bab 2

Romance Series 33577

Jam enam petang kedai ditutup,macam biasa tugas Dhia membersihkan pinggan mangkuk,periuk belanga dan menyusun kerusi serta meja,letih? penat? itu adalah rutin hariannya semenjak dari kecil lagi.

Keluhan tiada lagi dalam dirinya,dia tabah menghadapi ujian ini demi kelangsungan hidup.

Susah....ada lagi yang lebih susah dalam hidup ini,itulah prinsip hidupnya.
Selagi ada kemahuan selagi itu ada jalan.

Tapi adakah jalan untuk dia harungi hidup ini menuju bahagia seperti gadis sebaya dengannya.

"kau ,kemas nanti jangan lupa kunci kedai,aku nak balik.." pesan Mariah,Mak petir gelaran dia beri.

Dhia yang dari tadi sedang mengemasmenoleh ke arah ibu tirinya yan suda pun bersiap untuk pulang.

"ya Mak"Dhia tetap menghormati Mariah dengan memanggil wanita garang itu dengan panggilan Mak meskipun Mariah tidak pernah membahasakan dirinya Mak tiap kali bercakap dengan Dhia.

Selesai mengemas dan mengunci kedai ,terus dia menuju ke arah motosikal nya yang di letakkan bersebelahan kedainya itu.

Motorsikal yang sudah tua itu adalah milik ayahnya yang kini dipakai olehnya untuk datang dan pulang kerja.

Dia meluncur laju menuju ke arah rumahnya yang kira-kira setengah jam perjalanan,kalau dengan menaiki kereta,tetapi kalau dengan motor buruknya ambil masa dalam dekat satu jam,tetapi itu adalah kebiasaannya,hampir maghrib baru sampai di rumah.
Jalan yang dia susuri memang gelap dan sunyi kerana itulah jalan yang paling dekat laluan ke rumahnya .

Perasaan takut tetap ada biar pun jalan itu adalah menjadi kebiasaannya setiap hari.

Mariah tidak pernah menumpangkannya dengan kereta,sebaliknya membiarkan Dhia pulang sendiri walaupun duduk sebumbung.

"aduh...kenapa ni..." tiba-tiba motornya mati dipertengahan jalan .

Hari semakin gelap dan suasana semakin sunyi,kiri kanan hanya ada sawah yang terbentang sepanjang jalan serta diselangi pula dengan sedikit semak samun .
Bunyi cengkerik serta suara katak bersahutan menambahkan lagi irama dan rentak di malam hari.

Selalunya dia tidak pernah rasa takut,tetapi hari ini entah mengapa hatinya rasa tidak enak,cuaca semakin gelap menandakan hari mau hujan.

Di rabanya telefon di poket seluar,dan keluarkan .

"ish...masa ni lah kau nak habis bateri,yang motor ni pun satu hal,selalu elok jer"dengusnya sendiri.

Dia mengambil keputusan membiarkan motosikal nya di tepi dan berjalan kaki pulang ke rumah.

Hujan mulai turun membasahi bumi.
Suasana semakin kelam hanya ditemani lampu jalan yang samar Dhia menyusuri perlahan jalan pulang ke rumahnya.

Dia tahu pasti ketika ini Mariah akan memarahinya kerana pulang lambat.
Mariah pasti tidak akan terima apa pun alasan baginya apa yang terucap di mulut anak tirinya tidak dia terima sama sekali.

Apa katanya pasti wajib dituruti walaupun tahu yang alasan yang diberikan adalah benar.
Hatinya sudah dibutakan dengan dendam di hatinya.
Rasa sakit hati telah pun membalut sifat amarahnya semenjak Dhia berusia masih lagi kecil.

Dari langkahan yang perlahan kini Dhia melangkah semakin laju kerana melihat suasana semakin menggelap dan guruh di langit semakin memberikan amaran dari kerajaan langit.

Nak dikhabarkan telefon pula kehabisan bateri.
Maklumlah telefon dia cap ayam,bateri mudah habis.
Telefon itu pun dia dapat daripada peninggalan arwah ayahnya dulu.
Tidak ada kemudahan internet hanya mampu terima panggilan dan memanggil sahaja itu pun jika dia punyai wang untuk isi 'topup'.
Itu pun jika Maria bermurah hati memberikan dia upah,jika tidak maka telefonnya akan mengganggur tanpa isi begitu sahaja.

Sedang dia berjalan datang beberapa sekumpulan motor menghampirinya.

"hei...amoi...sorang?"gelaran yang biasa dia dapat kerana sememangnya wajah dia adalah milik cina.
Dah dia keturunan anak cina.
Dhia terus melangkah tetapi mereka mula mengepong.

"kau nak apa!?!"soalnya geram,dalam hujan yang semakin lebat badannya mula rasa kesejukan ditambah pula ketakutan menguasai diri.
Kedua tangannya menggengam erat hujung baju yang dipakainya.

Rasa gementar di seluruh tubuhnya ditambah lagi dengan angin yang mulam menerpa diiringi pula dengan hujan yang mula terjun berlumba-lumba membasahi bumi.

Dia tahu siapa gerangan lelaki yang mengepungnya itu tak lain tak bukan samseng kampung Kamal anak penghulu kampung.

"wah...ni yang aku tak tahan ni..kau tengok tu...boleh meleleh aku.." bunyi hilai tawa rakannya yang lain.

Baju yang basah mula menampakkan kesannya,melekat di tubuh dan sekaligus menjelaskan semua di dalam.
Nasib dia memakai tudung membuatkan bahagian atasnya boleh tertutup dengan tudung yang dipakainya.

Namun tidak bertahan lama apabila kerana hujan terus lebat membasahi badannya.

"Kamal,tepi lah aku nak balik!",laung Dhia tetapi tetap tidak di pedulikan oleh Kamal.
Suaranya bergementaran kerana kesejukan dan juga ketakutan.

Kamal dan rakannya yang lain terus turun dari motor dan datang menghampiri Dhia .

"jom lah..aku hantar kau..janganlah segan jangan lah malu" dia cuba menyentuh tetapi ditepis kasar oleh Dhia.

" main kasar nampak"
Kamal semakin geram melihat Dhia.

Seluruh tubuh Dhia semakin kuat bergementar bukan sahaja kerana sejuk air hujan yang membasahi seluruh tubuhnya tetapi kerana ketakutan mula menguasai dirinya ketika ini.

Entah apa akan terjadi kepadanya saat ini,menjerit pun seolah suara tidak lagi kedengaran kerana suara hujan lebih kuat terdengar menenggelamkan suaranya yang mula kedengaran serak akibat kuat menjerit.

Manakala Kamal dan kumpulannya semakin galak seolah sedang mempermainkan takdirnya kini.

" ya Allah semoga Kau lindungilah hambamu ini" pintanya dalam hati.

", tolong lah Kamal...tolong jangan buat aku macam ni" rayu Dhia berharap Kamal akan mendengar apa katanya .

Namun rayuan gadis itu tidak sama sekali dihiraukan oleh mereka.

" aku suka kalau perempuan merayu macam gini" ucap Kamal dengan ria wajah jahatnya itu.

Dhia menelan ludah,merasa kerongkngnya kekeringan meskipun sudah tertelan air hujan.

Kamal semakin merapat dan Dhia pula mengundurkan dirinya ,menghindar dari terus didekati.

Mereka terus tergelak ,gembira melihat gadis cantik itu ketakutan dan juga mulabmeratap ketakutan itu.

Mana mungkin mereka melepaskan ikan segar di hadapan mereka seekor kucing tidak mungkin hanya melihat sahaja habuan di hadapan.

" relakslah manis....kita enjoy dulu...lagipun hari kan sejuk...apa kata kau hangatkan tubuh kami semua" ucap Kamal dengan seringai jahatnya itu.

Pandangan mereka mamang pandangan pemangsa saat ini.

Dalam keremangan cahaya kila yang berkerlip itu dapat Dhia lihat bagaimana pasangan nakal mereka.

" tolong la Kamal....aku nak balik" Dhia terus merayu agar dilepaskan namun mereka hanya tergelak .
........
........

Raees Zacry Isaac Iskandar Koo Abdullah keluar dari restoran selepas makan malam bersama Haziq dan Tan Sri Isaac.

"Pa,Raees nak ronda kampung jap dengan Haziq,teringin tengok suasana malam kat sini"ucapnya .

"iyalah...hati-hati drive hari nampaknya nak hujan tu" pesan Tan Sri Isaac pada anak lelakinya.

Selepas menghantar papanya ke hotel tempat mereka menginap terus kereta Raees Zacry meluncur masuk ke kampung Haziq.

"emmm...dah hujan dah pun sini" ujar Haziq.

"lebat juga ni,dah nak isyak ni..nanti singgahlah dulu rumah saya Encik Raees"

Raees mengangguk dan meneruskan pemanduannya.

Hujan lebat tidak mampu untuk dia memandu kenderaan dengan laju.

......
.....

"kamal...tolonglah ke tepi aku nak balik!! laung Dhia sambil menangis dan merayu berharap agar ada hati nurani mereka melepaskannya.

Dia cuba lari tetapi tetap di kepung oleh tiga lelaki itu.

" jangan jual mahal sangat,kau tu bukannya keturunan baik pun...mak kau tu dulu perampas suami orang..kasi lah can kat aku..bukannya luak pun", pipi Dhia disentuh.

Dhia hanya mampu menangis dan meraung sekuat hati.

"kau nak ke mana?"badan Dhia ditolak sampai terjatuh ke tanah.

"ouch...sakitlah...tolonglah aku merayu...tolong" Dhia cuba bangun tetapi kakinya ditarik oleh Kamal dan kawannya.

Dhia meronta-ronta ketakutan .
Seluruh badannya menjadi sakit akibat terjatuh dan tubuhnya juga semakin menggigil kesejukan serta ketakutan menyaluti dirinya kini.

Saat ini dia hanya mampu berdoa agar ada makhluk Allah yang akan datang menolongnya.

Mereka terus ketawa bila melihat Dhia menangis dan meronta.

Nafsu jantan terus melonjak menguasai diri masing-masing.

Dalam keadaan tak berdaya Dhia cuba bangun berkali-kali,dan setiap kali itulah badannya ditarik dan bajunya sudah pun terkoyak sampai menampakkan bra yang dipakainya serta tudung yang menutupi kepalanya juga sudah pun terlepas dari kepalanya.
Auratnya sudah terdedah di depan lelaki yang sudah dirasuk oleh iblis itu.

Dhia hanya mampu menutup menggunakan kedua belah tangannya,walaupun dia tahu tidak akan tertutup sama sekali.
Dhia terus merayu ,menghiba namun tidak mendapat simpati langsung dari mereka malah ketiga mereka semakin galak menarik tangan Dhia yang cuba menutupi auratnya itu.

'"Encik Raees,boleh ker ni..lebat sangat ni..."

"ok nanti kita cuba berhenti dekat simpang tu...kat sini memang sunyi macam ni ker kalau malam?" tanya Raess bila mula melalui simpang yang agak sunyi.
Tadi atas permintaan Haziq lah mereka menggunakan jalan ini .

"tak lah sunyi sangat,mungkin sebab hujan ni"balas Haziq.

" ini jalan shortcut Encik Raees...kan kata nak ronda kampung,tapi tulah tak sangka pulak hujan lebat"

" hujan lebat juga ni,jalan gelap ,apa lampu jalan memang tak ada kat sini?" tanya Raees yang memang tidak pernah melalui suasana sebegini

" ada jer Encik Raees ,tapi mungkin malam ini hujan lebat tak nampak terang sangat"

Raees pula memandu kereta perlahan kerana tidak nampak jalan yang mereka lalui saat ini.

"eh...Encik Raess tengok depan tu...macam ada orang" tunjuk Haziq apabila melihat ada kelibat manusia di hujung jalan sana.

"buat apa eh..dalam hujan macam ni?" soal Raess pelik bila kelihatan empat biji motor yang tersadai di tepi jalan menghala ke sawah kiri dan kanan terlihat kelibat manusia di sana.

" perlahan sikit ,saya rasa kenal jer motor tu" ujar Haziq apabila terlihat motor Dhia.

"Danisha.."gumam Haziq perlahan namun dapat di dengari oleh Raees sayup- sayup di telinganya.

"hah...siapa?"soal Raees pelik.
Haziq tidak menjawab pertanyaan Raees kerana fikirannya hanya memikirkan Dhia ketika ini.

"Berhenti...berhenti tepi ..." sepantas itu Raess memberhentikan kereta dengan menyalakan lampu.

" ada orang tu" ucap Haziq segera membuka pintu kereta dan dengan pantas di turun tanpa memikirkan macam apa cuaca saat ini.

Raees yang juga melihat suasana sebegitu turut bertindak pantas.

",woi Kamal,ada orang
lah..dah..jom" baru saja Kamal cuba menerkam Dhia di ganggu pula dengan kehadiran orang lain di situ.

" hoi..kau buat apa hah!! sergah Haziq.

Tanpa menghiraukan hujan yang lebat kedua lelaki itu keluar dari perut kereta dan menuju ke arah lelaki durjana yang bernama Kamal dan kawannya.

" abang...tolong Dhia...Kamal..." Dhia terus menangis sambil badannya dirapatkan ke lutut.
Dhia tahu itu Haziq meskipun tidak dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas.

"Danisha..." gumam Haziq sambil mengepal geram kedua tangannya

"celaka kau budak...kau nak buat apa kat dia hah" satu tumbukan padu singgah di muka Kamal tanpa ba bi bu.

Raees turut memukul rakannya yang lain dan terus mereka berdua lari meninggalkan Kamal yang hampir lunyai di belasah.

"Haziq kau ni penyibuklah..!! laung Kamal geram.
Dia cuba menumbuk Haziq tetapi sempat dihalang oleh Raees.

Lama mereka bertumbuk sehingga Kamal jatuh tersungkur.

Dhia masih lagi menangis dalam hujan yang masih lebat.
Dia tidak mampu bangun kerana keadaannya yang agak memalukan.

"Danisha...awak ok ker ni?"soal Haziq menghampiri Dhia yang masih menangis.

"abang Haziq...Dhia takut" katanya dalam sedu dan dia juga tidak berani sama sekali menatap wajah insan yang menolongnya itu.
Pasti Dhia merasa sangat malu saat ini.
Dalam keadaan yang tidak seharusnya dipertontonkan oleh mata lelaki.

"ok..ok..Encik Raees...nampaknya kita call polis ..serahkan si bedebah ni pada polis"

"abang Haziq...lepaskan lah dia...Dhia ok..."

"hah..awak nak lepaskan dia...selepas awak nak kena macam ni?"soal Raees tiba-tiba dan mengeluh.

Dhia mendongak memandang ke arah sesusuk tubuh yang berdiri di depannya.
Dhia beranikan diri untuk mendongak melihat siapa gerangan lelaki yang melontarkan suara geram itu,seolah tidak terima dengan ucapannya tadi.

Tidak dapat dia mengecam siapakah gerangan pemilik suara tersebut kerana keadaan hujan yang semakin lebat dan malam semakin pekat.

"s..saya takut..nanti Mak marah" Dhia terus menangis tanpa peduli apa mereka nak kata.

"apa ni Haziq..tak kan nak biar si jahanam ni blah jer?"soal Raees semakin geram apabila mendengar tangisan gadis yang berada di hadapan mereka itu.
Dia memang kalah pada tangisan perempuan.

Terdengar helaan nafas kasar dari Haziq tika ini.
Haziq juga turut tidak terima cadangan Dhia untuk melepaskan Kamal namun dia juga sempat terfikir agar melepaskan jua lelaki bangsat itu kerana beberapa faktor.

"baiklah,tapi kau ingat Kamal,kalau lepas ni kau masih ganggu Danisha aku tak akan teragak-agak heret kau ke balai...ingat aku lakukan ini sebab ayah kau,kalau tak fikirkan orang tua kau dah lama aku masukkan kau dalam penjara,biar tahu kau rasa" ugut Haziq geram kerana dia tahu bahawa Kamal memang terkenal dengan perangai samseng kampung macam Sarip Dol .

"lepas?huh!" terdengar keluhan dari Raees tidak terima .
Tapi dalam masa yang sama pandangannya sayu melihat keadaan gadis di depannya yang masih tertunduk dan menangis .

Tanpa berkata sepatah kata langsung Kamal berdiri dengan mengheret kakinya yang sudah sedikit pincang itu berlari menuju ke arah motornya .
Dua rakannya tadi sudah pun menghilang entah ke mana.

Raees hanya menggelengkan kepalanya ,masih terasa kecewa kerana melepaskan Kamal begitu sahaja tapi dia juga tak bertanya lebih kepada Haziq tentang hal tadi.
Segera dia ke kereta mengambil coat dan di berikan kepada Dhia.

"nah ambik...pakai"Dhia mendongak dengan bibirnya sudah bergetar menahan sejuk dan ketakutan .

Nak mengangkat tangan pun tak mampu dia lakukan.

Raees menghampiri Dhia dan membalut tubuh Dhia.

"awak boleh bangun ker?"suara Raees terdengar perlahan di telinga Dhia kini.

Dhia hanya mengangguk lemah ,dia cuba bangun tapi terjatuh lagi.

"Encik Raees...tangannya luka,berdarah" Haziq mula perasan yang tangan Dhia mengalirkan darah.

" Oh my God" ujarnya sambil membangunkan Dhia yang menggeletar kesejukan.

Perlahan badan Dhia di papah sampai ke kereta .

"duduk perlahan",Dhia di tempatkan di kerusi belakang.

"kita ke klinik" ujar Raees tidak tega melihat darah dan kesakitan yang Dhia rasakan itu.

"tak...s..saya nak balik..takut nanti mak marah saya balik lambat" ujarnya dengan nada tersekat sekat menggigil kesejukan dan juga rasa takut tadi masih lagi tidak menghilang.

" laa...Danisha...biarlah kami hantar ke klinik dulu,tu tangan luka...nanti ada efeksi"sambung Haziq pula.

"tak...tak...nanti saya balik bubuh ubat" Dhia tetap berkeras .
Dhia tahu sememangnya saat ini ibu tirinya itu pasti memarahinya.

"ish...degilnya budak ni...Haziq...sapa mak dia garang sangat ker?"soal Raees pelik dengan sikap gadis ini seolah benar-benar ketakutan pada mak dia daripada penjahat yang cuba lakukan pencabulan tadi.

" dia tinggal dengan mak tirinya ,garang lah....orang sini panggil dia mak petir...mak lampir" terang Haziq sambil memandang ke belakang dan kelihatan Dhia sudah pun melelapkan mata.

"ada lagi rupanya mak tiri cinderella zaman now ya" keluh Raees.

" tu la...saya kesian tengok dia,harap suatu hari nanti adalah putera idaman datang membawa dia pergi..keluar dari kesakitan dia" ujar Haziq sambil tergelak.

"macam dongeng pulak..." Raees turut ketawa.

"Encik Raees,Danisha ni anak yatim piatu,selalu kena dera kat mak tiri dia,tapi yang herannya dia tetap bertahan sampai ke hari ini...saya ni membesar di sini,kahwin pun orang sini,jiran,boleh lah hari-hari tengok dia kena maki hamun,kena pukul...kesian tengok dia"

"tak report polis ker?"

"macam tu lah kita ni berjiran,nak report pun fikir pulak kat budak ni,seorang diri,lagi pun dia sayangkan mak tiri dia tu,merayu-rayu tak bagi siapa sentuh mak dia tu"

"'sampai macam tu sekalipun" tertarik dengan kecekalan gadis ini.

"tu Encik Raees rumah dia....kita berhenti di sini...nanti saya turun panggilkan mak petir"pintu kereta di buka,hujan sedikit reda.

Haziq memberi salam dan mengetuk pintu dan terpancul muka Mariah dengan muka ketatnya.

"hah Haziq ada apa,malam-malam ni datang rumah aku?"soalnya garang.

"alahai makcik...cool lah..ni saya nak hantar Danisha balik..."Mariah mengerutkan dahinya hairan .

"kenapa pulak dengan dia? malam baru balik..pergi dengan jantan ker?" terus disergahnya Haziq tanpa ingin tahu apa cerita yang terjadi kepada anak tirinya itu.

"makcik..sabar..motor yang dia naik rosak tengah jalan tadi,dan makcik nak tahu tak yang anak tiri makcik ni kena kacau dengan Kamal dan kawan dia...kebetulan kami lalu kat situ jadi kita tolong dia"terang Haziq yang mula menahan emosinya bila berhadapan dengan Mariah.

Tanpa menunggu kata-kata Mariah ,Haziq segera mendapatkan Dhia yang masih tertidur di belakang.

Dhia terjaga bila dikejutkan.

"Bangun,kita dah sampai" ujar Raees lembut.

Dhia hanya mengangguk lemah.

Perlahan kaki melangkah turun.

"tak pa,saya jalan sendiri" dengan langkah yang lemah dia melangkah menuju ke pintu yang kelihatan muka garang Mariah.

"kau ni kalau tak menyusahkan orang tak boleh ke hah?"sergah Mariah kasar tidak peduli siapa yang ada bersamanya kini.

Dhia terhinjut bahu mendengar kemarahan itu.
Dia tahu pasti lepas ni dia akan di marah dan dipukul lagi.

"maaf Mak...Dhia tak sengaja balik lambat"

"makcik kenapa tak habis nak marahkan dia,kan saya dah cakap motor dia rosak.." Haziq tahu walau sebanyak mana,keterangannya orang tua di depannya ini tak akan pernah terima.

"dah lah...kau balik lah..nanti aku tahu lah ajar budak dungu ni", terus pintu dihempas tanpa,menunggu Haziq berlalu.

"ish orang tua ni,bukan nak berterima kasih kat kita,dihalau pulak nya"bebel Haziq sambil berjalan menuju ke kereta.

"dah jom Encik Raees...malas saya nak berdebat dengan orang tua tak reti bahasa tu...kita hantar anak dia ,kita pula di marahnya", bebel Haziq lagi.

Raees hanya menggelengkan kepala.

"habis tu tak pa ker tu?"risau pula Raees saat ini.

"biarlah Encik Raees...saya tahu lepas ni mesti dia balun si Danisha tu cukup cukup ,confirm...tapi kita nak buat macam mana kan,anak dia"

Raees mengeluh kasar,terfikir sejenak dengan kata-kata Haziq,timbul rasa simpati dengan nasib gadis tadi.

Selepas menghantar Haziq balik ke rumahnya,Raees pun terus kembali ke hotel tempat penginapannya.

Kesejukan mula terasa kerana bajunya juga basah kerana terkena hujan tadi.

Segera dia menuju ke bilik air dan membersihkan diri.
Fikirannya masih lagi teringatkan akan keadaan dan nasib gadis yanv dia tolong tadi.
Raees masih teringat lagi macam mana wajah itu,kasihan namun entahlah hatinya pula terasa lain.
Jik menurut cerita Haziq tadi dia juga merasa bimbang sekiranya gadis itu dipukul atupun dimarahi oleh ibu tirinya.

" ah...biarlah aku pun tak kenal dia kut"gumamnya sendri sambil menggugurkan air di kepalanya.
Namun entah kenapa sekelibat wajah sayu itu tetap menerjah di bayangannya.

" astaqfirullahalazim...why?"kembali dia berguna dan segera menyudahkan mandinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience