BAB 10

Romance Completed 8732

Sudah dua bulan Aisyah bergelar mahasiswa dan dua bulan jugalah Faiz bekerja di syarikat milik suami Prof Maidah. Gaji yang ditawarkan juga berbaloi dari gajinya bekerja di syarikat percetakan. Hubungan antara Haziq dan Aisyah juga agak rapat. Haziq tidak putus-putus mencuba memikat Aisyah. Hanya Aisyah yang tidak menghiraukannya.

“Aisyah, kau memang sukakan Haziq tu ke? Aku tengok lain macam je dia dengan kau? Mana ada kau situlah ada dia.” Tanya Faiz kasar. Tahap kesabarannya selama ini telah sampai ke kemuncak.

Dia akui rasa tanggungjawabnya terhadap Aisyah telah berubah menjadi rasa cinta yang mendalam sehingga tak mampu diluahkan lagi. Yang dia tahu dia perlukan Aisyah disisinya selamanya.

“apa ni Iz? Aku tak ada apa-apa dengan Haziq lah. Kau kenapa ni?”

“kalau takda apa-apa kenapa kat mana korang selalu berdua? Kenapa dia pandang kau semacam je?”

“aku tak tahu.”

“Aisyah, kau isteri aku. Aku taknak kau ada apa-apa hubungan dengan Haziq atau mana-mana lelaki sekalipun, faham!”

“Iz, aku sedar aku ni isteri kau. Aku takkan curang dengan kau. Aku sayangkan kau sebab kau suami aku. Cuma kau je yang tak sayangkan aku. Kau tak pernah anggap aku isteri kau. Kau tak pernah sentuh aku!” Aisyah menangis. Faiz yang terkelu mendengar kata-kata Aisyah lantas memeluk Aisyah.

“ Aisyah,aku pernah cakapkan dengan kau, jangan pernah pertikaikan sayang aku pada kau. Kau isteri aku dunia akhirat. Aku tak sentuh kau sebab aku ingat kau tak sedia lagi dan aku taknak paksa kau untuk terima aku.”

Dan malam itu menjadi milik mereka. Itulah kali pertama Faiz menyentuh Aisyah dalam erti kata yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience