bab 1

Romance Series 33577

Mengapa di cari Secantik Balqis andai diri tak secantik Sulaiman

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof ,jika kasih tak setulus Zulaikha.

Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim
andai diri tak sehebat Siti Hajar

Mengapa mendambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri.

Bimbinglah dirinya,terima lah kekurangan yang ada pada pasangan sebagai satu keunikan

.......
......

Dhia Danisha merenung jauh memandang sekumpulan kanak-kanak riang bermain di depan kedai .
Tersenyum sendiri melihat dunia kanak-kanak ribena ,riang ria tanpa ada secalit duka pada mereka.

Tapi kehidupannya tidak seperti mereka ini.
Ada duka dan airmata.

" hoi budak kau buat apa melangut lagi tu,datang sini ambik barang ni" sergahan suara umpama petir itu mengejutkan Dhia Danisha
Dadanya berdegup kencang,ada rasa takut sentiasa mencengkam rasa.
Segera pandangannya mati melihat beberapa kanak-kanak sedang riang bermain.

Senyumannya juga mati di situ.
Langkahnya dilajukan menuju ke arah suara Mariah yang memanggilnya dari tadi.

" aku suruh kau datang sini bukan nak suruh kau tengok budak-budak tu main...nah ambil ni..susun..."sebakul nasi lemak dan kuih-muih dihulurkan padanya.

Dhia hanya mengangguk dan menerima bakul yang dihulurkan kepadanya.
Sepantas kilat dia menyusun nasi lemak di atas meja bersama kuih muih.

" Mak." Dhia membuka mulut berhati-hati,menelan pahit liurnya dengan sedikit suara bergementaran.

" ada apa?" soal Mariah acuh seperti biasa tanpa memandang kearah Dhia anak tirinya itu.

" kalau Dhia nak pergi kerja boleh tak?" sambil tangannya ligat menyusun nasi lemak dan kuih yang masih lagi bersisa di dalam bakul.

Mariah tertoleh seketika dan ketawa sinis.

"kau nak kerja? kat mana? bandar?" soal Mariah seolah memerlinya .

"ya...Dhia nak cuba nasib...nak cari duit lebih"jawab Dhia berhati-hati,takut dimarah macam biasa padahal jika tidak bercakap pun dia pasti kena marah inikan pula memohon sebegini.

Mariah datang menghampiri Dhia yang beralih menyusun kerusi.

"hei pompuan..kau dengar sini,kalau kau tak ada sapa yang nak tolong aku kat kedai ni...kau ni memang tak kenang budi kan...baru habis belajar dah ada hati nak pergi jauh,kau ingat dengan rupa tak seberapa kau ni,dengan pelajaran setakat tingkatan lima,apa kerja yang boleh kau buat kat bandar tu!! sambil tangannya menunjal-nunjal kepala Dhia sampai terkena dinding.

"sakit,mak" Dhia mengelak tetapi ditariknya tudung yang dipakai Dhia sampai ke lantai.

Terhumban di situ,jatuh tersungkur.
Hanya airmata saat ini dapat Dhia Danisha alirkan.
Tudung bawal yang dipakai rapi tadi kini berantakan semuanya.
Begitulah setiap kali bila suarakan hasratnya pasti sakit yang dia dapat.

Untung masa itu pelanggan masih lagi tidak ada kerana masih awal kalau tidak mesti dia akan terasa malu.

Tetapi ini bukannya kali pertama dia disakiti oleh ibu tirinya itu,berkali-kali,boleh dikatakan seluruh badannya itu tidak ada sedikit pun ruang yang tiada calar dan lebam,muka,tangan,kaki seluruh badannya calar-balar.
Kulit putihnya menjadi kemerahan akibat luka dan sentuhan kasar Mariah.

Itu adalah situasi yang biasa baginya.

Setiap kemahuan dan hasratnya tak pernah tercapai,nak rasa bahagia jauh sekali.

"kau bangun...masuk dalam bawa keluar bekas tisu,apa semua tu...lepas tu ambik penyapu!! jangan berangan kau nak lepas pergi macam tu aja!!!laung Mariah pada anak tirinya itu yang mana terduduk menahan sakit dan menangis.

" dah la ada sorang pekerja pun selalu ajak cuti,kalau tak cuti lambat datang itu aja kerjanya" rungut Mariah .

Tanpa sepatah kata segera Dhia Danisha bangun mengikut arahan yang diberikan.
Airmata yang sempat tumpah tadi dilap segera menggunakan hujung lengan baju kurung yang dipakainya.
Tudung yang tadi herot dibetulkan kembali.

Dhia tahu jika dia meratapi apa yang terjadi pasti sekali lagi akan merasa lebih lagi.

Dhia bangun dengan pantas agar tidak ada lagi kemarahan yang terulang kerana tahu jika dia lambat mengikut arahan pasti sakit akan kembali.

" cepat!!" baru sahaja menguatkan kaki dan badan untuk berdiri suara laungan kembali kedengaran.

Dhia hanya mengangguk dan dengan pantas bangun dan melangkah melakukan kerja yang di arahkan kepadanya.

Dhia lebih rela membisu daripada bersuara kerana jika sedikit pun pasti ada yang salah bagi ibu tirinya itu.

"makcik,Danisha mana?"soal satu suara dari depan.

"ada,kat dalam..kau datang sini pagi-pagi nak ganggu dia buat kerja apa hal?"sergah Mariah.

" alah makcik ni...saya datang sini nak makan lah..salah ker kalau saya tanya mana dia?" Ashraf membuka kerusi dan duduk tak lupa juga memanjangkan leher mencari kelibat si gadis pujaan hatinya itu.

"makcik,air tea satu"pintanya.

"Danisha...kau buat apa lagi lama kat dalam tu,buat air kat Ashraf ni..macam biasa!" laung Mariah dari luar.

Dhia yang dari tadi terdengar perbualan mereka berdua langsung membancuh air tea panas yang Ashraf minta tadi.
Dhia pasti sudah hafal akan kebiasaan Ashraf apabila datang ke gerai mereka air itulah yang sentiasa dia minta dan jarang berubah menunya setiap hari.

"nah..."tanpa mendongakkan muka secawan air dihulurkan kepada rakannya itu.

" terima kasih" ucap Ashraf dan tersenyum.

Ashraf memandang sayu wajah Dhia Danisha,dia tahu pasti gadis itu baru sahaja lepas menangis.
Merah wajah Dhia saat ini sudah dapat Ashraf duga apa yang terjadi kepada gadis itu.

Ashraf hanya mampu memandang saat ini,nak ditegur takut si mak petir menyambar pula.

Dia hanya memerhati Dhia membuat kerja melayan pelanggan yang tidak putus keluar masuk.

"hei,Ashraf...kau ni datang daripada tadi lagi..tak reti nak pergi ker?"Mariah menyergah lagi.

"ish makcik ni...saya duduk sini lama pun tak boleh..dah lah ambik duit ni..baki simpan" sekeping duit lima ringgit diletakkan di atas meja,geram dan muak dengan kelakuan ibu tiri Dhia itu.

"eleh...setakat baki satu ringgit ,berlagak suruh aku simpan baki"duit di masukkan dalam poket apronnya.

" kalau makcik tak nak bak sini!!" pinta Ashraf memang sengaja dia lakukan itu .

" dah bagi mana boleh ambil balik" balas Mariah langsung berlalu dari situ.
Ashraf tergelak kecil melihat kelakuan Mariah yang sikapnya tidak ubah macam budak kecil.

Ashraf tidak langsung beredar sebaliknya sempat dia menegur Dhia Danisha yang sedang memunggah pinggan dan gelas.

"Dhia...mai Ash tolong"

"Ash...balik lah nanti Mak marah" bisik Dhia perlahan.

"alah..aku kan dah biasa dengar dia marah kan aku,biarlah"

Mariah dari tadi memerhati gelagat mereka,nak di marah rasa juga malunya apabila pelanggan masih lagi ada

"Ashraf"kami menoleh serentak.

"apa lagi pompuan ni" dengus Ashraf apabila melihat ke arah suara yang memanggilnya tadi.
Ashraf mencebik,namun gadis itu tetap menghadiahkan dia senyuman.

"tu si buah hati panggil..pergilah"terus Dhia berlalu ke dalam membawa pinggan dan gelas .

"ada apa ,Timah kau panggil Aku?"ketus Ashraf menunjuk mimik muka yang tidak suka terhadap gadis muda yang sebaya dengannya itu.

"Ish...selalu panggil aku Timah,Fatty lah.." Fatimah buat muka cemburut.

"dah nama kau Fatimah..."

"dengan aku bukan main lagi kasar ,tapi dengan budak cina tu boleh pulak kau panggil elok"

Dhia Danisha,gadis kacukan cina melayu,memiliki muka cina tetapi mata bundar yang cantik.
Siapa sahaja yang melihatnya pasti terpikat.

Ibunya seorang cina mualaf yang berkahwin dengan lelaki Melayu yang bernama Razlan iaitu ayah Dhia Danisha dan juga suami pada Mariah.

"Dhia keturanan cina,tetapi tetap ada darah melayu,ada juga sopannya,bukan kau.."ejek Ashraf sengaja untuk sakitkan hati Fatimah.

Tapi bagi Fatimah itu adalah perkara biasa baginya kerana apa yang Ashraf katakan hanya bagaikan angin yang lalu buat dirinya.

"yalah tu,jom temankan aku ke bandar..kan tak lama lagi kau dah nak pergi U..."

"malas lah aku,kau ajak lah kawan pompuan kau,ada ker ajak aku,tak manis lah"

"dengan aku tak manis,tapi dengan Danisha kau ok jer"

"mana ada aku pernah keluar berdua,jumpa kat sini jer,tu pun depan orang ramai"

"alah Ash,kau teman kan lah Fatty tu,kesian kat dia" Dhia memberi cadangan.

" kau pun? sokong ? kalau kau ikut sekali aku pergi,kalau tak,soryy"

"mana boleh,nanti Mak marah"

"Danisha,apa lagi yang kau bualkan tu,tak nampak ker pelanggan tengah ramai ni?!!" laung Mariah.

"kan..aku dah kata"segera Dhia berlalu ke arah pelanggan yang baru masuk.

Fatimah masih lagi dalam sesi memujuk Ashraf.

Laju Ashraf berlalu dan dikejar oleh Fatimah,Dhia memandang lucu,tergelak sendiri melihat gelagat rakan baiknya itu.

"untung nasib mereka boleh merasa semua itu" bisik Dhia dengan senyum yang kelat.

"Hoi,Danisha !! tak sempat nak khayal lama-lama,suara mak petir memecah gegendang telinganya.

"Ya Mak" segera langkah diatur menuju ke arah Mariah.

"kau tak nampak ker,tu ada pelanggan masuk,ambil order" arah Mariah sambil menunjuk ke arah pelanggan yang baru masuk ke kedainya.

"Ya ,ya Mak,Dhia pergi"segera Dhia mengatur langkahnya.

Kelihatan seorang lelaki cina yang lebih kurang berumur awal 50an berpakaian kemas serta berperwatakan menarik melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya di kerusi.

"ya,uncle nak minum apa,makan apa?" sambil tangannya memegang kertas dan pen menyapa ramah lelaki cina yang baru masuk itu.

"bagi uncle bihun sup,dan teh panas ya"balas lelaki itu sambil melirik senyum.
Di kedai Mariah memang terkenal dengan menu tersebut malah seawal pagi pun menu itu sedia dihidang .

"ok uncle"

Senyum manis kembali terukir di bibir wajah tua seorang lelaki itu,muka bersih ,pakaian pun bergaya.
Dhia dapat meneka bahawa lelaki itu pasti bukan orang biasa-biasa.

Seketika Dhia berlalu meninggalkan lelaki itu dan melangkah masuk ke dalam menyerahkan pesanan kepada Mariah.

"uncle orang baru kat sini ker?"soal Dhia ramah setelah makanan yang dipesan tadi dibawanya ke meja pelanggannya itu,itulah sikapnya mudah mesra,wajah yang tersembunyi sejuta kesakitan.

"ya,uncle ada buat projek homestay kat sini dengan anak uncle" sambil tangannya mengacau teh di cawan.

"ooo...yang kat depan tu...dekatlah dengan rumah kami" ujarnya ramah.

Tak sempat nak bertanya banyak si Mak Petir pula memanggilnya.

Hanya senyuman yang sempat diukir.

Senang si lelaki tua itu melihat gelagat lincah gadis muda itu .

Terdetik rasa senang di hati.
Teringat dia tentang seseorang yang sangat dia rindui selama ini,wajahnya persis gadis itu ,cantik,ramah dan lincah.

"hai Tan Sri,senyum sorang-sorang nampak" tegur lelaki muda datang duduk di depannya.

"Haziq,duduk lah..."pelawa lelaki itu.

"Danisha,bagi abang teh ais satu,nasi lemak dua" laungnya pada Dhia.

"ooo...jadi nama dia Danisha?"soalnya.

"mana?ooo...gadis tu,aah.."

Sejurus selepas itu Dhia datang membawa pesanan Haziq.

"wah abang Ziq...segaknya hari ni...ada nak ke mana ker?"tegur Dhia seperti biasa.
Haziq lelaki yang dia kenali dan juga merupakan abang kepada Fatimah sahabatnya itu.

"abang kerja Danisha...ni bos abang Tan Sri Isaac Iskandar Koo Abdullah" Tunjuk Haziq ke arah lelaki yang dari tadi tersenyum memandang ke arah Dhia.

" oh...muslim...sorry uncle saya ingat cina tadi.."ucap Dhia merasa canggung.

" hahah memang keturunan cina ....uncle pun tengok kamu pun macam cina tapi mata tak macam cina...campur?" soal Tan Sri Iskandar sambil meneka.

" dia kacukan Tan Sri,macam Tan Sri lah kahwin melayu dapat anak campuran" sambung Haziq sambil tergelak.

" oh patut pun....kebetulankan?"ucap Tan Sri Isaac yang merupakan pemaju perumahan dan juga kontraktor yang berjaya itu.

Seperti biasa Dhia tidak mampu berbual lama,terus saja namanya dipanggil.
Meminta izin dan terus berlalu.

Pandangan Tan Sri Isaac masih lagi mengiringi pemergian Dhia.

Entah kenapa ada sesuatu di hatinya saat terpandang wajah gadis itu.

" umurnya berapa?" tanya Tan Sri Isaac kepada Haziq yang sedang menikmati makanan di hadapannya itu.

" siapa? Danisha?" tanya Haziq yang merasa hairan akan pertanyaan majikannya itu dan melirik senyum.

Tan Sri Isaac mengangguk.

" ermm...baru lepas SPM"

" patutlah masih muda..." gumam Tan Sri Isaac,entah kenapa ada satu rasa yang tertarik di hatinya kini.

Bukan kerana melihat gadis muda itu namun seolah ada sesuatu yang menggamit memori.
Melihat wajah manis gadis itu telah memutarkan otaknya di masa lalu.

Wajah yang mirip seseorang itu membuatkan Tan Sri Isaac merasakan hal sedemikian.

", apa perempuan itu ibunya?"tanya Tan Sri Isaac lagi dan Haziq menoleh ke arah Mariah.

" ibu...itu bala...." jawab Haziq yang memang tidak menyukai sikap dan layanan Mariah terhadap Dhia selama ini.

Malah hampir satu kampung yang mengetahui bagaimana layanan Mariah terhadap anak tirinya selama ini.

Mendengar ucapan Haziq membuatkan Tan Sri Isaac mengerutkan dahinya.
Bingung seketika dengan bicara pekerjanya itu.

" ibu tirinya ..." sambung Haziq tahu bahawa majikannya itu pasti tidak faham apa yang dia cuba sampaikan.

" oh...patutlah wajah diorang tak sama"

" orang lain yang lahirkan dia Tan Sri mestilah tak sama kan" ucap Haziq sambil tergelak kecil.

Tan Sri Isaac hanya mengangguk dan tersenyum tanpa mahu bertanya lebih meskipun banyak perkara yang mula bersarang di fikirannya tentang gadis manis itu.

Haziq pula hanya meneruskan makannya manakala Tan Sri Isaac pula hanya tersenyum sambil matanya tidak lepas dari mencuri pandang ke arah Dhia yang sedang sibuk melayan pelanggan yang bertali arus datang dan pergi .

" apakah dia anaknya..." gumam Tan Sri Isaac sendiri.

Sejurus dengan itu telefon miliknya berdering.

" Raees" ucapnya dan segera menerima panggilan daripada anak lelakinya itu.

Haziq pula masih lagi menikmati makanan yang berada di hadapannya itu,hanya mencuri dengar perbualan majikan bersama dengan anak lelakinya melalui telefon itu.

"jom Haziq..anak saya dah sampai" ucap Tan Sri Raees .

",oh ok" segera Haziq menyudahkan makannya.
Sudah hampir lima tahun Haziq bekerja bersama dengan Tan Sri Isaac namun hanya pertama kali ini di ditugaskan bekerja bersama-sama dengan anak Tan Sri Isaac.

Dia sendiri tidak tahu sejauh mana anknya Tan Sri Isaac itu mampu bersama-sama menguruskan projek besar di utara ini.
Selepas membayar harga makanan yang dipesan tadi kedua mereka segera berlalu pergi.

" uncle pergi dulu" sempat Tan Sri Isaac menyapa Dhia saat berpapasan dengannya seblum keluar.

", iya uncle terima kasih ya,nanti datang lagi" balas Dhia sambil melirik senyum namun tidak juga berlangsung lama kerana dipanggil oleh Mariah.

Haziq dan Tan Sri Isaac langsung berlalu menuju ke keretanya manakala Dhia hanya tersenyum dari kejauhan melihat kereta yang dinaiki mereka melaju meninggalkan perkarangan kedai.

" Dhia!!!"Dhia hanya menghela nafas perlahan dan segera menuju ke arah panggilan itu.
Laungan yang sudah terbiasa dia dengar setiap hari.

Alhamdulilah akhirnya novel terbaharu senorita berjaya diterbitkan awal Ramadan 12/3/ 2024. Semoga pembaca budiman yang pernah membaca hasil nukilan Senorita sebelum ini akan menikmati penulisan ini sekali lagi.... Ratapan Dhia karya terbaharu senorita ini semoga mendapat sambutan yang baik seperti karya yang sebelumnya. Happy reading....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience