PC 3: WEDDING OF THE YEAR

Romance Completed 80411

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan mu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan mu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Baru la terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerna beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanyaaa

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan
Semua yang di miliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasih ku
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

[ Sedetik lebih - Anuar Zain ]

-flashback-

Haura meletakkan sepiring buah epal yang telah dikupas di atas meja kopi. Tangannya laju mencapai alat kawalan jauh yang berwarna hitam seraya melabuhkan punggung di atas kerusi. Haura menukar-nukar saluran di televisyen milik atuknya namun tiada cerita yang menarik hatinya untuk menonton.

Tett..

Tett..

Haura melihat telefon bimbitnya yang bergetar. Dalam sesaat, dia sudah menjawab panggilan itu.

"Waalaikumussalam Haniiii! Rindunya kat kau!" teriak Haura. Teruja dia itu macam setahun tidak jumpa padahal baru saja jumpa sewaktu konvokesyen yang berlangsung minggu lepas di UiTM Shah Alam.

"Kau apa khabar sihat? Bila kau nak start cari kerja ini Haura?" tanya Hani sambil mendekih kecil.

"Aku, alhamdulillah sihat. Kau apa khabar? Eleh, kau cakap orang kau itu pun bila nak cari kerja haa? Tanam anggur juga kan kan? Aku next week baru nak cari. Alahai, liburan dulu dong! Haha.." jawab Haura yang masih teruja membuang masa.

"Ewah-ewah, banyak cantik! Aku tidak suka makan anggur macam kau jadi aku nak tanam Lee Dong Wook. Untung-untung, aku boleh tatap wajah oppa kesayangan aku itu 24 jam. Jadi, tidak payah dah nak fly ke korea jauh nun di sana!" Hani mencebik.

Haura mengelengkan kepala.

"Err.. Tidak habis-habis dengan oppa custom made kau itu. Oppa yang sedia ada kat Malaysia ini dah pupus semua ke apa? Weh! Jap-jap kalau kau dah tanam itu kan agak-agak yang keluar nanti itu sejenis Lee Dong Wook yang hidup ke yang mati?" tanya Haura namun di luar kotak fikiran.

"Sengallah kau Hauraaa!!" jerit Hani. Selamba badak sumbu je Haura tanya macam itu.

"Hehehehehehe.. Sabar, sabar.." Haura mengekek tawa.

-end flashback-

Haura teringat perbualan dia dengan Hani melalui telefon pagi tadi. Kalau bab menyakat dan bergurau memang Haura ini nombor satu. Selalu buat orang nak gelak dengan lawak bodoh dia. Kurangnya, tidak sempat daftar untuk masuk rancangan Raja Lawak yang tayang dekat Astro itu je.

Haura membelek perlahan sebungkus kotak di atas meja soleknya yang sudah dibalut kemas dengan kertas pembalut bercorak bunga-bunga hijau. Ada seketul reben hitam besar sebagai hiasan. Diselitkan juga kad kecil tertulis ucapan tahniah. Hadiah yang biasa saja tapi ianya boleh jadi satu tanda penghargaan yang diingati oleh kedua pasangan sampai bila-bila.

Sabtu ini, Haura dah janji dengan Hani supaya menemaninya untuk pergi ke kenduri kahwin kawan Haura semasa di bangku sekolah menengah dahulu. Majlis bakal berlangsung di The Everly Putrajaya Hotel. Amboi, hotel terus ya!

Indahnya kalau dapat jadi orang penting pengantin kan? Ala, yang tukang kipas-kipas itu.

Nay!

Nak jadi bridesmaid apanya.. Kalau dah Malik nama budak itu!

'Hai lah Malik, kita baru 21 tahun tapi kau yang kahwin dulu rupanya ya. Tidak sangka betul aku!' gumam Haura dalam hati sambil tersenyum.

Masa sekolah dulu Malik memang terkenal di kalangan pelajar perempuan sebab dia ada full pakej orang kata. Bijak duduk kelas pandai, segak tinggi dan kulit cerah, baik sopan sebab ahli BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) dekat surau. Dan, yang paling penting dia pengawas sekolah. Jadi aura dia fuh lain macamlah ala-ala artis untuk majalah maskulin gittew. Semua pelajar perempuan dalam sekolah baik junior mahupun senior pasti akan tergila-gilakan si Malik ini. Nasib baik cikgu praktikal pun tidak terjebak, kalau tidak masak. Farah dan Wani yang dah ada teman lelaki itu pun tidak terkecuali masa itu. Ceh!

Tapi, Haura tidak.

Kenapa?

Sebab tengah bercinta sakan dengan Abang Ammar itulah!

Semuanya indah belaka kan. Bila dah indah tenang ribut jiwa ini, datanglah 10 orang jejaka handsome yang macam Airil Zafril itu pun jangan harap dipandangnya walau sebelah mata.

Eh?!

Yakinnya kamu. Harus yakin dong kerana yang ganteng-ganteng itu sudah tentu bukan miliknya kita. Nah, tiberrrr!

Jam telah tepat menunjukkan 12 tengah hari. Seperti yang dijanjikan, Haura dan Hani sudah terpacak awal di depan Dewan Azalea. Ianya sebuah dewan yang agak besar dan tersergam indah. Boleh memuatkan 1000 orang tetamu yang datang pada satu masa.

Hani menyiku lembut lengan Haura.

"Eh, Haura! Betul ke ini dewannya?" tanya Hani yang ragu-ragu.

"Yalah, betullah ini. Itu, board kat pintu itu nama Malik dengan Fiqa kan? Kau check jap, aku rabunlah." bola mata Haura melilau-lilau keadaan sekeliling. Risau pula kalau salah masuk dewan. Uish, boleh malu setahun!

"Okay, betul. Tak kanlah yang kahwin hari ini semua nama Malik kan?" tanya Hani cepumas.

"Betul itu, tapi kalau salah masuk dewan sekali pun untung apa dapat makan nasi minyak dua kali wehhh!" Haura dah tergelak kecil.

"Ish, kau ini! Janganlah main-main, buat malu aku je nanti. Dahlah aku pakai cantik-cantik ini mana tahu kot terjumpa jodoh.." jeling Hani yang memakai jubah biru gelap dan selendang bunga-bunga itu.

"Amboi, kau sempat lagi kan haa dipersilakan masuk puteri intan payung Hani Zalika. Semoga ketemuan dengan prince charming awak itu.." ujar Haura kepada Hani sambil menahan tawa.

Sebaik sahaja masuk ke dalam dewan, mulut Haura sedikit ternganga manakala Hani nak terbeliak biji mata melihat suasana di dalam dewan yang dihiasi indah.

Bau wangian bunga ros menusuk hidung. Kerlipan lampu dan lilin buatan menceriakan suasana. Yang membuat semua orang terpaku semestinya pelamin yang gah berdiri!

Bertemakan english garden wedding menggunakan kuntuman pelbagai bunga segar berona putih, ungu dan hijau. Betul-betul membuat mereka terpukau bagaikan berada di sebuah taman kayangan.

"Cantiknya.." Haura tidak mampu mengungkapkan perkataan lain selain dari itu.

"Fuiyoh, macam wedding of the year dah ini! Kawan kau itu orang kaya eh? Mesti bini dia cantik kan.." Hani memuji tanpa henti sejak tadi kerana kagum.

"Entahlah, aku rasa dia orang biasa je. Tidak nampak pula tang kaya itu. Okaylah ini weh, merasa juga kita masuk dewan mewah cenggini kan. Kalau nak tunggu wedding kita fuh zaman bila entahlah.." Haura tersenyum kelat.

Mereka berdua meneruskan langkah.

"Dah, jomlah cari tempat duduk. Orang makin ramai ini." Hani menarik lengan Haura ke satu meja kosong betul-betul terletak berhadapan dengan pelamin.

Setiap satu meja bulat di dalam dewan ini sudah dihidangkan dengan makanan dan minuman. Tinggal cedok dan masuk mulut. Ada juga sebuah goodies bag berwarna kuning air untuk dibawa pulang oleh tetamu.

"Haura, jom makan! Aku dah terliur ini. Ya ampun, semuanya nampak sedap!" Hani menelan air liurnya beberapa kali seusai melihat lauk yang terhidang di atas meja.

Ada nasi minyak, ayam masak merah, daging kicap, sambal sotong, dalca nenas dan papadom. Air pula campuran buah-buahan yang berwarna ungu. Nice amat!

Haura menerbalikkan pinggannya yang terlangkup.

"Jomlah makan aku pun dah lapar. Eh, kau bukan nak cari prince charming kau ke? Jadi, kau mana boleh makan banyak sangat Hani. Actionlah sikit macam perempuan melayu terakhir itu." sempat Haura menyakat si Hani.

"Ah! Bab makan aku tidak peduli dah dia putera raja ke putera dari kayangan ke yang penting aku nak mencekik dulu.." Hani mencebik lalu mencedok nasi ke dalam pinggan. Sambil tersenyum, Haura dah geleng-geleng kepala kerana masak dengan sikap kawannya itu.

Mereka menikmati hidangan dengan alunan lagu yang merdu dan mengusik jiwa. Sesuai untuk majlis di dalam dewan yang serba mewah macam ini. Kalau datang dengan pasangan ini alahai terus rasa nak bersweet-sweet gitu!

Perut pun sudah kenyang. Kedengaran MC bertugas membuat pengumuman ketibaan pengantin. Dengan paluan kompang, kedua pasangan mempelai masuk ke dewan dengan memakai satu persalinan tradisional berwarna ungu gelap yang sangat cantik. Semua mata tertumpu pada pengantin dan tidak berhenti memuji.

Tetapi, ada satu mata yang tidak lepas pandangannya daripada Haura. Hani perasan akan kelakuan lelaki itu dan berasa tidak selesa lalu Hani membisikkan sesuatu.

"Haura! Kau cuba tengok lelaki yang dekat meja hujung itu. Asal dia asyik tengok sini je eh? Dia tengok kau je kot dari tadi." Hani sudah mula naik risau.

Haura melontar pandangan.

"Mana? Itu ke? Aku tidak tahulah. Aku tidak kenal pula siapa dia. Tapi, muka dia aku tengok macam gatal semacam je tersengih-sengih. Eii, seram pula aku." jawab Haura.

"Kannn.. Jomlah pergi duduk tempat lain." Hani menarik tangan Haura untuk pergi lebih jauh dari lelaki yang tidak dikenali itu.

Selepas acara persandingan selesai, Haura mencari kelibat Malik dan isterinya. Haura melihat mereka sibuk melayan tetamu dan sanak saudara mereka. Sempat juga Haura melambai sekilas ke arah meraka.

"Haura!" tegur Malik.

"Dah lama ke sampai? Dah makan?" sambung Malik sejurus nampak Haura melambai dia terus menuju ke arah mereka.

Haura melemparkan senyum.

"Hai, Malik! Hai, isteri Malik!" tegur Haura dan bersalaman dengan wanita di sisi Malik.

"Dah lama sampai. Dah puas makan pun. Nah, hadiah untuk kau dan isteri. Selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah ya. Ini kawan aku dari Uitm, Hani namanya." borak Haura dengan ramah.

"Hai, Hani! Terima kasih atas hadiahnya Haura. Susah-susah jelah kau ini. Erm, kenalkan isteri aku Fiqa." Fiqa hanya tersenyum mesra sahaja di sisi Malik itu.

Seorang wanita separuh umur memanggil Fiqa lalu Fiqa meminta izin untuk ke sana.

"Abang boraklah dulu dengan kawan abang ini ya. Fiqa nak jumpa mak kejap.." ujar Fiqa.

"Haa yalah tapi sayang tidak jelous ke ini? Nanti rindu macam mana?" tanya Malik sambil tersengih nakal.

"Ish, abang ini.." Fiqa tertawa kecil lalu beransur pergi.

Muka Haura dan Hani dah naik merah menahan malu. Terkulat mereka berdua di depan Malik. Boleh pula nak bercotton candy depan dia orang ini. Tahulah baru kahwin. Kahwin muda pula itu. Haih, sabar jelah hati.

"Hah, Haura dengan Hani baru grad kan? Mesti tengah cari kerja kan?" tiba-tiba Malik bertanya.

"Aah, kita orang baru grad tengah cari kerjalah ini. Tak naklah jadi penganggur tidak bertauliah ini lama-lama.." ujar Haura dan Hani cuma mengangguk tanda setuju.

"Aku ada kawan tengah cari orang untuk join team bisnes dia. Dia nak keluarkan brand pakaian macam jubah kot or something like that. Kalau kau nak try, aku boleh suruh dia contact kau bila-bila je nanti." ujar Malik memberi cadangan.

"Betul ke Malik? Okay juga, nak trylah daripada tidak buat apa ini baik cari pengalaman dulu kan Hani?" Haura memandang Hani.

"Aah, zaman sekarang ini belajar tinggi mana pun semua tempat nak yang berpengalaman je. Kasihanlah dekat anak muda yang baru nak kerja ini mampu berhuhuhuhu jelah." jawab Hani lalu tersenyum kelat.

"Ha, kalau macam itu nanti aku inform dia." Malik mengukir senyum.

"Okaylah Malik. Apa-apa nanti contact jelah ya. Kita orang balik dulu dah lewat ini. Kirim salam dekat Fiqa. Sepadan betul aku tengok kau dengan Fiqa itu. Moga kekal sampai bila-bila." Haura meminta izin untuk beransur pulang.

"Alright, thanks Haura!" tersipu malu bercampur bangga Malik mendengarnya.

Selepas agak jauh menapak, Hani berkata.

"Uish, awatlah helok sangat si Malik itu Haura? Eii, kacak betullah!" Hani menggoncang-goncangkan lengan Haura kerana teruja.

Haura menjeling sinis.

"Cik Hani Zalika, sedar diri itu sikit ya. Laki orang itu. Ada juga yang bersepai ini karang kalau bini dia dengar. Hah, mana kau punya prince charming kau itu? Dah jumpaaa?" Haura memerli sambil membuntangkan mata.

Hani memuncungkan bibir.

"Alah, kau ini! Gurau jelah. Belum bergetar lagi tulang rusuk aku. Lagi kacak Lee Dong Wook aku tahu! Relaks, putera idaman aku itu tidak sampai seru lagi nak jumpa aku. Kalau kau yang cantik manis ini pun tiada prince charming lagi, inikan aku? Huh, lambert lagi!" ujar Hani panjang lebar.

Haura dan Hani tertawa.

Baguslah. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula?

Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience