BAB 6

Romance Completed 5419

Hinggalah satu hari, Za call ayah Zam, dan Za mintak contact number Zam. Za dapat contact Nizam balik. Za bahagia Zam. Tapi tak sangka, ia bagaikan mimpi ngeri. Panggilan telefon daripada seorang wanita yang memaki Za kerana kacau Nizam cukup membuatkan jiwa Za tersentap. Za hanya diam. Lantas Za menghilangkan diri dari Zam sekali lagi. Biarlah, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk Za bersama Nizam.

Za ingin menjadi wanita yang tabah. Setabah Rabiatul Adawiyah. Lantas Za menjalani kehidupan tanpa cinta daripada lelaki. Hati Za yang begitu lembut sebelum ini bertukar menjadi sekeras kelikir.

Za hanya mampu berdoa seandainya Nizam adalah jodoh yang terbaik untuk Za. Za harap Nizam akan kembali kepada Za. Tuhan itu Maha Kaya Zam! Setelah enam tahun, kini Za telah jumpa kembali dengan Zam.

Namun dalam situasi yang berbeza. Hati Zam telah dimiliki. Kata Zam, cinta pertama sukar untuk dilupakan walaupun semahal manapun cinta yang hadir selepas itu. Apa makna kata-kata itu, sedangkan Zam sendiri sudah berpunya. Terasa begitu bodoh diri ini, menanti bagaikan orang gila. Sedangkan Zam sudah ada pencinta yang setia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience