Bab 2

Romance Series 10968

“KANAN!! “jerit lelaki misteri yang sedang berlari menuju ke arahnya. Seperti memberi isyarat bahawa dia perlu beralih ke arah tersebut.

Segera Irina mengalihkan dirinya ke sebelah kanan seperti yang diarahkan walaupun dirinya masih dalam keadaan kebingungan. Tanpa semena-mena, sebiji batu sebesar penumbuk orang dewasa melintasi di sebelah kepalanya. Kedudukan batu yang dibaling itu adalah kedudukannya sebelum dia beralih ke sebelah kanan.

“Kau okey tak? “Tanya lelaki misteri yang mungkin sebaya dengannya secara tiba-tiba. Kehadiran lelaki misteri itu sedikit sebanyak mengejutkan Irina.

“O-okey. Saya okey,”balas Irina yang masih berasa terkejut. Baginya, segala yang berlaku bergerak dengan sangat pantas. Otaknya masih memproses maklumat tentang perkara yang berlaku sebentar tadi.

Lelaki misteri itu mengeluh kelegaan.Namun untuk seketika, sebelum dia menukar riak wajahnya.

Dia memandang Irina dengan pandangan yang tajam.”Kau tak nampak ke batu tu tadi? Kalau kau tak mengelak, dah lama kau cedera tau?! Nasib baik aku sempat berikan amaran”kemarahan lelaki misteri membuatkan Irina terkedu.

Dah kenapa lelaki ni? Aku manalah tau ada batu tadi. Yang dia ni nak emo tak tentu fasal kenapa pulak? Bukan dia yang hampir kena.Desis hati Irina kegeraman.

“Ya betul, saya tak nampak pun ada batu masa jalan tadi. Oh, and for your information, saya sangat terhutang budi atas jasa awak selamatkan saya. Kalau tak entah apalah yang berlaku dekat saya kan?”dengan tenang Irina membalas setiap soalan yang diajukan oleh lelaki misteri itu sambil memandang tepat wajah yang putih bersih tanpa cela.Pada pengamatannya, lelaki misteri di hadapannya ini boleh dikategorikan sebagai jejaka berwajah kacak seperti pelakon korea dengan  berketinggian 180cm,ditambah lagi matanya yang berwarna hazelnut.Sayangnya,wajah yang kacak dan Mata yang menggoda itu memandangnya dengan pandangan yang tajam setajam pedang yang menusuk terus ke hatinya.Pedih!

Untuk seketika lelaki itu terdiam.Riak wajahnya kembali dingin. Sedingin kutub utara.”Baguslah kalau kau tak apa-apa. Anyway,perkara yang berlaku tadi, aku harap kau tak hebohkan dekat sesiapa pun.Faham? “Tanya lelaki misteri itu dengan nada yang serius.

Irina hanya menganggukkan kepalanya.Sebelum dia beredar dari situ baru dia perasan, yang dia tidak tahu nama lelaki misteri yang telah menyelamatkan nyawanya.”erm, siapa nama awak? Saya Irina”tanyanya, cuba untuk meredakan keadaan yang semakin terasa bahangnya.

Lelaki misteri itu hanya mendiamkan diri. Dia tidak terus membalas pertanyaan Irina. Hanya memandang wajah Irina sahaja sebelum bersuara, “Adrian. Nama aku Adrian”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience