BAB 4

Romance Completed 5419

Pagi-pagi Za sudah siap nak pergi ambik result. Tapi sayang Za tak boleh juga berjumpa dengan Nizam. Nizam nak tahu kenapa???? Semasa Zam panggil Za, Za memang nak pergi jumpa dengan Nizam, tapi Ma kawan kita tak mahu pergi. Ma malu dengan kawan-kawan yang lain. Result SPM Ma teruk. Ma takut semua kawan-kawan kita tanya. Zam tahu tak??? Dengan linangan air mata, Za hanya mampu melihat Zam memanggil Za dari jauh.

Derita hati hanya Tuhan yang tahu. Za tak dapat jumpa Nizam, sedangkan wajah inilah yang Za rindu siang dan malam. Sejak peristiwa itu, hubungan Za dan Ma goyah. Za mula menjauhkan diri Za dari Ma, sampaikan semua ahli keluarga Za perasan Za tak bersembang dengan Ma. Semua bertanya kenapa dan mengapa. Tapi Za takder jawapan yang cukup mantap untuk Za jawab, lantas Za hanya diam menanggung kesakitan itu didalam hati Za.

Ikhlas Zam, sampai sekarang, Za belum dapat memaafkan kesilapannya pada Za. Kerana dia, Za dan Zam terpisah jauh oleh jarak dan waktu. Bukan seperti yang Zam katakan, Zam tinggalkan Za, sebab Za yang tinggalkan Zam. Sejak itu, Za tak tahu kenapa hati Za begitu keras untuk memaafkan kesalahan dia. Biarlah segalanya Tuhan yang menentukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience