PC 2: MENYAMPAH!

Romance Completed 80411

Aku takkan
Lelah menunggu
Hingga waktu
Ajal menjemputku

Takkan pernah ada
Sesalku untuk
Menunggumu
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti
Aku berbaring

Sampai mati aku
Akan tetap menunggumu

Ingin ku gapai bulan
dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua
hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya
Cintaku kepada dirimu

Ku ingin kau tahu
tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu
besarnya cinta padamu

Ingin ku berikan
sisa waktuku
Dan sisa umurku
sampai mati..

[ Tentang perasaanku - Irwansyah ]

-flashback-

Sudah hampir setahun Haura mengenali abang Ammar. Perasaan sayang dan cinta mereka semakin hari semakin mekar. Mekar dengan suburnya di hati.

Disebabkan mereka masih bersekolah Haura betul-betul tidak mahu hubungan cinta mereka ini akan menjejaskan pelajaran. Dan, yang paling Haura mahu dalam dunia ini ialah Haura tidak mahu sesiapa pun tahu akan hubungan cinta mereka.

Kenapa?

Sebab Haura seorang yang sangat pemalu. Pemalu yang amat! Tapi, Ammar pula sebaliknya. Beza mereka macam langit dengan bumilah katakan. Sifat Ammar lebih terbuka dan gila-gila. Bukan gila yang betul-betul itu ya err..

Dalam perpustakaan sewaktu rehat. Haura, Farah dan Wani sedang mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan yang bakal tiba.

Wani meletakkan pensel di atas meja lalu memandang Haura dan mahu bertanya sesuatu yang ralit bermain di akal fikirannya.

"Haura, kau dengan Abang Ammar itu ada apa-apa ke? Tak kanlah sebagai abang angkat je?" tanya Wani.

Farah segera menoleh pada Haura dan menyampuk.

"Yalah, Haura kita orang tengok lain macam je kau dengan dia. Pagi je, mesti datang jalan sama-sama. Balik pun dia tunggu kau juga nak jalan sama. Lepas itu, bila terserempak dengan kau je mulalah pandang-pandang kau tersengih macam kerang busuk!" bebel dari Farah.

Wani cepat-cepat membalas. Sekadar menambah api untuk bergosip.

"Kalau kau orang status adik abang angkat je tidak apalah. Kalau kau orang bercinta.. aku rasa eii tidak sesuailah weh. Kau itu jenis budak baik, budak nerd, pakai spek, pakai tudung labuh kulit putih melepak pula aduh. Abang Ammar itu pula, famous kat sekolah ini walaupun tidak berapa nak pandai tapi aktif persatuan sana sini. Badan tegap, tinggi handsome itu erm bolehlah cuma hitam manis itu macam Remy Ishak. Bayangkan kalau kau orang kahwin nanti dah macam warna tahi cicak tahu! Perangai dia pun macam masuk air semacam. Aku takut dia nak permainkan kaulah Haura. Mestilah dia suka budak perempuan yang hot, banjir dan famous je kan Farah?" luah Wani panjang lebar.

Farah mengangguk-angguk.

"Erm, betul itu Haura. Kita orang risaukan kau je. Bukan nak halang kau berkawan dengan dia pun.." bela Farah.

Haura mengeluh kecil dalam hati.

Ya, inilah antara sebab kenapa Haura tidak suka dan tak nak orang tahu yang dia sedang hangat bercinta dengan jejaka pujaan sekolah. Baik kawan, cikgu mahupun keluarganya sendiri. Rimas dengan soalan-soalan yang bakal buat dirinya sesak lalu tidak cukup nafas nak memikirkannya.

Haura memandang sayu buku latihan Geografi miliknya, mengetap gigi lalu beranikan diri untuk menjawab semua soalan cepumas dari mereka. Entah kenapa, hati Haura diselubungi rasa sedih dan bersalah terhadap Ammar. Haura tidak mahu orang mengata Ammar, orang yang dia sayang dan cinta sebegitu rupa.

Haura menelan air liur dan tersenyum tawar.

"Kau orang jangan risaulah aku mana ada apa-apa dengan Abang Ammar itu. Dia abang angkat je pun. Jumpa kat sekolah je memanglah jalan sama-sama. Dah kau orang jalan dengan pakwe kau orang aku jalanlah dengan Abang Ammar itu alang-alang. Abang Ammar itu baiklah. Kau orang tidak payah risau yang penting kita fokus exam nak dekat dah ini. Tidak payahlah fikirkan benda ini sangat." terang Haura untuk memujuk kawan-kawannya.

"Okay. Bukan apa, gosip fasal kau dengan Abang Ammar ini sampai cikgu-cikgu dalam bilik guru pun tanya aku tadi." Wani mencapai satu botol dan meneguk air masaknya.

"Hah? Cikgu tanya apa? Macam mana dia orang tahu?" Haura gelabah kejap.

Wani mengeluh kecil.

"Yalah, kau kan dari kelas atas Abang Ammar itu dari kelas bawah. Cikgu dok tanya akulah kau orang ini couple ke ada apa-apa ke atau kawan je? Takut kau lalai dengan dia lepas itu kau abaikan pelajaran. Kau itu dahlah pelajar harapan sekolah, pelajar kesayangan para cikgu mahu tidak risau cikgu-cikgu itu tengok kau berkawan dengan lelaki macam itu?" Wani buat jelingan maut siap.

Haura telan air liur buat kali kedua.

Dibiarkan soalan-soalan Wani tadi digantung tanpa tali.

'Aduhai, kalau sampai cikgu pun dah perasan kira parah ini! Malunya aku. Aku tidak sukalah kalau cikgu anggap cinta aku terhadap Ammar itu akan merosakkan masa depan. Eii, tidak sukaaaa!' rengus Haura dalam hati.

Krinngggg...

Masa rehat telah pun tamat. Mereka berkemas untuk masuk ke kelas semula. Begitulah rutin Haura dan rakannya setiap hari. Dia sedar kawan baiknya itu cuma mengambil berat terhadap dirinya. Namun, adakala tidak semua hal yang berlaku dalam hidup ini harus diceritakan pada manusia yang lain. Cukup sekadar ada. Cukup.

-end flashback-

Swipe screen.

Haura merasakan berat sekali ibu jarinya ini nak reply WhatsApp Abang Ammar itu. Jauh di lubuk hatinya, dia pun rindu nak ada someone yang boleh dia ambil berat. Yang boleh disayangi dan dicintai. Yang boleh dia meluahkan apa-apa rasa di hati. Yang pasti someone yang boleh dia mesej dan call bila-bila masa!

Tapi, itu dulu. Satu kenangan yang terindah dan ia juga satu pengalaman pahit yang buat Haura sedikit trauma dengan insan yang bergelar lelaki. Jadi, sekarang Haura yang cantik manis ini single mingle okay!

Haura pun baca satu persatu mesej yang diterima.

Ammar

Assalamualaikum Haura..

Haura sihat?

Abang minta maaf, abang rindu Haura.

Rindu sangat-sangat. Tolonglah maafkan abang. Please...

Kita mulakan hidup baru ya!

Maafkan abang sayang..

Abang tidak boleh hidup tanpa Haura.

Abang sayang sangat kat sayang..

Satu keluhan berat keluar dari mulut. Mata Haura dipejam rapat. Kalau boleh nak je padam semua ingatan tentang Abang Ammar ini. Tapi Ya Allah, tidak mampuuu!

Dibiarkan WhatsApp Ammar itu berlalu dengan blue tick sahaja.

"Haih, malas nak layan!" Haura mendengus perlahan. Mood pun dah ke laut dalam ini tidak ada selera nak sambung cerita tadi jadi Haura terus menutup komputer ribanya dan berbaring di atas katil sambil memandang kipas siling yang ligat berputar.

Tretttt...

Tretttt...

Tretttt...

Satu getaran bunyi meronta-ronta daripada telefon bimbit Haura. Haura melihat skrin lalu nama Ammar dibaca. Haura biarkan sahaja. Penat.

Tretttt...

Tretttt...

Tretttt...

Bergetar lagi.

Tretttt...

Tretttt...

Tretttt...

"Aduh! Apa hal mamat ini asyik call-call je tengah malam buta macam ini. Ish, orang dah tak nak itu tak naklah. Tidak faham bahasa ke apa?" Haura bengang.

Tit..

Abang akan call sampai Haura jawab!

Itu ayat yang meniti di bibir Haura seusai mesej dari Ammar itu dibaca. Mata Haura terbeliak geram.

'Apa patut aku buat ini? Nak angkat ke tidak? Nak angkat ke tidak? Nak angkat ke tidak? Alamak, macam mana ini eh? Tidak angkat nanti sampai ke subuh kang dia call. Aku kenal Abang Ammar, kalau dia kata macam itu memang dia akan buat jugalah begitu..' bisik hati Haura.

Gundahnya hati Haura sambil mundar-mandir keliling bilik. Sebelah tangannya memegang bantal peluk sebelah tangan lagi kemas memegang handphone Vivonya.

"Hello, Haura!" suara garau seorang lelaki kedengaran.

"Hah, nak apa?!" tanpa sebarang salam, Haura main terjah terus.

"Abang nak sayang.. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang tak nak kita macam ini sayang. Please, Haura terima abang balik.." rayu Ammar dengan sayu.

Haura melepaskan keluhan.

"Boleh tidak jangan kacau hidup Haura lagi? Tolonglah, Haura tidak suka Ammar dah. Berapa kali nak cakap? Kita dah tiga tahun putus. Tiga tahun! Carilah perempuan lain. Masing-masing buat jelah hal sendiri. Haura tidak boleh terima Ammar lagi. Please move on, dah dahlah itu!" gertak Haura.

Sejak ikatan cinta yang terbina itu putus di tengah jalan, Haura sudah tidak panggil 'abang' lagi. Sekadar nama Ammar sahaja buat lelaki itu. Cukup. Rasa hormat terhadap lelaki itu pudar dan menghilang seperti pepasir di tepian pantai.

Tanpa sempat Ammar menjawab, Haura sudah letak panggilan.

Benci!

Dah itu kenapa angkat?

Sayang?

Dah lama dah hilang perasaan itu.

Habis, perasaan apakah ini?

Haura lekas berjalan untuk mengambil wuduk lalu dia menunaikan solat. Hatinya akan lega selepas mengadu pada yang Maha Esa. Tidak kisahlah berapa lama dia berendam air mata di atas sejadah ini. Hanya ini sahaja tempat mengadu yang dia ada sebab dia tiada bahu sesiapa pun untuk bersandar!

Tidak mungkin Haura akan ceritakan pada Mak Sal. Tidak mungkin juga dia ceritakan hal ini pada adik-beradik. Tidak mungkin juga nak cerita pada Hani. Hani terlalu baik sebagai kawan. Sangat-sangatlah baik. Dia tidak perlu tahu apa yang berlaku pada tiga tahun lepas.

Perit rasa hati ini cuma tuhan yang tahu. Dan, biarlah juga Haura dan Ammar sahaja yang tahu rahsia di antara mereka.

Puas dan penat Haura menangis. Dilipatnya telekung dan sejadah dengan kemas. Mata yang melangut ini dah mengantuk tahap dewa ini. Sekali lagi Haura melihat jam di dinding menunjukkan sudah pukul tiga pagi. Okay, dah patut tidur sekarang ini. Nasib baik Haura masih belum bekerja. Duduk rumah ini adalah berkebun sikit-sikit tanam anggur, jagung, keladi, cili dan macam-macam lagi.

Ya, hanya ada di sebalik mata.

Lebih tepat, penganggur!

Haura membaringkan diri di atas katil. Memujuk hati agar terus reda dan menerima. Berharap hari esok tiada lagi nama Ammar. Tidurlah mata. Mimpikan putera raja yang turun dari kayangan itu lagi bagus bukan?

Harapnya, menjadi realiti..

Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience