PC 1: KONVOKESYEN

Romance Completed 80411

"Yeahhhh!! Kita dah gradlah Hani!!" teriak Haura sambil saling memeluk keriangan seperti kanak-kanak ribena.

Ucapan tahniah tidak lekang di mulut. Semua mahasiswa-mahasiswi yang datang hari ini melaram macam artis nak buat konsert saja. Ada yang mekap setebal dua inci. Ada juga yang tidak kisah pun fasal mekap.

Macam Haura. Kulit kuning langsat, berwajah bulat dan pipi kemerah-merahan. Selalu tersenyum manis pada setiap orang. Itu pun dah buat Haura nampak cantik di mata orang lain.

"Eh, Hani family kau tidak datang konvo hari ini kau okay ke?" tanya Haura.

"Aku okay je Haura dah biasa. Mak aku kan tidak sihat sangat tidak dapatlah datang. Ayah aku pula sibuk dekat rumah bini pertama dialah.." ujar Hani dengan nada yang ada sedikit kekecewaan.

"Iya ke, herm tidak apalah nanti balik kau tunjuk semua gambar kita hari ini kat mak kau. Macam tidak percaya kan dah habis dah diploma kita!" balas Haura nak sedapkan hati best friend forever ever evernya yang seorang ini.

"Aah, rasa sekejapnya dah tiga tahun. Lepas ini, mesti kau plan nak kahwin pula kan?" teka Hani sambil buat muka sedih minta dipujuk.

"Ish,bkau ini ke situ pula dah. Eii, tidak ada makna eh! Entah-entah kau yang kahwin dulu ini." Masing masing terus terkekek lepas bergurau macam itu.

-flashback-

Dalam kelas waktu petang. Terasa sunyi dengan deruan angin sepoi-sepoi. Kebanyakan pelajar sudah pun habis kelas petang dan mula pulang beristirahat ke hostel.

Kelibat dua tiga orang pelajar yang datang awal mula mengambil tempat sejurus itu terbentuk mesyuarat tingkap sesi petang.

"Hai, ada orang ke duduk sini?" tanya Haura pada seorang pelajar yang berbadan gempal tapi comel.

"Oh tidak ada orang, duduklah." jawabnya sambil tersenyum kelat.

"Nama siapa?" Haura mulakan perkenalan.

"Hani Zalika. Awak?" dia bertanya pula.

"Panggil Hani ya?" Haura tanya dengan senyuman lalu dia mengangguk.

"Saya, Haura Medina. Boleh panggil Haura." sambung Haura yang berbalas senyum lalu senyap.

'Hai, aku macam tengah berkawan dengan Hanis Zalikha pula..' monolog Haura dalam hati sambil tersengih membayangkan isteri kepada artis popular iaitu Hairul Azreen.

Seorang demi seorang pelajar masuk memenuhi kelas pada waktu petang itu.

Krekkk..

Pintu dikuak. Muncul wanita muda berselendang labuh sambil memegang fail dan menjinjit beg tangan di sebelah kiri. Dan seluruh isi kelas mula senyap dan memberi perhatian.

Kelas bermula dengan perkenalan pensyarah dengan setiap pelajar. Dan penerangan tentang subjek yang diambil. Biasalah, lepasan SPM bila masuk level universiti ini memang blur-blur ayam sikit. Banyak perkongsian dan benda baru yang berlaku.

Kalau tidak pandai bawa diri boleh hanyut. Hanyut dalam kelalaian dan keseronokan. Pesan ibu ayah ke mana. Tanggungjawab dengan Allah ke mana. Malah maruah diri pun boleh tergadai.

Rapuhnya!

Moga dijauhkan daripada benda-benda macam ini. Amin.

-end flashback-

Tung tang tung tang..

Kelihatan seorang wanita separuh umur bergelar Mak Sal masih cergas di dapur menyiapkan juadah petang buat hari ini.

Sekadar cekodok bawang cicah sos dan air milo panas. Mampu membuat sesiapa pun makan bertambah tidak ingat jiran. Eh!

Mak Sal ialah mak Haura. Ibu tunggal yang punyai tiga orang anak. Tabah dan cekal membesarkan anak-anak selepas bercerai. Tidak pernah tunjuk dirinya lemah mahupun menangis di depan anak-anak.

Kuatnya!

Semoga sentiasa kuat bertahan untuk keluarga kecil ini.

"Mak, Haura dah siap sapu rumah ya!" laung Haura dengan bangga sambil berjalan masuk ke dapur. Sebelah tangannya menyimpan penyapu di tempatnya dan sebelah lagi sempat mencuri seketul cekodok yang masih panas.

"Auch! Panasnya! Fuhh fuhhh.." Haura mengibas-ngibas lalu meniup jari yang melecur manja itu.

"Ish, kamu ini Haura panas lagi itu baru angkat tadi. Dah, duduk sini mak nak tanya sikit." Mak Sal menarik kerusi dan melabuhkan punggung.

Haura pun duduk dan lekas menuang milo panas ke dalam dua biji cawan kecil.

"Haa, mak nak tanya apa itu?" Hatinya dah berdebar macamlah kita ada buat salah. Jangan kang dapat soalan bila nak kahwin pula! Masak nak menjawab je nanti.

'Boyfriend pun tidak ada. Siapalah yang nak kat aku ini cehh..' getus Haura dalam hati.

"Haura nak cari kerja terus kan lepas ini? Atau, nak sambung belajar?" wajah tua Mak Sal itu ada menunjukkan sedikit kerisauan.

"Bukan apa, kita ini bukan orang senang atau orang kaya. Duit tidak turun dari langit. Jauh sekali duit itu dari daun yang tinggal petik je kat pokok. Bila kita susah tidak ada yang nak tolong.." sambung Mak Sal dengan tegas tetapi masih lembut.

Haura terdiam.

Memang dah lama dia memikirkan benda ini sejak sebelum tamat diploma lagi. Semester akhir di kala semua pelajar sibuk merancang nak sambung belajar tapi Haura dah buat keputusan.

Keputusan yang tidak akan menyusahkan ibunya!

Haura tersenyum lalu menjawab.

"Tidak apalah mak Haura nak cari kerja je. Sambung belajar pun nanti pinjaman semua itu susah nak bayar balik kalau dah banyak sangat." Haura berharap kata-katanya ini dapat melegakan hati Mak Sal.

"Baguslah itu! Dah kerja senang. Tinggal Aisy je yang tengah belajar. Tidak adalah mak kena tanggung banyak sangat." terbit satu senyuman di wajah Mak Sal.

Haura cuma menggangguk dan tersenyum.

Aisy, adik bongsu Haura masih bersekolah dalam Tingkatan 5. Lina pula memang sudah bekerja sejak habis SPM dulu. Malas nak sambung belajar nak cari duit je katanya.

Menumpang di rumah atuk sangatlah Haura bersyukur. Yang menanggung mereka lima beranak ini hanyalah duit yang tidak seberapa hasil dari rumah sewa lama yang bakal roboh bila-bila masa dan juga duit pencen atuknya. Itupun, Lina tambah apa yang patut dari gaji kecilnya. Selebihnya, hanya berjimat-cermat dan bersederhana.

"Dah, pergi panggil atuk masuk suruh minum petang." Mak Sal mengarahkan Haura memanggil atuknya yang sedang berkebun di luar.

"Baik mak." bergegas Haura mendapatkan atuknya yang tidak berapa sihat dimamah usia. Mereka menghabiskan minum petang bersama-sama dengan berbual kosong.

Tit..

Tit..

Tit..

Tit..

Tit..

Tit..

Tit..

Kedengaran bunyi WhatsApp bertalu-talu masuk tanpa henti ke telefon bimbit Haura. Haura menjeling tajam telefon bimbitnya yang berada di sebelahnya.

"Siapa pulalah dah lewat malam cenggini pun nak mesej lagi? Apa tidak reti nak tidur ke dah malam buta ini?" Haura melihat jam di dinding biliknya menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Dahi Haura berkerut mengundang tanda tanya.

Haih, mengata dulang paku serpih. Mengata orang dia pun lebih. Dua kali lima juga belum tidur. Memang waktu macam ini Haura biasanya meluangkan masa layan cerita-cerita korea tidak pun layan Running Man yang masa zaman purba kala itu. Tengok gelagat si Kwang Soo itu je hish boleh naik meluat-luat biji mata ini. Tetapi, pukulan mesej yang masuk sebentar tadi membuatkan Haura sedikit terganggu.

"Ammar??" baca Haura perlahan selepas melihat skrin telefon bimbitnya.

Hati sudah tidak keruan dah ini.

Sangat-sangat.

Lelaki yang membuat Haura tersepit di antara sayang dan juga benci. Lelaki pertama yang mengajar erti kasih, erti cinta sepuluh tahun yang lepas. Lelaki pertama juga yang membuat hati Haura bagai dirobek dihiris-hiris sedih.

Lama ditenung notifikasi yang tertera nama Ammar itu.

Otak tiba-tiba jadi beku. Sekali satu badan pun beku weh! Tidak boleh nak fikir apa dah ini melainkan seribu satu pertanyaan yang bakal dilempar bertubi-tubi pada mamat seorang ini.

-flashback-

Krinngggggg...

Krinngggggg...

Loceng berbunyi menandakan waktu balik sudah tiba. Kelas yang sunyi sebentar tadi boleh jadi gegak-gempita dengan bunyi riuh para pelajar selepas mendengar loceng azimat ini. Ya, dahsyat.

Haura mula mengemas beg sekolahnya secepat yang boleh sebab dia menaiki bas sekolah. Kalau lambat naik silap hari bulan kena balik jalan kakilah gamaknya.

Sedang leka memasukkan buku, seorang murid perempuan datang menepuk kuat bahu Haura.

Pak!

"Weh, Haura! Itu, abang angkat kau kat luar kelas itu. Ecececeh, sweetnya balik sama-sama pula." mulutnya menjuih ke luar kelas.

Dua tiga orang budak lelaki di belakang kelas sudah pun tersengih-sengih macam kerang busuk seolahnya tahu sejauh mana hubungan Haura pelajar Tingkatan 3 dengan abang senior mereka Tingkatan 5 itu.

Haura kaget.

"Haa?! Mana?!" kepala Haura terteleng-teleng mencari kelibat Abang Ammar. Kelam-kabut dia macam kucing nak beranak!

'Ish! Aku dah cakap dah jangan datang kelas.. Jangan datang kelas.. Tapi, datang juga. Bencilah! Habis kena bahan satu kelas ini nanti.' bentak Haura.

'Tahu tidak yang gosip macam ini boleh tersebar macam angin di tepian pantai? Dah itu, asal susah sangat nak faham yang aku tidak suka orang tahu pasal kita haa?!' sambung bentak Haura lagi.

Haura membebel-bebel lagi dek geram di dalam hati. Ammar mendekati Haura yang baru melangkah keluar dari pintu kelasnya.

"Hai, sayang!" tegur Ammar selamba.

"Eiii.. Tidak payahlah kuat-kuat ngadalah!" nada Haura berbisik. Risau semua pelajar dekat situ boleh terdengar je.

Haura dan Ammar meneruskan langkah bersama untuk pulang. Ammar cuma tersenyum seraya tergelak kecil. Dia tahu Haura yang dia kenal tidak akan pernah marah betul-betul sebab Haura seorang yang sangat penyayang dan selalu tersenyum manis.

Mata Ammar melirik lembut pada wajah Haura.

"Nanti petang abang call Haura jangan tidak angkat tahu!" bisik Ammar.

"Tengoklah macam mana. Haura tidak janjilah abang." Haura membalas walaupun tersipu malu.

"Okay, bye sayang.." bisik Ammar ketika sampai di pagar hadapan lalu berlalu terus ke parking motor.

"Byeee.." balas Haura perlahan sambil memerhatikan sekeliling agar dirinya tidak menjadi perhatian kawan-kawan perempuannya.

Langkah kaki Haura dilajukan seusai sampai di depan pagar. Motor-motor pelajar lelaki bersimpang siur mencari jalan keluar. Dan, Haura teruskan berjalan ke arah basnya.

Hatinya masih lagi panas kerana Ammar tetap setia mahu jalan bersamanya walaupun cuma dari kelas sampai ke pintu pagar depan sekolah itu je pun! Halahhh!

Tapi, setiap kali melalui perjalanan yang singkat itu, setiap kali itulah juga berlakunya satu cetusan perasaan yang tidak tahu bagaimana nak terangkan rasa dia.

Indah.

Bahagia.

Seronok.

Berdebar.

Kalau boleh, mahu saja setiap hari merasa macam ini. Lebih kurang macam itulah. Itu ke rasa yang orang kata jantung kita akan berdegup kencang dan tidak keruan kalau bersama dengan orang yang kita suka? Itu ke?

Tapi kencangnya ini dah macam nak meletup dahhhh!!

Tanpa sedar, Haura mengukir senyum di hujung bibir dan juga di dalam hati kecilnya.

-end flashback-

Hai, terima kasih sudi singgah. Semoga enjoy baca sampai habis nanti! Jemput follow, rate dan komen ya gais!

Share this novel

Guest User
2024-04-02 13:46:48 

test_account


NovelPlus Premium

The best ads free experience