BAB 1

Romance Completed 2566

NamakuAlexandria. Seorang pelajar sekolah menengah yang belajar sambil bekerja di tengah-tengah ibu kotaraya untuk menyara keluarga.

Aku tiada pilihan lain selain bekerja kerana itu sahaja yang aku terdaya untuk membantu. Menyedihkan, bukan???

Itulah yang di namakan kehidupan. Memang kejam namun aku tempuh jua kerana aku juga ingin hidup bahagia sepertimana insan-insan lain yang ada di dunia yang sementara ini...

“Sila datang lagi, tuan...” Itulah ucapan yang menjadi rutin untuk aku ucapkan kepada setiap pelanggan lelaki yang ingin berangkat pulang.

Harus bernada lembut dan penuh kesantunan sambil menunduk kepala tanda hormat dan menghargai kedatangan mereka ke kedai kami.

Aku rasa selesa berkerja di sini,Cafe Love walaupun selalu harus berpakaian ala pembantu rumah yang berasal dari Eropah pada setiap masa berkerja.

Gaji pun lumayan. Memang tak menang melayan pelanggan yang datang.

“Hai, Alexandria !!!”

“Wah, dia betul-betullah kerja kat sini!”

Macam aku kenal suara tu... Takkanlah...

“Ehhh...Sonia,Cleo... Awak berdua buat apa kat sini???” Aku yang masih lagi terperanjat cuba untuk bercakap dengan cermat.

“Maaflah, Alexandria... Kami berdua cuma nak tau kau kerja kat mana... Tapi tak sangka yang kau ni comellah dengan pakaian tu... Hehehehehe!!!” Sindir Sonia, nadanya memerli dan aku makin bertambah tak keruan dengan apa yang di katakan...

Rasa segan aku hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience