bab 3

Romance Series 33577

Sementara di rumah Dhia sebaik sahaja pintu ditutup tanpa memperdulikan sesiapa pun langsung Mariah menarik Dhia tanpa memperdulikan bagaimana sakit anak tirinya itu akibat terjatuh tadi semasa bergelut dengan Kamal dan dua rakannya tadi.
Di tambah dengan kesejukan akibat terkena hujan tadi dan seluruh badannya sudah mulai rasa seram sejuk ketika ini.

"kau mari sini..." rambut panjang Dhia ditarik dan tubuhnya sampai tersadai ke dinding.

"Sakit Mak!! kata-kata Dhia langsung tidak dihiraukan.

Mariah terus memukul badan Dhia dengan penyapu lidi.

"kau senang-senang keluar ngan jantan ,balik dengan baju koyak rabak macam ni..dasar anak perampas,kau malukan aku hah..!!

"tak Mak...tadi Kamal yang kacau ,dia yang koyakkan baju Dhia....sakit Mak..sakit...motor rosak...Dhia balik jalan kaki" terisak-isak Dhia cuba terangkan.

"kau tak payah nak cari alasan lah budak.." di tunjal-tunjal kepala Dhia ke dinding.

Puas dia maki serta sumpah seranah dan puas memukulnya akhirnya kepenatan sendiri barulah Mariah berhenti.

Tangisan anak gadis itu dibiarkan tanpa sedikit pun tidak ada belas kasihan.

Dhia menangis terisak-isak ,badannya habis lunyai dikerjakan.
Bertambah berkali ganda kesakitannya kini.
Dia sudah terbiasa dengan kesakitan ini,dia bangun perlahan dengan sisa tenaga yang masih ada ,bangun menuju ke biliknya.

Dia membuka lapisan pertama baju iaitu 'coat'yang diberikan oleh lelaki yang dia tidak kenali itu dan diletakkan di kerusi dan seterusnya membuka helaian baju yang terkoyak.

Dia tetap bersyukur kerana hari ini ada yang menolongnya kalau tidak hari ini maruahnya pasti sudah tergadai.

Segera dia menuju ke bilik mandi dan membersihkan diri.

Esak tangisnya sudah semakin reda,tiada gunanya dia terus menangis andai ini yang dia terpaksa laluinya.

Hari-hari,selepas kematian ayahnya enam bulan yang lalu perangai ibu tirinya itu semakin menjadi jadi.

Semua kesalahan orang tuanya menjadikan dia galang ganti.

Dia redha andai ini takdir hidupnya,hari-hari bergenang air mata,kesakitan dan kedukaan.

Gembira?tak tahu masa bila dia rasai itu,sejak umurnya 5 tahun dia dibawa oleh mamanya ke sini.

Selepas pemergian ibunya ke mana? entahlah ke mana ibunya menghilang membawa diri.
Dia ditinggalkan oleh ibu kandungnya sendiri tetapi di katakan telah meninggal dunia oleh sesetengah orang.

Dia dibawa kepada Mariah sejak itu,hanya perasaan marah dan dendam yang ada dalam hati insan bernama Mariah.

Dhia tahu ibu tirinya itu hanya melepaskan segala kemarahan dan kebencian pada ibunya dan dilepaskan padanya.

Semasa ayahnya ada bersama dia dilayan baik sahaja tetapi apabila ayahnya tiada dia diperlakukan umpama binatang.

Selepas pemergian ayahnya enam bulan yang lalu perangai ibu tirinya itu semakin melampau.

Maki hamun ,sepak terajang menjadi sebati dalam hidupnya kini.

Begitu mahal bahagia untuk dia rasai,tapi dia tetap bersyukur kerana walaupun Mariah begitu ada juga tempat untuk dia menumpang teduh,walaupun bukan menumpang kasih.

Jauh panggang dari api untuk rasa peluk cium dari seorang insan bergelar ibu.
Terasa sahaja dia ingin pergi jauh dari sini membawa diri,tapi ke mana?

Adakah putera yang datang melamar dan akan membawa dia pergi?

Cinderella boleh lah kut,cerita dongeng,tapi,dia adalah Dhia Danisha bukannya Cinderella.

Selepas membersihkan diri ,solat dan baringkan diri di katil.

Tiba-tiba dia teringatkan telefonnya.

"mana eh...bukan tadi aku letak dalam poket seluar",gumamnya.

Puas dia mencari tetapi hampa.

"aduh..macam mana ni..ker tertinggal kat tempat motor tadi...atau..dalam kereta lelaki yang tolong aku tu",bisiknya sendiri.

Malam semakin larut ,badan keletihan,daripada dia memikirkan pasal telefon yang entah di mana lebih baik dia tidur kerana esok perlu ke kedai,kalau lewat pasti kena marah lagi.

Tapi esok mesti dia perlu jalan kaki ke kedai,untung kalau Mariah bagi dia tumpang.

Akhirnya Dhia terlena sendiri.

........
........

Seawal subuh Dhia bangun mandi dan solat subuh,dia sudah terbiasa dengan rutin hidupnya itu.

Sakit badannya dan tangannya masih lagi terasa,namun dia tetap gagahi jua untuk bangun.

Badannya terasa panas,mungkin dia demam akibat terkena hujan semalam dan ditambah dengan kesakitan akibat terjatuh dan dipukul oleh Mariah malam tadi.
Semua lengkap menjadi satu tetapi kerja tetap kena teruskan jua jika tidak bertambah lagi maki hamun serta kemarahan Mariah terhadapnya.

"Mak..hari ini Dhia tumpang Mak boleh?",kelihatan Mariah sudah terpacak di depan pintu.

Memandang atas bawah gadis di depannya itu,kaki tangannya berbalut dan memakai sweater.

"kau ni dah kenapa pakai baju tebal macam tu?"soalnya .

'"demam Mak"

"hmm...tu la sapa suruh kau mandi hujan malam tadi,dah..cepat lah masuk kereta..terhegeh-hegeh..aku bagi kau tumpang aku hari ni jer,nanti kau ambik motor buruk kau tu bawa bengkel" bebel nya.

Segera Dhia menuju ke kereta ,nanti lambat kena tinggal.

Sampai di simpang jalan tempat motornya berada terus Dhia pinta diturunkan kerana ingin membawa motor ke bengkel yang berdekatan.

"ingat kau jangan lambat,kalau lambat siap kau aku kerjakan", bentak Mariah.

Dhia hanya mengangguk tanpa kata,dia tahu bukan senang nak menuntun motornya itu,jarak antara keberadaan motor dengan kedai ambil masa lebih kurang 20 minit dan waktu pagi sebegini dia tahu kedai Abang Bakar pasti lagi tutup.

Lebih kurang dekat setengah jam baharulah sampai dia di kedai membaiki motosikal kepunyaan Bakar.

"kena tinggal note ni,pesan kat abang Bakar,nak ambil petang ni" segera kertas diambil dalam beg nya,sedikit nota ditulis dan diletakkan di dalam raga motornya.

Pantas dia berjalan menuju ke kedai milik Mariah,langkahnya di atur laju,walaupun dia tahu memang lepas ni dia akan kena bebel dan maki oleh Mariah,itu perkara biasa dan bukan luarbiasa baginya.

Dengan termengah-mengah dia sampai di kedai dan kelihatan Farhan pekerja Mariah sedang menyapu lantai.

"panjang kau cuti Han..Mak tak marah ker?"soalnya kepada Farhan.

Farhan merupakan satu-satunya pekerja yang digaji oleh Mariah.

"maunya tak,membebel macam mak lampir lah tadi"
Mereka tergelak kecil,hanya perlahan takut didengari oleh tuan empunya kedai.

"hoi ,korang ni tak ada kerja ker!! macam biasa mak petir sudah berbunyi.
Dhia terus masuk ke dalam menyiapkan apa yang perlu.
Begitu juga dengan Farhan tergopoh-gapah membuat kerjanya.
Kelihatan pelanggan mula masuk.

Terus Dhia mencapai pen dan kertas untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.

Tukang masak dan juga tukang ambil order,semua dia sapu.

Kelihatan kereta pakcik cina yang bergelar Tan Sri itu memakir di depan kedainya.

Dhia melirik senyum,ada rasa senang melihat situasi itu.

Bukan berseorangan tetapi bertiga bersama Haziq dan seorang lelaki yang penampilan cukup bergaya,berbadan tegap,berkulit putih kemerahan dan berkaca mata hitam.
Wajahnya persis dengan Tan Sri Isaac gumam Dhia dalam hatinya dan dia menekanya sendiri itu mungkin anak lelaki yang dimaksudkan kelmarin.

Dalam pada itu juga Dhia baru teringat wajah tampan itu pasti lelaki malam tadi yang bersama Haziq .
Oleh kerana malam tadi dia tidak terlalu memerhatikan wajah sebenar lelaki itu maka pagi ini dia tidak dapat mengecamnya dengan baik.

"uncle...ops..Tan Sri sila duduk" sapa Dhia ramah macam biasa.

Tan Sri Isaac mengangguk dan melebarkan senyum.
Dia membuka kerusi dan duduk begitu juga dengan Haziq dan pemuda itu.

"Danisha ok ker ni?"soal Haziq bila sebaik sahaja duduk dan melihat keadaan Dhia yang kelihatan pucat dan tangan masih berbalut.

" demam sikit bang..tapi kena kerja" jawabnya perlahan takut didengari oleh Mariah yang selalu menjadi pengintip setiap apa yang dia lakukan.

" tangan tu kenapa?" kini giliran Tan Sri Iskandar pula bertanya hairan.

"terjatuh Tan Sri"ucap Dhia sedikit canggung apabila ketiga lelaki di hadapannya seolah hanya memerhatikannya sahaja ketika ini.

"just call uncle..macam semalam" ujarnya sambil membetulkan duduk nya.

Dhia hanya mengangguk dan tersenyum.

Sempat dia mengalih pandangan pada pemuda tadi dan melebarkan senyum.

"uncle,abang Ziq dan...."

"oh lupa..ni anak uncle Raees.."
Dhia hanya mengangguk faham,sekilas dia memandang,wajah yang macho itu masih tertunduk memandang skrin telefon.
Entah apa yang disibukkan saat ini .

"nak makan apa?" soal Dhia lagi.

"bagi uncle mee goreng mamak hari ni,Raees nak makan apa?" tanya Tan Sri memandang ke arah anaknya yang masih leka menatap telefon.

"bagi abang macam biasa eh"jawab Haziq apabila tidak ada jawapan dari pemuda di sebelahnya itu.

"apa yang special sini?"soalnya mendongak dan membuka cermin mata dan meletakkan telefonnya di atas meja seketika.

Terpana Dhia seketika bila pandangannya bertemu dengan redup mata Raees.

Entah mengapa jantungnya berdegup kencang bila mata itu mula menatap galak bola matanya.

Raees masih teringatkan wajah itu,wajah gadis yang dia tolong dan wajah yang mula menghantuinya sejak malam tadi.
Tidak menyangka pula kembali bertemu di sini.

"err..bihun sup utara,nasi lemak,mee goreng,bihun goreng...kuih muih pun ada...semua special kat sini..encik Raees" ujarnya dengan gugup.

Malu sendiri bila ditatap begitu.

Deheman Tan Sri mengejutkan kami.

Dhia tertunduk malu dan berlalu dari situ.
Sehingga tidak sempat Raees meminta pesanan.

"kejap!!"Raees bangun menuju ke arah Dhia yang kembali memusing badannya terkejut bila dipanggil.

Raees menyeluk poketnya dan dihulurkan telefon kepada Dhia.

"phone awak kan?"Benda pipih itu diberikan kepada tuan empunya.

"hah...ooo...patutlah saya cari tak jumpa,terima kasih encik Raees..dan baju encik nanti saya bagi ya,saya dah basuh tadi ,jemur nanti kering saya pulangkan"teringat soal baju yang disarungkan ke badannya malam tadi.

"ok...emm...bagi saya mee goreng macam papa ya"

Sekilas Raees memandang ke belakang Dhia pula memanggilnya.

"lupa nak ucap terima kasih pasal malam tadi"

Raees hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"kenal ker?"tanya Tan Sri bila melihat anaknya mula bercakap dengan Dhia tadi,dia tahu sikap anaknya macam mana,bukan mudah untuk bercakap dengan perempuan lain selain daripada Melissa kekasih hatinya.

"tak kenal lah juga...pa...tapi pernah berjumpa ,Raees just pulangkan barang dia" jawabnya sepatah dan kembali menatap telefonnya.

Tan Sri cuma memandang Haziq dan mengangkat kening dan menggelengkan kepala.
Haziq pula cuma melebar senyum ke arah majikannya.
Tidak tahu akan ceritakan apa sekiranya majikannya bertanya soal perkenalan anaknya dengan Dhia.
Tapi untungnya Tan Sri Isaac tidak bertanya lebih.

Lebih kurang lima belas minit kemudian makanan yang dipesan sampai tetapi kali ini Farhan yang menghantar kan makanan bukannya Dhia.

"mana Danisha,Han?"soal Haziq bila tidak kelihatan Danisha keluar dari tadi.

"ada bang,tadi dia kata pening kepala sikit,muka dia pucat bang...dia minta saya yang hantarkan"beritahu Farhan.

Raees memasang telinga mendengar perbualan antara Farhan dan Haziq.

"iyakah?"agak risau juga dia bila tengok keadaan Dhia tadi pucat dan tak bermaya.

Farhan terus berlalu menghala ke arah pelanggan yang baru masuk.

"Ya Allah budak ni..yang kau tidur kat sini kenapa?"sergah Mariah bila lihat Dhia terbaring kaku di sudut dapur.

"hoi..bangun...bangun!! laung Mariah dengan suara yang agak kuat.

"ada apa makcik?"soal Farhan terkejut bila mendengar suara kuat Mariah yang boleh didengari sampai keluar.

"kau tengok ,budak ni..aku geram sungguh laa,dah la orang tengah ramai boleh pula dia terbaring kat sini" bebelnya.

"Danisha ,Danisha...bangun..bangun..",badan Dhia disentuh dan di kejutkan tetapi tidak ada respon sama sekali.

"Makcik...Danisha pengsan lah,badannya panas ni"ujar Farhan cemas.

Segera Farhan keluar mendapatkan Haziq tanpa memperdulikan tatapan mata Mariah dan sedang memandang hairan ke arah anak tirinya itu.

"abang Ziq tolong jap,Danisha...Danisha pengsan",tercungap-cungap dia datang ke arah Haziq.

"hah...Ya Allah..mana?"segera dia meletakkan sudu dan bangun.
Raees dan Tan Sri juga turut terkejut apabila mendengar berita itu .

Raees bangun membuntuti mereka ke ruangan dapur.

Beberapa kali nama Dhia dipanggil tetapi tetap tiada sahutan.

Muka pucat diwajah gadis itu jelas kelihatan.
Mariah yang turut berada di situ terkejut bila anak tirinya itu terdiam kaku.

"dah tepi,Ziq kita angkat dia ke kereta,bawa ke hospital" tanpa minta persetujuan sesiapa Raees terus mencempung badan Dhia yang kaku itu.

Semua yang ada agak terkejut tetapi menurut sahaja apa yang disuruh.

"kenapa ni?"soal Tan Sri hairan bila lihat anaknya membawa gadis itu ke kereta.

"pa,Raees dan Haziq bawa dia ke hospital kejap,dia pengsan"

"iyalah..nanti papa suruh Hamid ambil papa nanti"

Terus kereta meluncur laju meninggalkan kedai.

"ish budak ni..tak habis-habis menyusahkan aku,dah tu sapa yang nak masak?"bebel Mariah.

"Makcik lah masak,sapa suruh makcik dera Danisha sampai macam tu?"suara Farhan.

"kau diam..nanti aku senduk kan kepala kau"sambil menunjukkan senduk ke arah Farhan.

"padan muka,Danisha tak ada baru tahu" bisik Farhan.

Mariah menghela nafas geram,ada sahaja drama yang tercipta namun ada juga sedikit kerisauan di hatinya kini andai terjadi sesuatu terhadap Dhia pasti dia yang akan dipersalahkan.

" ah bukan aku kut yang buat dia pengsan", ucapnya sendiri dan segera menuju ke dapur setelah mendapat beberapa pesanan pelanggan yang disampaikan oleh Farhan sebentar tadi.

Memang susah hidupnya jika gadis itu tidak ada tetapi itulah setiap kali melihat wajahnya pasti dia tidak senang duduk ada sahaja celah untuk dia memarahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience