BAB 3

Romance Completed 8732

“ibu, ayah ,abang, kenapa tinggalkan Aisyah? Mana Aisyah nak pergi? Dengan siapa Aisyah nak mengadu? Aisyah nak ikut ibu. Aisyah dah takde masa depan.” Luah Nur Aisyah dikuburan keluarganya.

“aku ada. Aisyah, aku ada benda penting nak bincang dengan kau.” Itulah kali pertama Faiz seserius ini apabila berhadapan dengan Aisyah. Selama ini, Aisyah hanya mengenali lelaki itu sebagai seorang yang kuat menyakat, poyo, perasan tapi baik hati. Namun sekarang apa yang dilihatnya adalah dari sudut yang berbeza bagi lelaki yang bernama Syed Khairul Faiz.

“Aisyah, ada sesuatu yang aku simpan selama ni. Suatu janji antara aku dengan abang kau. Janji yang tak mungkin aku abaikan.”

“janji apa?”

“janji aku untuk jaga kau bila dia takde.”

“hah?”

“aku sendiri tak tahu, tapi itu permintaan terakhir dia dari aku. Dan, harini aku jumpa kau untuk aku tunaikan permintaan arwah. Aku nak kau jadi isteri aku.”

“Faiz, aku faham niat kau tapi tak perlu korbankan masa depan kau untuk aku. Aku boleh cari jalan hidup sendiri dari susahkan kau.”

“Aisyah, susah hidup aku bila kau susah. Masa depan aku akan hancur kalau masa depan kau hancur. Susah aku, sakit aku atau apa-apa pun biar aku yang tanggung asalkan kau sanggup jadi isteri aku.” Tanpa dapat ditahan, mutiara jernih mengalir melalui lekuk pipi Aisyah.

“Faiz, kita masih muda, hidup kita masih jauh. Kau baru 19 and aku baru 18 tahun. Macam mana study kau?”

“kan aku dah cakap itu semua aku akan uruskan. Aisyah, kau mahu kan jadi isteri aku yang sah?”

Maka termeterailah ikatan suci antara Aisyah dan Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience