BAB 2

Romance Completed 5419

“Zam suka Za. Zam suka lihat wajah Za.”

‘Za hanya diam. Hahha lelaki! Tak der kerja lain.’

Za hanya bermonolog didalam hatinya, tapi Za juga cintakan Nizam. Macam mana Za nak simpan perasaan ini. Za tak boleh tewas. Za tak mahu perasaan cinta yang lali itu akan merosakkan hidup Za. Zam terlalu baik untuk Za. Biarlah, semoga satu hari nanti cinta Za dan cinta Nizam tetap akan menjadi satu.

Dalam kita enak menjalinkan persahabatan, ada saja badai yang datang melanda. Tapi kenapa Zam tak pernah faham dan mengerti. Alia sangat cintakan Nizam. Dan Za sanggup berundur demi sebuah persahabatan.

Zam tahu tak macam mana sakitnya hati ini taktala diri ini dihina dan di caci oleh Alia dihadapan rakan-rakan yang lain. Maruah Za dicalar, kehormatan diri Za dirobek dan kesabaran Za dicabar!! Sanggupkah Za untuk terus bertahan.

Hanya Za sendirian yang menanggung perasaan malu itu. Zam apa faham. Zam hanya lelaki yang hanya tahu ada perasaan pada Za, tapi Zam tak pernah cuba untuk mengerti tomahan yang datang melingkari perhubungan kita.

Zam, dalam usia begitu muda, bagi Za cinta itu terlalu mentah untuk di angkat. Tapi kerana cinta Nizam, Za menjadi kuat dalam diam. Biarpun Za tak pernah mengungkapkan kata cinta, sayang dan terima Nizam dalam hidup Za, tapi Za harap Zam faham dengan segala reaksi Za.

Kalau Za tak sayangkan Zam, Za takkan layan Zam tau tak!! Za sanggup curi memandang wajah Zam tanpa Zam sedar, padahal Zam selalu merenung wajah Za walaupun Za seringkali marah dengan tindakan Zam tu. Zam tahu tak betapa bahagianya Za ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience