BAB 6

Romance Completed 8732

Kini, sudah dua minggu mereka menetap di rumah flat dipinggir kota Melaka. Kehidupan mereka kini mulai disimbahi sinar kebahagiaan. Bahagia walaupun tanpa wang yang melimpah. Aisyah sudah mulai melupai kesedihannya. Dia redha jika takdir menyatakan dia kehilangan keluarganya. Dan sudah semestinya ada hikmah disebalik semuanya. Kini, dia dikurniakan seorang lelaki merangkap kawan baik arwah abangnya sebagai suami yang menceriakan hari-harinya. Faiz masih menuntut di Universiti di Melaka dan melakukan kerja sambilan bagi menampung kehidupan mereka suami isteri.

“Assalamualaikum, Aisyah.”

“waalaikumsalam. Dah balik pun, nak air tak?”

“boleh jugak, haus ni.” Usai meletakkan air untuk suaminya, Aisyah memicit bahu Faiz yang kelihatan agak penat. Aisyah merasakan dirinya agak pusing namun sudah tugasnya bagi melayan Faiz. Faiz kini sungguh berbeza, dia lebih matang dalam mengatur arah perkahwinan mereka meskipun dalam usia yang muda.

“baiknya kau. Ada apa-apa ke ni?”

“kenapa? Aku tak boleh buat baik dengan kau? Ke kau dah bosan dengan aku?”

“haha, touching la pulak dia. Aku gurau jelah tapi seriously aku rasa ada sesuatu yang kau nak bagitahu aku, kan?”

“aku memang tak boleh simpan rahsia kan? Okay lah, sebenarnya aku dapat tawaran sambung belajar.”

“wah, congrats! I’m proud of you!” seraya itu satu kucupan hinggap didahi isterinya.

“tapi aku rasa macam nak tolak je tawaran tu. Banyak duit lah nak pakai kalau aku further study. Cukup kau sudahlah belajar. Aku boleh kerja, tolong kau. Aku boleh..” Kata-kata itu mematikan senyuman yang terukir dibibir manis Faiz.

“Aisyah, stop.”pekik Faiz menyentakkan Aisyah. Belum pernah Faiz semarah itu.

“aku taknak dengar lagi semua tu keluar dari mulut kau. No matter what, kau kena study jugak, biarpun aku kena berjaga siang malam kerja untuk biayai pembelajaran kau, aku sanggup.”

“tapi Faiz, cukuplah aku dah susahkan kau.”

“Aisyah, dengar sini.. benda ni untuk masa depan kau. What if one day aku dah takda? Benda ni akan bantu kau untuk survive.” Tanpa Faiz sedar, kata-katanya telah mengguris perasaan Aisyah. Aisyah berlari ke ruang tamu sambil menangis.

“kau memang tak sayang aku, Faiz ! kau memang tak sayang aku ! ” Aisyah berkata saat Faiz memeluk tubuhnya dari belakang.

“Aisyah, aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku dan jangan pernah persoalkan itu. I’m sorry okay? Maafkan aku,please?” pinta Faiz sambil memusingkan tubuh isterinya. Air mata yang mengalir dipipi Aisyah diseka lembut. Kedua pipi Aisyah dikucup mesra.

“Astagfirullahalazim… apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Siang hari pon buat maksiat…” Faiz yang mendengar suara lantas memalingkan wajah bagi mencari arah suara tersebut. Matanya menangkap wajah beberapa lelaki asing yang memakai kopiah dipintu rumah yang sedari tadi terbuka.

“encik semua ni siapa ye?” soal Faiz saskartik. Rasa marah dan geram kerana dituduh sebegitu.

“kami JAIS, kami dapat aduan bahawa..” belum sempat salah seorang lelaki berkopiah itu menghabiskan ayatnya, Aisyah sudah berlari ke dapur. Dia memuntahkan kembali makanan yang dimakannya pagi tadi. Masuk yang ini, sudah 2 kali dia muntah. Terasa ada tangan kekar yang mengosok belakang tubuhnya.

“are you okay, Aisyah? Nak pergi klinik tak?”

“nope, it so okay.” Kata Aisyah sambil memaksa dirinya untuk tersenyum dihadapan Faiz. Terlupa sebentar akan tetamu yang tidak diundang mereka.

“ehh, mana orang-orang tadi?”

“aah, lupa pulak, jom ke depan!” Faiz memimpin Aisyah yang dilihatnya lemah yang jelas kelihatan melalui senyuman hambar tadi.

“mengandung ke?” soal salah seorang dari lelaki berkopiah itu sambil tersenyum sinis. Faiz tidak langsung menjawab pertanyaan itu. Dia menolong Aisyah untuk duduk di kerusi.

“mengandung ke tak itu urusan kami. Ada apa encik semua ni ke mari? Rasanya saya takda buat apa-apa salah kat kawasan ni.” Tanya Faiz panjang lebar.

“kami terima aduan bahwa encik berdua ni berduaan dalam rumah ni tanpa ikatan yang sah.”jawab lelaki yang memakai tag nama Zaidi.

“ye, memang kami berduaan dalam rumah ni tapi tak salah rasanya sebab kami ni suami isteri.” Faiz menjelaskan hal yang sebenar kepada mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience