercerai. Rupa-rupanya Muhammad Ammar tidak menyangka ibunya mampu bertahan hidup selama 3 tahun. Kerana pada awalnya doktor menyangkakan umur ibunya hanya mampu bertahan selama setahun sahaja. Kanser yang ada di dalam tubuh ibunya sudah mula merebak. Doktor hanya mampu memberi ubat tahan sakit sahaja. Untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami oleh ibu Muhammad Ammar. Kerana itulah Muhammad Ammar melamar Nur Fatihah menjadi isterinya.
“Sudahlah, jangan nak sedih-sedih sangat! Meh sini tolong aku dekat dapur,” tegur Rozita.
Nur Fatihah mengesat air matanya dengan lengan baju. Lalu menapak ke arah kakak iparnya. Masuk saja ke kawasan dapur, Nur Fatihah dapat lihat keadaan ruang dapur agak bersepah. Sinki penuh dengan pinggan mangkuk yang belum di cuci. Bawah sinki penuh dengan sampah. Sudah 3 tahun Nur Fatihah tidak jejak kaki di rumah ini. Rumah ini begitu banyak kenangan dirinya bersama arwah ibunya. Dahulu Nur Fatihah akan tidur satu bilik dengan ibunya
Haikal dan Rozita pada awalnya menyewa rumah di tempat lain. Tetapi setelah lahir anak kedua barulah mereka tinggal di rumah ini. Nur Fatihah juga sudah faham sangat dengan sikap kakak iparnya itu. Yang tidak rajin mengemas rumah. Selama ini hanya arwah ibu dan dirinya yang mengemas rumah ini.
Nur Fatihah agak rimas melihat sinki penuh dengan pinggan mangkuk, dengan cepat terus mencucinya. Usai mencuci pinggan mangkuk di sinki dia mula menyapu lantai yang penuh dengan kertas dan plastik. Mainan anak saudaranya pun ada berselerak di lantai.
“Kau kemaslah apa yang patut. Akak nak pergi ambil Along dan Julia balik sekolah ni,” beritahu Rozita.
“Baiklah,” sahut Nur Fatihah sambil matanya memandang ke arah jam.
Jarum jam menunjukkan baru pukul 4.30 petang. Budak sekolah Kafa biasanya balik pukul 6.00 petang. Sekolah Kafa tidaklah jauh hanya mengambil masa dalam 10 minit saja.
“Mungkin Kak Ita ada hal lain kut. Itu yang pergi awal,” gumam Nur Fatihah setelah Rozita keluar dari rumah.
Nur Fatihah menoleh ke arah sofa. Bila mendengar ada suara merengek memanggil ibu.
“Baby dah bangun ya,” ujar Nur Fatihah lalu mendekati anak saudaranya itu.
“Ibu, mana?” tanya anak saudaranya itu sambil mengosok matanya.
“Ibu keluar ambil Along dan kakak balik sekolah. Baby nak susu ke? Nanti mak su bancuhkan,” kata Nur Fatihah.
Baby hanya mengaguk tanda ingin di buatkan susu. Tanpa berlengah Nur Fatihah cepat-cepat membancuh susu untuk baby.
Malam ini Nur Fatihah tidur di dalam bilik bersama along dan Julia. Nur Fatihah terpaksa mengemas terlebih dahulu bilik itu. Kerana keadaan bilik yang agak bersepah penuh dengan pakaian. Di rumah ini ada satu bilik stor. Tetapi agak kecil bilik stor itu. Bilik stor itu untuk meletakkan barang-barang yang sudah tidak digunakan lagi. Nur Fatihah tidak dapat melelapkan matanya. Dia pandang dua orang anak saudaranya yang sedang lena. Along dan Julia memang agak rapat dengannya.
Air mata Nur Fatihah jatuh membasahi pipi. Kerana teringat pada anak lelakinya. Ini kali pertama dia tidur tanpa anaknya itu. Kepala Nur Fatihah asyik memikirkan keadaan anaknya itu. Bermacam-macam berlegar di fikirannya.
++++++++++++++++++
Tring... Tring... Tring.
Telefon pintar Nur Fatihah berbunyi menandakan sudah pukul 5.30 pagi. Nur Fatihah bingkas bangun dari tidurnya dan turun dari katil. Dia perhatikan Along dan Julia yang masih tertidur pulas. Masih terlalu awal untuk membangunkan anak saudaranya.
Nur Fatihah melangkah keluar dari bilik. Di ruang tamu dan dapur masih gelap. Sepertinya kakak iparnya masih belum bangun dari tidur. Nur Fatihah menyalakan lampu ruang tamu dan dapur. Kemudian dia menapak ke arah dapur. Lalu tangannya membuka periuk nasi. Kelihatannya masih banyak nasi semalam yang tidak habis. Nur Fatihah mengambil keputusan untuk masak nasi goreng pagi ini.
Nur Fatihah mencari bahan untuk buat nasi goreng. Yang dia nampak hanya ada dua biji telur ayam. Ada sedikit ikan bilis. Bawang merah hanya tinggal beberapa biji saja. Begitu juga dengan bawang putih.
Nur Fatihah membuka pintu peti ais untuk melihat jika ada bahan mentah lainnya. Nur Fatihah tergamam melihat dalam peti ais abangnya ini. Kerana hanya ada ikan termenung satu bekas di tempat beku. Sayur, buah tiada di dalam peti ais ini. Hanya ada beberapa botol air. Dan ada semangkuk lebihan lauk semalam.
Nur Fatihah agak hairan dengan keadaan rumah abangnya ini. Kerana abangnya kerja dan selalu kerja lebih masa. Tetapi kenapa barang-barang dapur di rumah abangnya banyak yang tiada? Minyak masak pun hanya tinggal sedikit sahaja.
Nur Fatihah memang tahu abangnya itu jenis tidak tetap kerja di satu-satu tempat. Sudah banyak kali juga Haikal bertukar tempat kerja. Selama 3 tahun Nur Fatihah menjadi isteri Muhammad Ammar kerap juga abangnya itu datang ke rumahnya. Untuk meminjam wang dari Muhammad Ammar. Selalunya Haikal akan datang bersama isteri dan anak-anaknya. Kadang-kadang Haikal juga akan cuba meminjam wang dari Nur Fatihah.
"Kau masak apa tu?" tegur Rozita sambil tangan mengikat rambut.
"Tiha masak nasi goreng. Sebab Tiha tengok nasi semalam tak habis," jawab Nur Fatihah.
"Kau bila nak pergi cari kerja?"soal Rozita lagi.
"Nanti dalam pukul 8.00 pagi Tiha akan pergi cari kerja," kata Nur Fatihah.
"Kau tu mesti susah nak dapat kerja. Setakat SPM ni kerja kilang je lah. Tapi sekarang ni ekonomi agak meleset. Banyak kilang tak ambil pekerja, buang orang banyaklah," ujar Rozita. Membuatkan Nur Fatihah tersentap mendengar kata-kata kakak iparnya itu.
"Insyaallah, ada rezeki pasti Tiha akan dapat kerja. Tiha pun tak kisah kerja apa pun yang penting halal," balas Nur Fatihah cuba menyedapkan hatinya sendiri.
"Harapnya dapatlah kerja tu. Dahlah, akak nak kejut along dengan Julia nanti lambat pula pergi sekolah," ujar Rozita. Lalu berjalan ke arah bilik anaknya itu.
Nur Fatihah meletakkan nasi goreng yang sudah siap masak di atas meja makan. Setelah itu Nur Fatihah melangkah ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Azan subuh sudah lama berkumandang. Buka sahaja pintu bilik air sudah ada along di depan pintu bilik air dengan bertuala. Nur Fatihah mengukir senyuman pada anak saudaranya itu. Keluar sahaja Nur Fatihah dari bilik air, dengan cepat along masuk ke dalam bilik air.
Usai mengerjakan solat subuh Nur Fatihah bersiap-siap untuk mencari kerja. Haikal yang telah mengantar along dan Julia ke sekolah. Rozita pula menjaga anak bongsunya yang baru berumur 4 tahun.
"Awal, kau nak pergi cari kerja. Kau nak cari kerja dekat mana?" tegur Rozita sambil memandang Nur Fatihah dari bawah sampai atas.
"Tiha ingat nak cuba minta kerja dekat kedai makan tak jauh dari sini. Selalunya kedai makan tu buka awal," jawab Nur Fatihah.
"Nak ke tokei kedai tu ambil kau kerja. Kau tu mana pernah kerja sebelum ni. Takut sehari kerja dah tak tahan," balas Rozita.
"Akak jangan risaulah, Tiha pasti akan tahan punya. Lagi pun Tiha memang kena kerja juga," kata Nur Fatihah lalu berjalan keluar dari rumah.
Semoga aku dapat kerja, bisik hati kecil Nur Fatihah.
Bersambung...
Share this novel