BAB 6

Romance Completed 2566

“Nahas aku akan kerjakan kalian!!!” Dia terus berlalu pergi tanpa banyak bicara. Aku mendapatkan Kath yang masih lagi terganggu namun cuba bertenang dan di tenangkan kawan sekerja Elysa. “Kau tak apa-apa, Kath ???”

“Aku ok... Masih Alexandria...” Kath membalas tatkala Elysa terus menenangkan dirinya.

Namun tidak bagi Seth. Dia capai tangan aku dan seraya berkata, “Ikut aku, Alexandria... Ada benda nak aku cakapkan secara berdua”. Aku hanya mengikut tanpa banyak bicara walaupun terkejut pada ketika itu.

“Kau bodoh betul, Alexandria ! Kenapa kau buat camtu kat dia!” Seth yang kelihatan kecewa mengasak aku hingga ke dinding kedai.

“Dia tu besar dari kau kalau dia hemuk kau...” Aku berkeras dengan pendirian aku walaupun Seth terus mengasak aku dengan amarah.

“Aku tak buat apa yang salah, apa yang aku nak takutkan?!”

“Aku kan ada, jangan bertindak melulu, dungu!” Seth makin geram dan itu membuatkan aku lebih berang. “Lepaskan aku!!! Seth !”

Aku lantas pergi dari bilik persalinan itu tatkala aku berselisih dengan Cik Pengurus. Cik Pengurus segera mendapatkan Seth yang masih lagi kelihatan terkilan dengan tindakan aku.

“Biar dia sejuk sendiri, Seth...”

“Cik Pengurus...” Balas Seth nadanya perlahan...”

“Kau sendiri pun tau, di sebabkan mak bapa dia dia tak bergantung harap pada orang lain, selain dirinya sendiri...” Seth memandang ke lantai kerana malu dengan dirinya. “Saya memang kagum dengan dia... Tapi kalau saya boleh, saya nak dia bergantung harap dengan kita juga...” Cik Pengurus menghela nafas lalu berkata dalam hati. “Seth, Seth...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience