Bab 1

Romance Series 10968

"Irina! “

Irina yang sedang berjalan menuju ke perpustakaan segera memberhentikan langkahnya. Dia mencari-cari siapakah yang memangil namanya. Dari kejauhan, Fiz yang berlari-lari anak mengejarnya segera mendapatkan Irina.

“I-Irina… Cikgu….Cikgu Zaf… nak… “dalam kepayahan, Fiz cuba untuk menyudahkan ayatnya.

Irina yang melihat keadaan rakannya yang tercungap-cungap, menghulurkan botol mineral yang baru dibelinya sebentar tadi di kantin kepada Fiz tanpa sepatah kata.

Botol mineral bertukar tangan. Fiz segera menyambut botol mineral yang diberikan lalu meneguk air itu dengan laju. Air sejuk mengalir laju membasahi tekaknya yang kering. Setelah degupan jantungnya kembali normal,Fiz mula membuka mulut, “Irina, cikgu Zaf nak jumpa awak di bilik pengetua sekarang juga. Ada hal penting katanya” dia cuba untuk mengekalkan muka yang serius apabila berhadapan dengan Irina. Bukan dia tidak kenal gadis yang berada disebelahnya ini. Irina tidak suka berurusan dengan orang yang tiada hal yang penting untuk dibincangkan.

“Baiklah. “

Sebelum Irina mengorak langkah meninggalkan Fiz, sempat jejaka itu menahannya, “Terima kasih sebab berikan saya botol mineral awak. Next time, saya belanja. “Irina hanya mengangguk perlahan. Dia cuba untuk memberikan senyuman kepada Fiz namun gagal. Dia hanya mampu berikan ekspresi muka yang kosong dan serius seperti kebiasaan.

Fiz meneguk air liurnya. Bulu romanya segera menegak. Terasa seram sejuk dengan reaksi yang Irina berikan kepadanya. ‘Aik, Minah ni marah ke? ‘Fikirnya.”Errrr, ada apa yang awak nak bincangkan dengan saya sebelum pergi jumpa pengetua ke? “Tanya Fiz dengan takut-takut.

Irina menggelengkan kepalanya. Tanpa separah kata, dia segera berlalu pergi dari situ.

*********

Great! Just great! Sekarang Fiz pun dah takut dengan kau. Kenapalah kau nak cuba berikan dia senyuman? Muka kau tak sesuai pun nak senyum. Ish, sedarlah diri tu sikit! ‘Bebel Irina kepada dirinya. Tak sudah-sudah dia menyalahkan dirinya kerana membuatkan Fiz, salah seorang rakan yang Agak rapat dengannya sejak mereka memulakan tahun keempat sebagai pelajar di Einstein Private School menjadi takut dengannya seperti rata-rata para pelajar yang lain.

Dia mengeluh perlahan. Kenapalah dia susah sangat nak senyum? Tak, kenapalah dia langsung tidak boleh nak senyum? Bertubi-tubi soalan menjengah fikirannya. Menyoal ketidakupayaannya untuk senyum.

Dalam keadaannya yang kurang menumpukan perhatian di mana arah tujunya ketika itu, tanpa dia sedari dari kejauhan seakan-akan sesuatu atau lebih tepat lagi seseorang sedang meluru laju ke arahnya.

“KANAN!! “jerit lelaki misteri yang sedang berlari menuju ke arahnya. Seperti memberi isyarat bahawa dia perlu beralih ke arah tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience