bab 4

Romance Series 33577

Sesampai sahaja di hospital terus Dhia diberikan rawatan.

Lebih kurang dua puluh minit barulah Dhia ditempatkan di wad biasa selepas pemeriksaan.

"macam mana doktor?"soal Raees pada doktor yang merawat Dhia.
Wajahnya kelihatan cemas,entah kenapa mula timbul perasaan hiba terhadap gadis muda yang baharu sehari dia kenal itu.

Haziq juga dapat melihat dengan jelas bagaimana Raees begitu cemas semasa mencempung Dhia masuk ke dalam kereta tadi.
Entah hanya dia yang perasan dengan kerisauan yang terpamer di wajah anak majikannya itu,namun Haziq bersyukur kerana lelaki itu sanggup membantu insan miskin seperti Dhia yang selama ini selalu diseksa oleh Mariah.

Haziq sudah biasa dengan situasi sebegini kelihatan tenang sahaja apabila melihat keadaan Dhia namun tidak kepada Raees saat ini.
Bermula malam hujan yang lebat malam tadi Raees tidak segan membasahi tubuhnya dengan hujan yang lebat dan pagi ini pula menolong Dhia lagi saat gadis malang itu jatuh pengsan.

Ternyata tidak semua orang kaya itu sombong seperti yang ditunjukkan oleh sesetengah orang.

Atau adakah Dhia adalah seorang perempuan maka Raees dengan senang hati menghulurkan bantuan fikir Haziq namun segera dia beristighfar dari terus berfikiran buruk terhadap Raees .

"Astagfirullahaladzim" gumamnya dalam hati apabila terdengar suara doktor sedang menerangkan sesuatu atas pertanyaan Raees tadi.

"tekanan darahnya rendah dan dia mengalami demam yang tinggi serta bahagian anggota badan budak tu,ada kesan lebam dan luka lama dan baru,tangan dan kakinyanya pula ada sedikit jangkitan...boleh saya tahu kenapa?"soal doktor yang bernama Sofia itu.

Haziq dan Raees berpandangan sesama sendiri.
Apa harus mereka nyatakan pada doktor Sofia sedangkan mereka tidak pasti apa yang berlaku.
Bukan juga tidak pasti melainkan tidak mahu memanjangkan cerita jika hal yang terjadi kepada Dhia malam tadi ataupun masalah yang sering Dhia dapat daripada Mariah sebelumnya.

Raees bungkam tidak tahu juga untuk ceritakan apa sedangkan dia sendiri tidak tahu hujung pangkal kisah hidup Dhia yang baharu sahaja dia kenal itu.
Jika benar kerana musibah malam tadi membuatkan Dhia demam dan pengsan kemungkinan juga namun hal yang dia tahu adalah sebab lain juga melalui cerita Haziq malam tadi kepadanya.
Tetapi buat masa ini dia tidak mahu ikut campur takut akan membuatkan Dhia terus disakiti.

'"maaf doktor kami tak kenal sangat dia,kami cuma terjumpa dia tadi dia pengsan jadi terus kami bawa ke sini" Haziq terpaksa berbohong takut nanti jadi kes polis sedangkan dia tahu semua itu berlaku sebab Dhia didera dan sebab utama juga adalah kejadian malam tadi.

Doktor Sofia mengangguk-ngangguk sambil meneliti fail yang berada di depannya .

" jadi ibubapa dia?"Haziq dan Raees spontan menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu padahal keduanya berbohong.

Tak sangka berbohong berjemaah pula tu.

"baiklah kalau macam tu saya keluar dulu ,kejap lagi bila dia sedar tolong bagi dia makan ya,dalam badan dia memang kekurangan zat makanan" keluh Doktor Sofia sebelum berlalu pergi.

Kedua lelaki itu menarik nafas lega melihat doktor Sofia berlalu meninggalkan mereka.

"macam mana ni Encik Raees,takut juga saya kalau jadi kes polis"Haziq pula merasa bimbang akan kejadian itu.

"tak pa...kita rahsiakan perkara ni dulu,yang penting kita kena,pastikan budak ni sedar dulu"

" sepatutnya hal malam tadi tu kita harus laporkan kepada polis" sambung Raees sememangnya masih tidak berpuashati kerana Dhia melarangnya untuk melaporkan hal memalukan itu kepada polis.

Haziq hanya mengangguk diam,benar apa kata Raees tadi tetapi banyak perkara yang terpaksa dirahsiakan sebenarnya.
Dhia ataupun Haziq sendiri memikirkan banyak hal tentang anak ketua kampung itu.

Mungkin kali ini Kamal dia lepaskan namun lain kali dia tidak akan bertolak ansur lagi gumam Haziq geram.
Baginya Dhia sudah dia anggap sebagai adiknya sendiri ,dia melihat Dhia membesar depan matanya bersama Fatimah adik kandungnya itu.

Segala kesusahan gadis malang itu turut mendapati simpati semua namun mereka mampu apa selain mendoakan agar ada sinar bahagia untuk Dhia suatu hari nanti.

Raees memandang ke arah sekujur badan yang masih kaku tanpa reaksi itu.

Wajah yang putih bersih,seorang gadis yang cukup cantik pada pandangan mata seorang lelaki,punyai kening yang terukir elok,mata bundar yang terpesona,bulu mata melentik semulajadi dan bibir yang merekah itu ditatap dan diperhati seketika dan tambah lagi manisnya adalah tahi lalat yang berada di pipinya itu.

"Encik Raees...Encik Raees"beberapa kali Namanya dipanggil oleh Haziq.

"ya...ada apa?"dia terkejut.

"tadi Tan Sri call,saya kena gerak dulu ni,Encik Raees nak ikut ker?"soal Haziq agak pelik melihat reaksi anak majikannya itu.

Memandang ke arah Dhia tanpa berkedip.
Haziq senyum sendiri,dia tahu sesiapa pun lelaki yang memandang gadis itu pasti ingin melihat berkali kali seperti juga dia,tapi dia sudah anggap gadis itu macam adiknya sendiri ,kawan kepada Fatimah.

"tak..awak gerak dulu,saya nak tunggu dia sedar,cakap dengan papa,oh ya awak ambil kereta tu,nanti kalau semua settle saya call awak" kunci diserahkan kepada Haziq.

"ok..kalau ada apa apa call saya" terus Haziq berlalu pergi.

Raees masih lagi termanggu memandang ke arah sekujur tubuh yang masih kaku di katil.

Dia menghampiri perlahan ,masih tidak puas merenung keindahan yang ada di depannya.

Malam tadi dia tidak sempat melihat dengan baik wajah gadis di depannya kerana malam yang suram dan hujan lebat.

Kalau benar gadis ini banyak melalui keperitan dan kesakitan dalam hidup macam mana gadis itu semua ini menghadapi semua ini.

"mak..tolong..tolong..sakit..sakit....maafkan Dhia..Dhia tak salah..sakit Mak" Raees terkejut dan tergamam seketika mendengar Dhia meracau racau sambil menangis dan airmatanya mengalir dalam mata yang terpejam.

"awak..awak...", dia cuba mengejutkan gadis itu,tetapi pantas Dhia memegang tangannya.
Dia terpaksa membiarkan kerana semua itu bukan dalam sedar.

Kelihatan Dhia terdiam senyap ,Raees membiarkan seketika dan apabila melihat tenang dan Dhia berhenti meracau baharulah perlahan tangannya ditarik.

Raees pergi meninggalkan Dhia apabila melihat gadis itu kembali terlelap.
Tujuannya adalah untuk membeli sedikit makanan untuk Dhia sekaligus sarapan untuk dirinya kerana tadi tidak sempat dia habiskan makanan di kedai Dhia.
Perutnya terus berbunyi minta diisi.
Raees berlalu pergi dari ruangan bilik yang menempatkan Dhia.

.......
..........

Perlahan mata dibuka,Dhia memandang sekeliling ,kelihatan jururawat sedang memeriksa air drip di tangannya.

"kak...",perlahan Dhia memanggil terasa kering tekaknya.

"oh..dah bangun...macam mana rasa?"soal jururawat itu.

"saya kat mana ni?"langsung Dhia bertanya dengan suara perlahan dan serak.

"kat hospital dik,tadi adik pengsan"

"sapa yang bawa?"soalnya hairan.

"tak tahulah...kak baru masuk kerja petang ni..nanti kak panggil doktor ya"jururawat itu terus berlalu,tak sempat untuk dia meminta air kerana tekaknya betul-betul sakit dan terasa kekeringan kerana haus.

Perlahan Dhia bangun melangkah untuk mengambil air yang berada di tepi katil.

Tiba-tiba terasa badannya melayang dan hampir tersandung.

"awak...",sepantas itu terasa pinggangnya di pegang.

Dhia tergamam dan terkejut,pandangan mereka bertaut seketika.
Dhia tahu siapa gerangan itu,lelaki yang menolongnya malam tadi,tetapi kenapa lelaki itu turut ada di sini fikirnya hairan.

"s..saya nak air" ujarnya perlahan.

"jap awak duduk dulu..saya ambilkan" Dhia di duduk kan kembali di katil.

"nah..awak nak makan?"soal Raees.

Dhia mengambil gelas yang berisi air dan minum.

Terasa,sikit kelegaan.
Dhia melihat hairan....semakin hairan dibuatnya.

"awak nak makan ,saya ada belikan bubur ayam kat kantin tadi"

"Encik Raees ker yang bawa saya ke sini?"tanpa menjawab pertanyaan Raees sekali lagi dia bertanya.
Raees tersenyum dan mengangguk.

"bukan setakat bawa dik,abang yang cempung kau",gumam Raees dalam hati nya.
Tidak berani menyatakan hal yang sebenarnya takut gadis itu tersalah sangka nantinya.
Ambil kesempatan dalam kesempitan,tambahan dia tahu gadis itu bukan gadis sembarangan yang bisa disentuh.

"ya..tadi awak pengsan kat kedai, saya dan Haziq bawa sini" terang Raees .

"terima kasih sebab dah dua kali Encik Raees selamatkan saya...aduh..." tiba-tiba perutnya terasa pedih dan sakit.
Dia menekan perutnya yang mula terasa keperihan akibat terlalu lapar.

"kenapa? sakit perut ker...awak kena makan sikit ni", mangkuk yang berisi bubur diberikan pada Dhia.

"tapi..." Dhia terpaksa menyambutnya kerana tidak mahu lelaki yang berada di depannya kecewa dan tambahan pula dia memang tidak makan apa-apa pun sejak tadi.

Akibat demam yang tinggi membuatkan dia pengsan.

"tak pa biar saya suapkan"Raees menahan sudu yang cuba Dhia raih dengan susah payah itu kerana tangannya berbalut serta sebelahnya lagi ada wayar drip Raees menawarkan diri untuk menyuapnya.

"Encik Raees...saya boleh"Dhia cuba berkeras menolak namun tidak berhasil.
Dia malu kerana berulangkali menyusahkan lelaki itu.

"tak...kali ini awak dengar saya ok...sampai bila awak nak seksa tahan lapar macam ni" suara Raees sedikit marah dan geram.

Dhia terpaksa setuju walaupun dia terasa malu.
Perlahan dia mengunyah dan menelan.

Kau rasa,apa? orang yang hanya kenal baru malam tadi duduk bersamanya sambil menyuapkan makan,malu..aduh tak terkata.

"dah...saya dah kenyang.."tolaknya lembut.

"ok..nah minum sikit"segelas air di suakan padanya.

Pintu dikuak dari luar dan kelihatan doktor Sofia datang diiringi seorang pembantu.

"cik...Dhia Danisha binti Razlan?" soal Doktor Sofia untuk kepastian.

Doktor Sofia dapat tahu nama Dhia kerana tadi sebelum keluar dari hospital sempat Haziq mendaftar nama Dhia di tempat pendaftaran atas permintaan jururawat yang bertugas.

"ya...saya"

" hmm...macam mana sekarang? dah ok..?" sambil membelek tangan Dhia.

"alhamdulillah rasa ok sikit"

" awak tahu sebab apa awak dimasukkan di sini?"

"saya cuma ingat saya demam dan pening"

"maaf kalau saya tanya...awak ada nak cakap apa-apa tak pasal luka-luka yang ada di badan awak semua ni",sambil menunjukkan di beberapa tempat di badan Dhia.
Ternyata Doktor Sofia masih tidak berpuashati dengan kenyataan Raees dan Haziq tadi.

Melihat daripada luka yang terdapat di badan Dhia,Doktor Sofia dapat simpulkan bahawa itu bukan luka biasa melainkan gadis itu didera.

Dhia mula menelan siliva,apa harus dia beritahu,yang dia selalu kena dera...tidak..tapi alasan apa yang perlu dia cakap atau perlukah dia ceritakan pasal kejadian malam tadi.

Tidak...tidak akan dia membuka aibnya malam tadi.
Peristiwa itu sudah cukup membuatkan dirinya mengalami trauma dan keaiban yang pertama kali dalam sejarah hidupnya

Dhia mula memandang Raees yang sedang duduk tidak jauh darinya seolah ingin memohon talian hayat.
Bantu dia untuk nyatakan atau lebih tepat lagi sama-sama berbohong.
Mana mungkin untuk dia nyatakan hal yang sebenarnya.
Tidak ...tidak mungkin hal ini pasti akan membuatkan Mariah akan bertambah membencinya.
Mariah mungkin membencinya namun tidak sama sekali dia berdendam .

Sakit tidak mengapa asal Mariah tidak terus berdendam kepadanya.
Raees tahu Dhia mesti ingin rahsiakan perkara itu.

"doktor boleh kita cakap sebentar" Raees mengajak doktor Sofia untuk ke tepi.

"Doktor saya rasa cik Dhia tak sedia nak cakap,jadi boleh tak jangan tanya soalan macam ni"

"tapi sebagai doktor saya perlu tahu macam mana dia boleh jadi macam ni"

" saya tahu dengan luka yang ada di badannya itu adalah bukan luka biasa kan,melainkan luka didera" sambung Doktor Sofia lagi.

"saya faham...dan saya juga tidak tahu akan hal tersebut...,tapi doktor tengok lah wajah dia macam takut jer kan..saya rasa tak perlu kut nak menakutkan dia"

Terdengar helaan nafas doktor Sofia dan seolah berfikir sesuatu.

" baiklah kalau itu saya faham..tapi saya harap kalau ada yang serius hal ini perlu laporkan pada polis,sebab saya rasa ni kes dera"

" terima kasih..saya akan cuba tanya dia sebab seperti yang saya katakan tadi kami belum kenal"

Doktor Sofia mengangguk faham apa yang cuba lelaki itu sampaikan walaupun pada hakikatnya dia tetap merasa sangsi akan hal tersebut.

Doktor Sofia kembali menghampiri Dhia yang sedang menunduk bermain dengan jarinya.

"baiklah saya tak akan tanya apa-apa mengenai luka ni..cuma saya harap lepas ni makan dengan teratur,sebab tekanan darah awak ni sangat rendah yang membolehkan awak akan selalu pening dan pitam"

" baik doktor,terima kasih, bila saya boleh keluar?"

"insyaallah petang ni..habiskan air ni dulu dan nanti nurse akan cabut wayar baru lah boleh discharge"Doktor Sofia terpaksa menyerah tidak mahu hal dipanjangkan jika itu kehendak pihak pesakitnya.

Dhia mengangguk dan Doktor Sofia berlalu pergi.

Raees memandang sayu ke arah Dhia yang masih tunduk dan terdiam.

"Dhia...boleh abang Raees tanya?"
Dhia mendongak dan agak terkejut bila Raees membahasakan dirinya abang.

"bolehkan kalau abang panggil Dhia?"

"hah....boleh...tak kisah...Dhia suka sebenarnya orang panggil Dhia" ujarnya .

Sudah lama rasanya dia tidak mendengar panggilan Dhia ,satu satunya orang yang memanggilnya Dhia adalah ayahnya .

"maaf kalau soalan abang ni nanti buat Dhia terasa..."

Dhia mengangguk dan membetulkan duduknya dengan menyandar di kepala katil.
Raees duduk di kerusi .

"kenapa Mak Dhia selalu dera Dhia sampai lebam macam gini"

"siapa yang cakap Mak yang dera Dhia?"

"Haziq..Haziq kata Dhia selalu kena marah dan kena pukul betul ker?"

Dhia terdiam dan menggigit kukunya.
Apa harus dia beritahu pada lelaki yang baru sehari berjumpa itu.

"Dhia...Dhia" panggilan Raees seolah di awangan.

"hah...boleh tak kalau Dhia tak jawab...abang Raees boleh past soalan lain?" soalnya sambil melebar senyum biarpun dalam hatinya terasa ketakutan.

"ada ker nak kena past-past soalan ,bukan exam"Raees pulak menempelak dia tahu Dhia cuba mengelak.
Raees tergelak sendiri tidak menyangka yang dalam sendu ada juga gurauan dari gadis cantik itu.

"Dhia tak nak jawab soalan tu susah....Dhia ok jer..Dhia sayangkan Mak,dia yang besarkan Dhia selama ini" ujar nya sayu dan tubir matanya mula bergenang.
Segera dia menyeka dengan belakang tangannya.

"ok..ok..abang tak akan tanya...abang faham...Dhia rehat lah.. abang ada panggilan kejap" kebetulan kedengaran telefon di sakunya berbunyi.

Dhia menarik nafas lega bila dia tidak perlu menjawab soalan itu.

Sementara Raees keluar dari wad,Dhia membaringkan diri .

"ya Allah macam mana lah nanti nasib aku bila balik..mesti mak mengamuk" getusnya sendiri.

Meskipun berada dalam keadaan segetir itu Dhia masih tetap memikirkan ibu tirinya itu.

Dalam hidupnya hanya ada wanita itu,biarpun seribu orang mencemuh dengan perangainya namun bagi Dhia Mariah adalah seorang yang boleh dianggap penyelamat hidupnya.

Seusia lima tahun dia berada di samping Mariah meskipun layanan yang wanita itu berikan tidak seperti ibu lain namun bagi Dhia,Mariah adalah yang terbaik buatnya.

Kesakitannya hari ini tidak perlu dia persoalkan sedangkan asbab Mariah lah dia mampu hidup sehingga kini juga dengan keizinan Allah mampu dia memanggil wanita itu dengan panggilan 'mak'.

Sudah beberapa minit Raees berlalu keluar dari ruangan tersebut meninggalkan Dhia sendirian dengan rasanya yang tersendiri.

" apa Mak akan marah ,sebab ini..." ucapnya lagi,kesakitan ini adalah biasa cuma dia tidak menyangka akan pengsan dan terpaksa dibawakan ke hospital dan tidak semenanya pula terpaksa menyusahkan orang asing yang tidak dia kenali secara khusus itu.

" kenapa dia tolong aku?" Dhia berterusan memikirkan hal tersebut sendirian,fikirannya juga semakin tidak tenang kerana bimbang pasti akan dimarahi oleh Marian,meskipun sudah lali dan terbiasa namun terkadang cuping telinganya juga tidak tahan dengan maki hamun Mariah.

Dhia sendiri tidak tahu sampai bila dia akan melalui situasi sebegini.
Ada rasa perasaan malu juga terhadap lelaki yang menolongnya itu sedangkan kelibat ibu tirinya tidak kelihatan menyusuli di sini.

Dhia tersenyum miring ,tergelak sendiri,mana mungkin ibu tirinya itu datang ke mari menjenguknya sedangkan setiap hari pun dia dilayan bagaikan kucing kurap jalanan sahaja.
Mana mungkin dia berfikiran terlebih sedangkan untuk bermimpi pun tidak terlintas ,hanya satu doanya setiap kali bersujud iaitu agar Allah bukakan pintu hati ibu tirinya itu berubah menjadi baik.

Biarpun tidak mendapat kasih sayang namun sekurangnya dapat jua dia menikmati masa bahagia bersama entah siapa suatu saat nanti akan pergi dahulu namun apa yang telah Mariah lakukan terhadapnya selama ini telah dia maafkan meskipun kesilapan yang sama terulang.

Sebagai manusia yang hanya duduk menumpang dia sedar diri tidak inginkan lebih dan hanya sekadar cuma.

Di saat dirinya masih kecil dan memerlukan kasih dan sayang seorang ibu hanya ada Mariah disampingnya.

Mariah memang kelihatan kejam di mata sesiapa pun tetapi bagi dirinya Maria seorang ibu yang mendidik dirinya menjad seorang yang tabah dalam mengharungi kehidupan.
Daripada Maria dia belajar erti sebuah kehidupan,dariapad Mariah dia tahu bagaimana menjadi anak yang kenang budi,daripada Mariah jual dia tahu baik dan buruk manusia itu.

Memang semua manusia idamkan bahagia namun jika tanpa keizinan daripada Allah semua orang pasti tidak akan menggapainya.
Begitu lah jua dengan dirinya ,inginkan bahagia namun derita yang dia dapat tetapi Dhia tetap yakin bahawa akan ada cahaya bahagia yang akan menyinari hidupnya suatu ketika nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience