Prolog

Drama Completed 257956

Cahaya matahari yang panas terik menyilau mata seorang wanita. Kelihatan di sebuah rumah teres dua tingkat ada seorang wanita keluar membawa sebuah beg di tangannya. Keluar sahaja wanita itu dari pintu pagar. Seorang lelaki cepat-cepat menutup pintu pagar itu. Kedengaran sayup-sayup tangisan kanak-kanak lelaki yang baru berusia 2 tahun. Sepertinya kanak-kanak itu tidak mahu berpisah dengan wanita yang keluar dari rumah itu.

Wanita itu bernama Nur Fatihah Binti Rahman, cuba menahan air matanya dari jatuh. Kerana dia tidak tega mendengar tangisan anak lelakinya itu. Tapi apa yang mampu dia lakukan. Dia terpaksa menurut kehendak suaminya.

Pagi tadi dalam pukul 09.00 Nur Fatihah dan suaminya telah pergi ke mahkamah syariah. Suaminya bernama Muhammad Ammar telah melafazkan talak 1 ke atas Nur Fatihah. Air mata Nur Fatihah sudah kering. Tiada lagi air mata yang keluar ketika mendengar suaminya melafazkan talak. Kerana sudah hampir seminggu dirinya menangis mengenangkan nasib dirinya. Bila tiba-tiba Muhammad Ammar memberitahu ingin bercerai dengannya. Alasan yang sungguh menyakitkan hatinya.

Muhammad Ammar memberi alasan yang dia tidak menyintai Nur Fatihah. Perkahwinan yang terjadi antara mereka berdua kerana kehendak ibu Muhammad Ammar. Sudah hampir sebulan ibu Muhammad Ammar meninggal dunia. Jadi Ammar ingin menceraikan Nur Fatihah. Kerana Muhammad Ammar sudah mempunyai kekasih hati. Setelah bercerai Ammar akan berkahwin dengan kekasih hatinya itu. Tetapi Muhammad Ammar tidak membenarkan Nur Fatihah membawa anak lelaki mereka yang berumur 2 tahun.

Muhammad Ammar berjanji akan menjaga anak sulung mereka dengan baik. Tetapi Muhammad Ammar melarang Nur Fatihah berjumpa dengan anaknya itu. Kerana tidak mahu Nur Fatihah mengangu dirinya dan isteri barunya nanti. Pada mulanya Nur Fatihah ingin membawa lari anaknya itu. Tetapi memikirkan dirinya tidak bekerja, ibu dan ayah pun sudah lama tiada. Nur Fatihah hanya ada seorang abang satu ibu lain ayah. Tetapi Nur Fatihah tidak rapat dengan abangnya itu.

Nur Fatihah tidak akan lupa bagaimana dia boleh kenal dan berjodoh dengan Muhammad Ammar. Semuanya terjadi disebabkan oleh abangnya yang telah mengenalkan dirinya dengan Muhammad Ammar. Masa itu Nur Fatihah masih bersekolah dan bakal ambil SPM. Muhammad Ammar lah yang banyak membantu dirinya dari segi kewangan. Kerana pada tahun itu juga ibu Nur Fatihah meninggal dunia. Ayah Nur Fatihah sudah lama meninggal dunia. Ketika Nur Fatihah baru berusia 10 tahun.

Muhammad Ammar yang telah memberi wang untuk membayar yuran. Dan barang-barang keperluan sekolah yang lain. Setiap hujung minggu Muhammad Ammar akan membawa Nur Fatiha datang ke rumahnya. Ibu Muhammad Ammar sangat baik terhadap Nur Fatihah.

Setelah Nur Fatihah tamat peperiksaan SPM, Muhammad Ammar melamar Nur Fatihah untuk dijadikan isteri. Hati Nur Fatihah sangat berbunga-bunga mendengar lamaran itu. Dengan cepat Nur Fatihah menerima lamaran itu. Kerana mengangap bahawa Muhammad Ammar mencintainya. Walaupun di sudut hati yang dalam Nur Fatihah ingin menyambung pelajaran. Tetapi bila memikirkan Muhammad Ammar telah banyak membantu dirinya. Nur Fatihah setuju berkahwin di usia muda. Lagi pula Nur Fatihah mengangap Muhammad Ammar seorang lelaki yang baik yang boleh menjadi imamnya.

Nur Fatihah melayani Muhammad Ammar dengan baik selama tiga tahun ini. Nur Fatihah juga yang menjaga dan menguruskan ibu mentuanya yang sakit. Jarak usia Nur Fatihah dan Muhammad Ammar 8 tahun. Tetapi semuanya berubah sekelip mata setelah ibu Muhammad Ammar meninggal dunia. Baru seminggu Nur Fatihah kehilangan seorang wanita yang di anggap seperti ibu sendiri. Tiba-tiba suaminya menyatakan niat untuk bercerai dengannya.

Rupa-rupanya Muhammad Ammar tidak pernah mencintai Nur Fatihah. Muhammad Ammar sudah merancang dari awal bersama Haikal abang Nur Fatihah. Muhammad Ammar mendekati dan membantu Nur Fatihah dengan niat tersembunyi. Muhammad Ammar ingin berkahwin dan mempunyai zuriat dengan Nur Fatihah. Kerana ibunya mendesak supaya cepat mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Muhammad Ammar tidak boleh berkahwin dengan kekasih hatinya. Kerana ibunya tidak menyukai kekasih hatinya itu. Kebetulan kekasih hati Muhammad Ammar sedang melanjutkan
pelajaran. Dan Muhammad Ammar juga tahu kekasih hatinya itu tidak mampu melahirkan zuriat. Muhammad Ammar mengikut kehendak ibunya dengan berkahwin dengan Nur Fatiha. Semua ini Muhammad Ammar lakukan kerana mengetahui ibunya mengidap pnyakit kanser payudara. Ibu Muhammad Ammar sudah lama menginap penyakit kanser payudara itu.

Nur Fatihah melangkah kakinya menuju ke sebuah pondok bas. Sebelum keluar dari rumah tadi Muhammad Ammar telah memberi wang tunai sebanyak dua ribu ringgit kepada Nur Fatihah. Wang itu diberikan kepada Nur Fatiha sebagai hadiah dan duit nafkah selama dalam edah. Muhammad Ammar juga memberi amaran supaya Nur Fatihah tidak muncul dirumahnya selepas ini.

Nur Fatihah duduk di pondok bas sambil memegang beg pakaiannya. Air mata yang cuba di tahan dari tadi akhirnya jatuh juga. Nur Fatihah tidak tahu ingin pergi ke mana skarang ini. Mahu tidak mahu Nur Fatihah terpaksa pergi ke rumah abangnya. Kerana Nur Fatihah tiada tempat lain untuk di tuju. Walaupun hati Nur Fatihah sakit bila mengetahui abangnya itu telah bersubahat dengan bekas suaminya. Tetapi abangnya itu sahaja ahli keluarga yang dia ada.

Nur Fatihah menahan sebuah teksi. Setelah teksi berhenti Nur Fatihah segera masuk ke dalam teksi. Nur Fatihah memberitahu pemandu teksi itu tempat yang ingin dia tuju. Pemandu teksi itu memandu menuju ke tempat yang dinyatakan oleh Nur Fatihah.

Bersambung...

Sedikit prolog.. Aku Yang Kau Campak guna unlock chapter dari bab 4... Prolog hingga bab 3 saja free reading.

Share this novel

Edith Edith
2023-07-23 14:20:38 

tq

AdibHaikal Azman
2023-05-06 08:39:58 

tq

pbezpq
2023-04-13 16:43:02 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience