BAB 7

Romance Completed 5419

Antara redha dan tidak, antara suka dan duka, Za terpaksa lepaskan Zam untuk kali yang ke tiga dalam hidup Za. Hebat benar pengujian Tuhan untuk Za. Kini, Za merasakan cinta bukanlah lagi sesuatu yang bermakna untuk hidup ini. Lantas Za berdoa pada Tuhan, Biarlah Za hilang cinta Nizam, tapi Za tak mahu hilang cinta Tuhan.

Andai kata Zam terbaca nukilan ini, anggaplah ia hanya sekadar desiran dari hati insan yang cukup terluka. Zam, andai benar menyintai Zam adalah satu dosa besar dalam hidup ini, Za sanggup tanggung dosa itu buat seumur hidup Za kerana menyintai Zam. Tapi apakah benar semua ini akan mendatangkan kebahagiaan untuk Za. Salam yang penuh manis untukmu Zam. Semoga Nizam mampu membina kehidupan yang harmoni bersama mawar terpilih.

Perlahan-lahan Za menyapu air matanya. Seraya itu juga Za mengulung surat itu lalu memasukkannya kedalam botol dan di lemparkan ke dalam laut yang dalam. Biarlah segala kedukaan ini hilang bersama hilangnya segala memori yang ingin Za buang. Walau apapun perjalanan hidup ini, Za kan teruskan tanpa ragu-ragu lagi. Mengalah bukan bermakna kita kalah, tapi Za tahu kemampuan diri Za setakat mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience