bab 7

Romance Series 10968

Keadaan kelas 4 Azalea yang tak ubah seperti zoo haiwan tidak sedikit pun mengganggu tumpuan Irina terhadap buku latihan Matematik Tambahan. Dia memang sedia maklum yang kelasnya merupakan anatar kelas yang paling bising dalam Tahun 4.Hinggakan rata-rata guru yang mengajar kelas 4 Azalea seakan-akan sudah pasrah dengan kelas yang diajarnya. Mujurlah para pelajar 4 Azalea mempunyai pencapaian akademik yang terbaik dalam Tahun 4 termasuklah Irina yang sering menduduki carta tempat pertama dalam setiap peperiksaan.

Pintu kelas 4 Azalea tiba-tiba diketuk dari luar. Semua tumpuan para pelajar termasuk Irina kini memandang pintu kelas dengan pandangan hairan.Mereka sedia maklum yang pada waktu itu tiada guru yang akan memasuki kelas mereka kerana pada waktu itulah para pelajar diberi masa untuk belajar sendiri hingga loceng akhir berbunyi.Takkanlah guru disiplin membuat lawatan secara mengejut kot? Itulah apa yang difikiran oleh para pelajar 4 Azalea.

Namun sangkaan mereka meleset sama sekali. Rupa-rupanya Mrs.Wong, atau lebih tepat lagi Miss Devil Wear Prada. Mengapa? Kerana Mrs.Wong merupakan salah seorang guru yang paling kejam dan subjek yang diajar nya juga amatlah mendera mental rata-rata para pelajar yang bersekolah di Einstein Private High School iatu Matematik Tambahan dan dia gemar memakai kasut tumit tinggi berjenama prada berwarna merah menyala.Miss Devil Wear Prada melangkah masuk ke kelas 4 Azalea dengan gaya catwalk.

‘Aduhhh, apa lagilah yang Miss Devil Wear Prada ni nak? Tak cukup ke latihan yang dia bagi kat kita semalam? Crap, kau dah siap? “Tanya pelajar perempuan yang duduk di sebelah Irina dengan nada yang cemas.

Irina hanya mengangguk kecil. Baginya, latihan yang diberikan oleh Mrs. Wong (tak tergamak untuk memangil guru tersebut dengan nama gelaran yang diberikan oleh para pelajar) tidaklah banyak mana. Cukup untuk mengisi masa lapangnya disamping memberi peluang untuknya mencipta formula baru.

Pelajar perempuan tersebut mencebik. “Tch, I almost forgot… you're robot girl right? Always finish something that impossible for us…a normal students who can't really do that” dengan sinis gadis tersebut membalas anggukan Irina. Entah mengapa hatinya sakit melihat setiap kejayaan yang Irina dapat. Perhatian, kebijaksanaan, kepercayaan dan kecantikannya melampaui dirinya. Dia tak mahu mengiyakan kekalahannya kerana Irina hanyalah gadis yang datang dari keluarga miskin!

Irina tidak sedikit pun tidak berasa marah. Baginya setiap kutukan yang dilemparkan kepadanya seperti sehelai daun yang boleh ditiup angin lembut. Biarkan,lambat-laun mereka akan bosan.

Pelajar perempuan itu mengetap bibirnya. Geram dengan reaksi yang Irina berikan. Seakan-akan tidak apa yang berlaku. Hati dia pulak bertambah sakit!

“Class, for your information today you guys will having another student to join our class.Please welcome to our new student… “Mrs.Wong terhenti seketika. Dia memandang ke arah pintu kelas dan mengeluh perlahan.

“Adrian, janganlah macam ni. At least show yourself to your new classmates.”

Para pelajar 4 Azalea terkejut. Mana tak nya,for the first time in their life, Mrs.Wong cakap bebaik macam gaya seorang ibu penyayang? Ajaib!

Irina pula terkejut mendengar nama yang disebut oleh Mrs.Wong. Adrian? That Adrian? Nononono… It couldn't be. But maybe?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience