BAB 15

Romance Completed 85084

Haura tersentak dari lamunan selepas mendengar bunyi tarikan brek tangan dari Naufal menandakan mereka telah pun sampai ke destinasi yang diperkatakan oleh Muaz.

Mata Haura memandang sekeliling dan membulat.

'Starbuck?!' jerit Haura dalam hati.

'Ya Allah, punyalah banyak tempat makan kat sini Starbuck juga yang dia orang nak pergi? Ingatkan nak makan nasi campur masak lemak daging salai ke nasi kandar Kapitan ke sedaplah juga.. Hai, memang taste mana-mana CEO dan orang-orang kaya ni lepak kedai macam ni eh? Sabo jela Haura..'

Dalam fikiran Haura cuma satu. Kalau masuk Starbuck ni, yang dia tahu cuma kalau order air adalah nama kita tertera dekat cup tu lepas tu bolehlah tangkap gambar acah-acah budak hipster yang baru nak up. Dapat banyak 'like' katanya kalau post gambar begitu di media sosial. Nak menambahkan riak pun boleh juga. Tapi, pada sesetengah orang kafe macam ni ada value.

'What you pay, that is what you get'. Good place, good people and good environment so its create good vibes among the goods.

Haura mengikut jejak langkah Muaz dan Naufal ke dalam. Berdasarkan cara order Muaz dan Naufal, betul-betul nampak yang dia orang ni pelanggan tetap kafe ni. Haura? Jangankan masuk, nak lalu lintas depan kafe macam ni pun jauh sekali. Haura dah tak senang hati. Matanya sepantas kilat menghadam segenap menu yang terpapar di atas kepalanya. Nak order apa ni? Aduh! Malunya tak tahu apa-apa dan tak pernah cuba apa-apa pun!

"Haura nak order apa? Muaz belanja." Muaz tersenyum nipis.

Haura menelan air liur. Matanya tak lekang dari papan menu itu. Kalau boleh tembus agaknya sudah tembus sampai ke kedai belakang agaknya. Melihat harga air sahaja boleh naik gila. Ini harga belanja makan untuk sehari dua tahu tak.

"Err.. Apa eh? Apa-apa jela Muaz. Haura okay je." Haura hanya mampu tersenyum kelat. Berharap Muaz akan tolong dirinya yang berada di dalam kesulitan ini.

"Muaz orderkan Haura Java Chip Frappucino. Okay tak? Makanan Muaz dah orderkan."

"Okay, Haura tak kisah pun." Satu perasaan yang meronta tadi telah hilang lesap dek Muaz dah selamatkan Haura dari malu selama setahun mungkin bertahun-tahun juga sebab tak reti buat pesanan dekat Starbuck! Air kerapu cino apa tadi? Whatever!

Muaz memilih tempat duduk yang agak tersorok. Kerusi dan mejanya bagai sebuah partition dinding dengan meja yang lain.

'Wah! Mewah juga dalam ni ya. Moden dan simple tapi aura dia lain macam. Dengan aku aku sekali feeling orang kaya harini. Okaylah, bukan selalu dapat rasa hihi..' Haura berkata dalam hati.

Haura duduk berhadapan dengan Muaz manakala Naufal mengambil tempat sebelah Muaz. Dua buah dulang diletakkan atas meja. Ada beberapa sandwich dan kek untuk dijamah.

"So? Macam mana Haura rasa harini?" Muaz bersuara sambil mengagihkan minuman masing-masing.

'Haa? Rasa apa pula dah ni? Main rasa-rasa pula. Banyak rasa segan adalah.'

"Err.. Happy? Hehe.." Haura tersengih tanpa sebarang makna.

"Tu lah.. Muaz pun happy sebenarnya kita cuma perlu tunggu gambar siap then dah boleh launching bisnes kita ni alhamdulillah Allah permudahkan kerja kita semua.."

"Alhamdulillah. Semoga semuanya berjalan lancar." Haura turut tersenyum.

"Good job guys! Confirm laju sale korang nanti.." Naufal pula menegur. Belum apa-apa dia dah minum air dia dulu. Dah baca bismillah ke belum entah.

"Okay, dah settle fasal kerja kan sekarang kita chill-chill je okay. Different topic!" Muaz memberi cadangan selepas meneguk kopi ais susu pilihannya.

Haura juga mengacau beberapa kali air yang dipilih oleh Muaz kerana agak creamy. Ternyata sedap sangat dan kena cita rasa Haura yang suka coklat. Macam mana dia boleh pilih air coklat ni? Ada telepati lagi ke apa?

"Haura bila nak kahwin?" tanya Muaz spontan.

Uhukks!

Tersedak kecil Haura dibuatnya. Bagai terngiang-ngiang soalan Muaz di telinga Haura. Banyak gila topik boleh cerita, hal nikah kahwin ni juga yang ditanya. Ditanya oleh bos sendiri pula tu. Mahu tak cepumas nak jawab?

'Jap! Asal Muaz tanya macam ni? Kalau aku kahwin cepat dia tak nak pekerja yang dah kahwin ke? Atau dia tanya sebab saja nak trick aku supaya bila dia tahu aku ada seseorang so dia takkan suka kat aku? Tapi tak mungkinlah seorang Muaz Addin akan suka dekat Haura Medina. Diterima sebagai kawan macam ni pun aku dah bersyukur sangat. Perasan jelah kau ni Haura..'

"Hmm.. Kalau ada orang yang nak nanti kahwinlah." Haura jawab disertai gelak kecil. Memang cari fasal betullah buat kenyataan macam ni! Dibuatnya atuk umur 90 tahun atau anne bangladesh mari nak kat Haura tak ke naya namanya tuuuu..

"Tak kanlah tak ada orang nak kat Haura? Mesti ramai peminat ni. Tak pun jual mahallah tu." selamba kongkang je Naufal mencelah.

"Yelah, tak kan tak ada yang suka kat Haura kot?" Muaz menyambung.

"Entahlah.. Complicated.." Haura cuma mengangkat bahu dan tersenyum nipis. Terpaksa buat-buat minum untuk hilangkan rasa berdebar sebab pertanyaan Muaz tadi.

"Haura reti masak?" Muaz bertanya dengan riak yang ingin tahu.

'Ah, sudah! Soalan cepumas apa lagi ni? Hello, ni sesi interview nak cari bakal isteri ke? Segannya lahai nak jawab depan dua ketul lelaki ni.'

"Sikit-sikit tahulah masih belajar. Tak pandai sangat pun. Kenapa ya?" Haura terpaksa jawab begitu kerana dia tidak mahu orang meletakkan expectation yang tinggi walaupun dia sememangnya boleh saja masak pelbagai jenis lauk dan kuih. Mak Sal dah ajar memasak ni dari zaman sekolah lagi. Nak kahwin bila-bila pun tak ada masalah. Yang jadi masalah sekarang ni adalah dengan siapa nak dikahwinkan tu. Yelah, ni bukan macam cerita novel nak kahwin dengan lelaki kaya, kerabat Tengku atau anak raja then hidup bahagia ever after.

"Ohh nothing. Okaylah kalau ada niat nak belajar masak." Muaz mengangguk sambil menggigit sandwich tunanya.

"Betul tu! Perempuan sekarang kalau reti masak telur goreng pun dia dah rasa hebat dah.." Sampuk Naufal sambil menghirup air green teanya. Haura dan Muaz mampu gelak sinis sahaja.

"Haa, korang tanya ni korang tu pula bilanya nak kahwin?" Puas hatinya dapat dilemparkan semula soalan cepumas sebegitu. Geram punya geram tak sedar dah hampir licin Haura menikmati kek red velvetnya.

"Samalah, kalau ada yang nak nanti kita orang kahwinlah." Muaz dan Naufal dah tergelak-gelak.

'Wah, senang betul hidup ya.. Suka hati tiru jawapan orang dah kenapa? Penat aku kerah idea nak sebut ayat tu tau..'

Haura gelengkan kepala. Penat nak layan.

"Weh, Muaz! Fiq bila balik sini?" tanya Naufal.

"Minggu depan tak silap aku.." Ujar Muaz seraya menoleh melihat Haura.

"Haura, nak tau tak? Nanti kawan baik Muaz dah nak balik Malaysia. Dia baru habis belajar. Muaz dah brainwash dia supaya kerja dengan Muaz. Hish, tak sabarnya nak jumpa dia.."

Haura hampir terkekek mendengar. Lelaki kalau kawan baik, memang macam ni ke mengalahkan perempuan?

"Oh iya? Dia belajar kat mana?" Haura ingin tahu juga.

"Jordan. Dia kawan dari sekolah lagi. Masa dia cuti semesta, Muaz pergi sana tengok dia. Lepas tu, sajalah belanja dia jalan-jalan bercuti kita orang tour satu Eropah. Masa tu zaman Muaz baru belajar pegang duit, syoklah travel sana sini pergi tempat orang." Muaz tersengih mengenangkan memori mereka di luar negara.

"Wah, bestnya korang! Haura tak pernah pergi luar negara. Dalam Malaysia pun tak habis pusing." Tiba-tiba satu perasaan malu datang menerpa. Lelaki-lelaki yang dia kenal semuanya hebat-hebat belaka. Belajar luar negara, ada bisnes itu ini sedangkan dirinya masih jua tiada hala tuju memikirkan entah apa nasibnya akan datang. Bak kata orang, masih struggle untuk membuat pilihan antara maggi kari atau asam laksa untuk masak malam nanti. Haih, kerasnya hidup ini.

"Ala.. Nak join nanti jomlah kita pergi sama-sama. Tunggu bisnes kita stabil sikit okay.." Muaz tersenyum ikhlas.

Haura menganggukkan kepala. Tidaklah mengharap tetapi hatinya cukup senang mendengar pelawaan Muaz itu.

Haura nampak Muaz memang ikhlas. Tapi janggal pula rasa. Muaz terlalu baik. Kalau terlalu rapat dengan Muaz ni siapa sahajalah yang tidak terpikat? Dahlah gentleman, baik hati, pemurah. Namun dia layan semua orang sama. Tak mungkin dia boleh suka Haura. Haura senang dengan sikap Muaz. Tak sangka wujud lelaki kaya yang baik. Tapi kalau dah kaya tak kan pula tidak enjoy sana sini? Tak ada main perempuan? Ke lakonan semata je dia orang ni? Entah-entah ada sisi gelap yang Haura tak pernah tahu. Mungkin. By the way, keep husnuzon please!

Manusia memang macam-macam jenis dan ragam. Cuma, sentiasalah berdoa agar dipertemukan dengan orang yang baik-baik dan dijauhkan dari orang yang berniat jahat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience