PC 4: SEORANG HERO

Romance Completed 80411

Seusai bersalaman dengan penyambut tetamu yang merangkap ibu dan kakak Malik itu, Haura dan Hani menuju ke lif untuk ke tempat letak kereta. Mereka terpaksa parking kereta di basement aras dua kerana kebanyakan tetamu sudah mula memenuhi tempat letak kereta ini sebelum majlis bermula lagi.

"Hani, kau pergi kat kereta dulu boleh tidak? Aku nak singgah tandas sekejap. Minum air banyak sangatlah ini tadi. Kena sejuk aircond pula lagi nak terkencing rasa." Haura menceceh.

"Err, kau okay ke aku tidak teman ini?" Hani ingin kepastian.

"Aku okay, jangan risau sekejap je aku pergi ini." Haura menepuk lembut lengan Hani.

Hani mengangguk.

"Kalau macam itu okaylah aku tunggu kat kereta tahu. Ada apa-apa just call ya!" Hani mencari kunci keretanya di dalam beg tangan bertali panjang miliknya.

Haura melambai Hani agar pergi dan terus meneruskan langkah mencari tandas. Haura menapak mengikut tanda arah yang ada. Belok kanan. Belok kiri. Terus masuk ke satu pintu akhirnya barulah sampai.

'Jauh juga eh tandas kat sini. Terpencil pula itu. Nasib baik siang Haura. Kalau malam ini hish memang meremang bulu roma, segala bululah jawabnya. Aku lagi sanggup tahan membuang sampai ke rumah!' gumam Haura dalam hati.

Selesai tugas menggunakan tandas Haura mencuci tangan. Sempat juga dia betulkan tudung bawal satin hitam yang dipakainya. Seorang wanita separuh usia yang menggunakan tandas waktu itu telah pun berlalu pergi. Tinggallah Haura kini keseorangan.

Baru sahaja kakinya keluar dari pintu tandas, tiba-tiba Haura terdengar satu suara yang agak garau.

"Hai, cantik!" sergah lelaki itu.

Seorang lelaki pendek dan sedikit gempal terpacul di hadapan batang hidung Haura.

Haura tersentak lalu menoleh ke arah lelaki tersebut. Dada Haura turun naik berdebar kerana tidak mengenali langsung lelaki itu dan paling dia tidak suka adalah panggilan terhadap dirinya sebentar tadi.

'Hai cantik!'

Terngiang-ngiang di hujung telinganya. Nak kata salah dengar, Haura pasti dia sudah punya banyak masa untuk mengorek telinga agar tidak begitu tuli.

"Y.. Ya?" balas Haura tanpa sedar.

'Aduh, kenapalah aku bersuara?! Mulut ini kan tidak ada insurance hayat betullah!' bentak Haura dalam hati.

"Seorang je ke? Marilah ikut abang kita check in kat atas. Mesti seronok." Lelaki hitam manis itu tersenyum nakal sambil matanya tidak berhenti melihat Haura ke atas dan ke bawah.

Ya, Haura tahulah ini hotel. Serta-merta merah padam muka Haura selepas mendengarnya. Jantung Haura berdegup kencang selepas menghadam apakah maksud lelaki itu.

Chop!

Chop!

'Lelaki ini.. lelaki ini kan yang Hani tunjuk tadi kat majlis Malik. Kenapa dia ada kat sini? Dia ikut aku sampai ke sini ke? Okay, aku kena lari sekarang kalau tidak habis, matilah aku!' Haura berkira-kira.

Tapi, kaki Haura bagaikan terlalu berat hendak melangkah. Mungkin terkejut atau terlalu takut untuk membuat sebarang pergerakan drastik.

"Jomlah ikut abang sayang! Abang akan bagi service 5 star punya!" Lelaki itu tertawa kecil sambil dia mendekati dan menarik kedua tangan Haura sepantas kilat.

Pap!

Haura terkejut! Sangat-sangat!!

"Tak nak! Tolong, lepaskan! Tak nakkkk!" jerit Haura.

"Sakitlah! Aku tak nak ikut kau! Lepaskan akuuu!!" Haura merayu sambil bergelut.

Haura berganjak ke belakang sedikit demi sedikit sambil cuba untuk melepaskan tangan dari genggaman lelaki bernafsu syaitan itu.

Tidak berhasil!

Tenaga lelaki berjambang halus itu terlalu kuat. Haura tidak dapat melawan dia. Malah Haura takut kalau diteruskan melawan juga mungkin perkara yang lebih teruk akan terjadi.

Haura tidak tahu kenapa mulutnya bagaikan terkunci rapat untuk menjerit meminta pertolongan dan kakinya pula bagaikan kaku telah disimen ke lantai. Lebih malang, kenapa tiada sesiapa pun waktu ini yang lalu untuk ke tandas?! Jadi, tiada siapalah yang akan nampak Haura sedang diperlakukan begitu.

Tsk..

Tsk..

Mata Haura sudah pun berkaca. Bila-bila masa sahaja cecair jernih itu boleh meluncur laju turun ke bawah. Haura ketakutan sehingga sedikit menggigil. Dia betul-betul tidak pasti apa akan berlaku selepas ini. Adakah kemahuan lelaki itu akan tertunai? Dan, Haura perlu menyerahkan mahkota dirinya pada lelaki buaya ini? Dia tidak ingin memikirkannya. Minta simpang dijauhkan!

Semakin Haura berganjak tanpa sedar dia semakin menghampiri dinding lalu tersandar. Haura betul-betul sudah tidak dapat melarikan diri lagi. Kedua tangannya dipegang rakus oleh lelaki gila ini. Dan, Haura semakin lemah untuk bertahan.

'Tolong selamatkan aku, Ya Allah! Sungguh, aku takut..' rintih Haura dalam hati.

Tap..

Tap..

Tap..

Kedengaran halus bunyi tapak kaki seseorang yang sedang melangkah ke arah mereka berdua.

"Ada apa ini?" celah lelaki itu.

Haura terus berpaling muka dan melihat satu figura. Terlihat seorang lelaki berkulit cerah berbaju melayu hitam dengan air muka yang agak kaget melihat keadaan Haura dan mamat gila itu.

"Kau, jangan sibuklah!" bentak lelaki yang menghalangi Haura.

Tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Haura akhirnya menjerit.

"Tolong saya encik!! Dia.. Dia nak culik saya!! Tolongg!!" jeritan Haura disulami dengan usaha melepaskan genggaman tangan lelaki itu. Walaupun dia ingin sekali menyebut perkataan yang lebih tepat lagi adalah rogol tapi terasa malu pula. Haura berharap mungkin si dia akan faham.

Pemuda yang berupa paras agak jambu itu terkejut lalu..

Buk!

Buk!

Buk!

Haura tergamam. Kelihatan susuk tubuh yang menggangunya tadi sudah jatuh terkulai ke bawah. Tangannya memegang perut dan mulut. Sakit barangkali ditumbuk.

"Jom, lari!" arah lelaki yang baik hati itu.

Haura terpinga-pinga sambil memandang lelaki yang terjelepuk di atas lantai itu kalau-kalau dia mahu bangkit melawan. Namun, dia lekas menurut perintah lelaki itu. Lari sejauh yang boleh.

Mereka lari sehingga berhenti di muka pintu tempat letak kereta sambil tercungap-cungap. Belum pun sempat Haura membuka mulut. Pemuda itu berlalu pergi tanpa sapaan.

"Encik!! Tunggu dulu!" panggil Haura.

Di pertengahan jalan, pemuda tersebut berpaling dan mengangkat tangan kanannya tinggi ke atas petanda dia mahu pergi dahulu lalu tersenyum manis pada Haura. Mungkin senyuman itu adalah senyuman yang paling manis yang Haura pernah lihat dari seorang manusia yang bergelar lelaki.

Haura hanya mampu melihat kelibat tubuh lelaki asing itu menjauh dan berlalu pergi. Ah, hati ini terusik!

'Saya.. cuma nak ucap terima kasih je pada awak sebab dah tolong saya tadi..' bisik Haura dalam hati.

Haura melangkah longlai ke kereta Hani. Perasaannya kini bercampur baur. Terkejut akan hal lelaki miang sebentar tadi dan juga tidak menyangka dirinya telah bertemu seorang hero malaya yang misteri. Haura tersenyum sinis.

"Haura!!!" pekik Hani seusai pintu keretanya dibuka.

"Kau pergi mana? Lamanya kat tandas. Aku call kau tidak angkat pun. Aku risau tahu tidak. Ish, kau ini!" Hani membebel bak ibu yang kehilangan anak.

Haura menjeling sipi.

"Tadi aku.. Err.. Tadi.." Haura teragak-agak untuk menceritakan kejadian malang yang menimpa dirinya sebentar tadi.

"What?!!" pekik Hani seraya mulutnya ternganga luas.

"Lelaki pervert itu kacau kau?! Dasar mangkuk jamban! Aku dah agak dah Haura dia pandang kau rupanya ada niat tidak baik! Aku betul-betul minta maaf Haura.." Hani menundukkan kepalanya. Merasa kesal dan marah kerana tadi dia tidak menemani sahabat baiknya itu. Kalau tidak, mesti Haura tidak akan jumpa lelaki gila seks macam itu. Ngeri!

Dan..

Mungkin juga Haura tidak akan berkesempatan untuk berjumpa dengan lelaki misteri yang baik hati yang telah menolongnya. Eh!

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Haura melayangkan fikiran.

'Kalaulah dia, prince charming aku..' pinta Haura dalam hati.

Hari ini hari minggu yang cerah dan indah. Haura akan cuba sebaiknya melupakan ingatan buruk tentang dia diganggu oleh lelaki separuh gila semalam. Tetapi, Haura tidak mahu pula melupakan siapa gerangan heronya itu. Ah, berdetak-detak jantung ini!

"Dah kenapa dengan anak dara aku seorang ini? Boleh pula termenung kat meja makan ini hah.." bisik Mak Sal yang kehairanan melihat Haura.

Mak Sal menepuk lembut bahu Haura.

"Haura! Kamu ini dah kenapa? Berangan apa itu sampai nak tembus meja ini hah.." Mak Sal menahan tawa.

"Ish, mak ini terkejut Haura tahu! Tidak ada apalah hehe.." Haura tersengih malu.

"Dah, pergi cedok nasi goreng dekat dapur lepas itu panggil atuk, Aisy dan Lina sarapan sekali." arah Mak Sal seraya menggeleng kepala.

"Okay mak.." Haura masih melirik senyum.

Nasi goreng Mak Sal adalah yang terbaik dalam dunia. Walaupun kita dah tiru sebiji resepi masakannya ia tetap nak air tangan Mak Sal juga baru menjadi. Hairan sungguh!

Seusai mencedok nasi goreng kampung di dapur tadi Haura mula membuat air teh o panas untuk dihidangkan sekali. Makan bersama sekeluarga seperti ini sudah menjadi rutin keluarga Haura. Siapa lagi yang ada kalau bukan mereka. Hanya sebuah keluarga kecil yang moga kekal bahagia.

"Sedapnya nasi mak ini.. Makan hari-hari pun tidak apa tahu.." kedengaran suara Aisy yang memuji sambil tersengih.

"Aah, kalau jual ini mak beratur orang beli nasi goreng mak. Entah-entah viral terus, nanti mak juga yang famous." Lina pula mencelah.

"Eleh, kau orang nak bodek-bodek mak pula ya.." Haura menjawab.

Atuk cuma mengeleng-geleng kepala melihat gelagat cucunya yang dijaga sejak mereka kecil lagi.

"Tidak kuasa mak nak famous bagai ini. Baik mak jahit baju yang berlambak atas meja itu lagi bagus." Mak Sal menjuih bibirnya ke arah meja menjahit miliknya. Menjahit adalah hobi Mak Sal untuk mengisi masa lapang sebagai suri rumah sekali gus dapat juga mendatangkan duit sampingan.

Selesai bersarapan, Lina menyalam semua orang yang ada dan meminta diri untuk pergi kerja. Kerja Lina sebagai juruwang di salah satu farmasi terkenal membuatkan dia terpaksa bekerja pada hari cuti. Sebagai ganti, dia akan mendapat cuti pada hari biasa pula.

Atuk pula membaca surat khabar. Tiada sehari pun yang dia akan ketinggalan untuk membaca. Rajin sungguh Atuk.

Aisy keluar ke pekan sebentar bersama kawan sekolahnya. Mahu membeli buku tambahan untuk SPM yang bakal didudukinya tidak lama lagi.

Melihat semua tiada lagi di meja, Haura memasuki bilik setelah mengemas dapur. Dia hanya ingin merehatkan badan di atas tilam separa empuknya. Haura bukanlah seorang wanita yang suka menerawang keluar. Dia lebih selesa duduk di rumah dan keluar apabila perlu sahaja. Itu pun cuma dengan sahabat baiknya Hani. Jadi, hujung minggu begini kadang-kadang terasa bosannya juga.

Tit..

Tit..

Ada notifikasi WhatsApp masuk di telefon bimbit Haura. Haura melihat satu nombor asing yang tidak dikenalinya terpapar.

"Siapa pula ini?" Haura berkerut seraya membuka pesanan itu.


+

Assalamualaikum Cik Haura..

Ini kawan kepada Encik Malik ke?

Haura membaca ia dengan penuh tanda tanya.

"Encik Malik? Dia ini ke yang tengah cari pekerja itu eh? Malik kata kawan dia yang akan contact nanti. Tapi, ini siap berencik-encik bagai." ujar Haura perlahan.

Tanpa ragu-ragu, Haura membalas WhatsApp tersebut untuk kepastian.

Waalaikumussalam..

Ya saya Haura, kawan Encik Malik..

Boleh tahu siapa ini?

Saya Muaz dari Alamsyah Holding. Encik Malik kata dia ada kawan yang sedang mencari kerja. Kebetulan, saya pun tengah mencari orang untuk join team saya untuk bisnes yang akan datang ini.

Oh, tapi saya fresh graduate.

Saya tidak pernah kerja dan tiada pengalaman apa pun.

Tidak apa ke Encik?

Boleh saja. Jangan risau.

Asalkan rajin bekerja dan berusaha itu dah memadai.

Saya cuma nak pertolongan awak untuk menyiapkan satu projek ini sebab Malik kata awak pandai design baju kan. So, saya perlukan orang yang mahir bab pakaian ini.

Aah, saya belajar ambil kursus seni reka pakaian.

Nak kata mahir sangat itu tidak adalah. Tapi, Insyaallah saya akan bantu apa yang patut.

Okay bagus!

Awak cuma perlu designkan beberapa jenis jubah sahaja. Lain-lain fasal modal, marketing dan sales semua tidak perlu risau. Saya memang ada banyak data dan sumber. Saya cuma perlukan someone untuk tolong saya run bisnes ini je. Sebab saya ini sibuk sangat macam-macam saya kena fikir dan buat at the same time.

Boleh tidak kita jumpa kat luar dalam masa terdekat untuk meeting benda ini Haura?

Sure boleh.

Bila dan kat mana ya?

Dekat-dekat dengan area rumah awak pun tidak apa. Senang sikit awak nak datang kan?

Erm, kalau dekat IoI City Mall Putrajaya boleh?

Hari rabu ini jam 1 petang.

Baiklah boleh.

Dekat juga itu dengan rumah saya.

Encik perlukan apa-apa ke atau nak saya prepare untuk meeting nanti?

Saya nak awak prepare few design jubah yang menarik. Just bagi gambaran atau any pictures yang berkaitan pun cukup. Sempat tidak nak buat before kita jumpa nanti?

Boleh, Encik Muaz.

Nanti saya siapkan. Sempat je ini. Saya pun bukan buat apa dekat rumah.

Tidak perlu panggil Enciklah Haura.

Panggil Muaz je.

Kita kan nak jadi bisnes partner..

Haura terkedu. Dibiarkan bluetick selepas membaca ayat dari Encik Muaz itu.

"Dia ini biar betul? Dia nak hire aku kerja tapi dia cakap aku bisnes partner dia? Baru kenal tidak sampai lima minit dah terus percayakan orang ke? Ke, dia ini gatal tidak bertempat? Gila. Aku dengan dia cuma tahu nama masing-masing je. Itu pun nama pendek. Ish, pelik betullah mamat ini!" Haura membebel.

Selepas beberapa minit, Haura membalas semula WhatsApp Muaz sebentar tadi merangkap bossnya yang akan datang nanti.

Baiklah Muaz ya?

Okay, so kita jumpa nanti?

Yup! Rasanya tiada apa-apa lagi setakat ini.

So, kita jumpa nanti.

Anything inform jelah ya.

Alright. Thank you Muaz.

Assalamualaikum..

Thanks too Haura

Waalaikumussalam..

Haura terus merebahkan badan di atas tilam lalu segera mendail satu nombor. Tidak sabar dia nak khabarkan berita gembira ini. Ya, tidak lain tidak bukan pada Hani. Kawan seperjuangan semasa belajar dulu dan kawan dunia akhiratnya.

Tett..

Tett..

"Hello, Hani!" sapa Haura seusai panggilannya itu dijawab.

"Hani, kau tengah buat apa itu? Aku ada story nak cerita ini." sengih Haura yang gembira memulakan perbualan.

"Hello, Haura!" jawab Hani.

"Haa, ada apa? Aku baru balik dari kedai mak aku suruh beli barang sikit. Benda apa kau nak cerita itu? Ada putera raja masuk meminang ke?" kening Hani terjungkit-jungkit sambil tergelak kecil.
Haura ketawa terbahak.

"Haha. Banyaklah kau punya meminang! Putera raja aku sesat tidak jumpa lagi rumah aku ini. Dia masih tercari-cari lagi walaupun dah ada waze dan google map. Kah! Ini, aku nak beritahu next week aku dah nak start kerja tahu! Kawan si Malik itu dah contact aku." melirik senyuman Haura memikirkan dirinya bakal bergaji tidak lama lagi.

"Tidak lama lagi putera raja kau itu sampailah. Itulah kau salah. Tidak letak signboard rumah besar-besar kenapa? Eh, dah dah! Weh, tahniah Haura! Kau pun dah nak kerja ya. Aku pun dah dapat kerja! Tapi, masuk awal bulan depan. Interview aku yang hari itu aku pergi itu diterima tahu." Hani juga berbangga.

Haura memuncungkan bibir.

"Ish, kau ini! Tidak cerita pun kat aku yang kau dah dapat kerja!" rajuk Haura seperti budak kecil. Dari awal Haura tahu, Hani tidak mahu bekerja dengan Muaz kerana dia memang merancang untuk bekerja di sekitar rumahnya sahaja.

"Aku nak surprisekan kau. Aku baru je dapat tahu pagi tadi weh. Ini kau dah call aku, so aku ceritalah sekali hehe jangan marah haaaa.." gaya Hani bercakap persis dalam filem P. Ramlee.

"Yalah.. Yalah.. Selamat berkerja kawan baik ku Hani. Semoga urusan kita berdua dipermudahkan. Amin.." Haura berdoa seikhlas hati.

"Amin.. Kau juga ya.. Nanti ada masa update perkembangan kau tahu!" rengek Hani.

"Baik bos! Beres!" Haura mematikan panggilan telefonnya dengan senyuman. Mengharap pekerjaan yang mereka lalui itu kan penuh berkat dan halal.

Andai kau tahu jerihnya mencari pitis,
Sehingga keringat badan jatuh menitis..

Berangan itu percuma bukan? Okay, sambung berangan jap! Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience