BAB 14

Romance Completed 8732

Kini sudah 3 tahun berlalu, Faiz telah Berjaya memegang segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan. Sekarang dia telah berkhidmat di syarikat yang telah banyak membantu dia suami isteri iaitu syarikat milik suami Prof Maidah. Namun, ada sesuatu yang masih belum terungkai. Aisyah tahu Faiz amat merindui mamanya namun rasa itu cuba disembunyikan Faiz.

“Assalamualaikum.. Aisyah Fairus mana?”

“waalaikumsalam, abang balik je terus tanya Fairus. Aisyah tak tanya pon.”

“lah, dengan anak pon nak cemburu.”

“haha, takde lah.. Fairus ada kat atas tengah main. Pergi lah naik.” Sebelum berlalu sempat Faiz melabuhkan ciuman di dahi isterinya.

“Fairus, anak baba… sini sayang..mana…” Faiz tidak jadi meneruskan panggilannya setelah terpandang raut wajah insan yang amat dirinduinya.

“Ma!!”

“Iz, mama nak minta maaf dengan kamu. Mama takda niat nak halau kamu dengan Aisyah dulu. Mama Cuma nak kamu Berjaya dan bahagia. Maafkan mama.”

“ma, tak perlu minta maaf. Mama tak pernah salah dengan Iz, Iz tahu mama buat semua tu for the sake of me. Iz rindukan mama.” Akhirnya Faiz lemas dalam pelukan mamanya. Kasih sayang yang dia rindui sekian lama.

“mama, cucu mama… Syed Adam Fairus Syed Khairul Faiz.”

“haha, mama dah main dengan cucu mama ni dari pagi tadi lagi. Mama dah jadi maktok. Dah tua lahh.”

“mama tak tua lahh, tapi awet muda.” Sampuk Aisyah .

“Aisyah sini sayang, terima kasih sangat sebab bahagiakan anak kesayangan mama ni, dan hadiahkan cucu yang comel sangat.”

“ni bukan anak Aisyah ma, anak abang sorang je. Abang asyik dengan Fairus je. Takda masa untuk Aisyah dah sekarang ni.” Usik Aisyah.

“ abang memang takda masa untuk Aisyah, tapi lekat jugak yang dekat perut tu. Dah berapa bulan ?” pantas Aisyah melekapkan tangannya keperut. Faiz memang tak pernah salah dalam menebak bentuk tubuhnya.

“betul ni Aisyah?” soal Syarifah Maziah meminta kepastian.

“hmm, dah 3 bulan Ma.”

“Alhamdulillah.”

Faiz memang tak pernah memanjakan dirinya. Apatah lagi bersikap romantik terhadapnya. Namun itulah suami yang sangat dicintainya.

Inilah bayaran cinta yang terindah buat diri Nur Aisyah. Menjadi seorang pelajar dan ibu dalam usia yang muda adalah bayaran bagi sebuah kebahgiaan yang Aisyah kecapi. Kebahagiaan bersama Syed Khairul Faiz.

“Ya Allah, jangan jadikan waktu ini masa terakhir bagiku bertemumu di dunia ini.. Sekiranya Engkau jadikan bagiku masa terakhir, maka gantilah surga untukku bersama kekasih hatiku, suamiku. Jadikanlah dia yang pertama dan terakhir, dan semoga kasih kami bertaut kukuh hingga ke syurga.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience