BAB 5

Romance Completed 2566

“Aduh, sakitlah Alexandria !”

“Tak habis-habis nak menggatal... Tak tau malu!!!”

“Aku tengah kerja la ni... Haish!”

“Ya la tu...” Aku tinggalkan Seth sebaik dia menerima unjuran dari aku.

Dia memang begitu. Menjengkelkan tapi aku tidak tahu kenapa dia sangat menjengkelkan aku. Argh, daripada melayan dia tu lebih baik buat apa-apa yang patut untuk aku lakukan...

Aku yang kehabisan kerja mula berangan dengan diri sendiri. Entah apa yang aku sedang angankan, aku sendiri tak pasti.

Soal hati, entahlah aku sendiri tak mengerti. Aku tak tahu kenapa aku sangat benci pada Seth. Entah-entah aku pun...

“Ala, ala ala, cik adik... Mari la sini, temankan abang...”

“Encik, lepaskan tangan saya!” Angan-anganku terganggu bila Kath bergelut mahu melepaskan diri dari terus di ganggu oleh seorang lelaki dewasa.

Aku tidak cakap banyak... Aku meluru pantas ke arah lelaki itu dengan segelas air pelanggan yang masih lagi panas lalu kucurahkan ke kepalanya.

“Alexandria !!!” Jerit Seth namun takku pedulikan...

“Panas, panas panas!!!” Lelaki itu meronta-ronta lantas segera bangun dari tempat duduknya mahu menyerang aku. “Kau akan terima balasannya!!!”

Belum sempat aku di tumbuk oleh lelaki miang itu, Seth terlebih dahulu menghalang dengan mengunci serangannya.

“Tak baik lelaki pukul perempuan encik...” Lelaki itu yang kelihatan tidak kepuasan dengan apa yang di lakukan terhadapnya memberi amaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience