Bab 3

Romance Series 10968

Ohhhh.. “

“So, aku rasa masalah antara kita sudah selesai. Anyway, I hope next time you need to be careful if anything like this happen again.”Dengan nada yang Agak sinis Adrian berkata kepada Irina.

Irina membulatkan matanya.’Eh Mamat ni…. Memang nak aku naik angin ke? Kang terbang kasut saiz lima kat muka handsome dia ni. ‘

Demi mengelakkan sebarang kasut bersaiz lima terbang hinggap ke muka jejaka di hadapannya ini,Irina hanya menganggukkan kepalanya membalas ayat pedas Adrian.Hatinya masih boleh bersabar.Jika dia terus mengikut perasaan yang sedang terbakar, hah memang kenalah!

Kening Adrian terangkat sedikit melihat reaksi Irina yang tidak sedikit pun menunjukkan perasaan marah. Tidak pernah lagi dia berjumpa dengan mahkluk bernama perempuan yang dapat bertahan dengan mulut ‘lasernya’.Irinalah gadis pertama yang dapat bertahan.

Bibir merah semerah delima yang terbentuk elok milik Adrian mula mengukir senyuman kecil.’This year is gonna be so much fun dengan adanya gadis robot ni’desis hati Adrian.

“Wei Rina, mulai sekarang kita jadi kawan. Aku harap kau tak kisah.”Adrian menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Irina.

Irina hanya memandang kosong tangan Adrian. Dia kemudian memandang wajah Adrian semula.”pertama, ya kita kawan. Kedua, saya langsung tidak kisah pun, malah saya berbesar hati menerimanya and lastly, saya tak berjabat tangan dengan orang bukan muhrim saya. Maaf”kemudian Irina menundukkan badannya ala-ala gadis Jepun.

Adrian termalu sendiri. Dia menarik kembali tangannya semula.”It's okey. No need to apologize.Aku pun salah jugak. Tak hormat privasi kau. By the way, kau tahu tak dekat mana bilik guru? “Segera Adrian menukar topik perbualan mereka.

“Tahu.Awak pelajar baru ke?”Irina  berasa hairan dengan pertanyaan yang diajukan oleh Adrian. Setahunya, hampir kesemua pelajar Einstein Private School tahu dimana letaknya bilik guru.Well obviously, rata-rata guru yang mengajar di situ gemar meminta pertolongan pelajar membawa buku ke bilik guru. Salah seorang mangsanya tak lain tak bukan dirinya sendiri.

“Yup, hari ini aku baru bertukar.”jawab Adrian dengan ringkas. Malas mahu mengulas lebih lanjut dengan gadis yang baru dikenalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience